01 March, 2013

Polis memburu singa di Mekah...

Hidayatullah.com—Seekor singa berusia empat bulan terlepas ke alam bebas di wilayah kota Suci Mekah dan pihak polis telah melakukan pencarian mulai semalam. Polis mengatakan, mereka mendapat laporan pada hari Khamis malam (28/2/2013) daripada seorang lelaki yang mengaku singa peliharaannya terlepas dari kandang di rumahnya. Pasukan pencari sudah dikerah ke seluruh penjuru kota, namun “haiwan hilang” itu belum dijumpai, lapor Al-Arabiya (1/3/2013).



Di negara-negara kawasan Teluk seperti Arab Saudi, United Emirate Arab dan Qatar, haiwan-haiwan yang jarang ditemui atau hampir pupus dan dilindungi seperti singa, cheetah, dubuk dan monyet kadang-kadang boleh ditemui di rumah-rumah orang kaya yang dipelihara sebagai simbol status. Kerajaan melarang perdagangan haiwan yang hampir pupus, namun penyeludupan masih berlaku melalui perbatasan Yaman. Berdasarkan laporan The Guardian terkini, harga anak-anak singa boleh mencapai lebih US$13.000 seekor dan penyeludupan haiwan seumpama ini merupakan salah satu kesempatan bagi orang-orang Yaman di perbatasan yang miskin untuk mendapatkan sumber pendapatan. Jaringan penyeludup itu tidak hanya menjual singa, tetapi juga cheetah, harimau bintang, gazelle, dubuk dan monyet.*



 

Pak Arab memang suka menghambur-hamburkan wang untuk menjaga status...
Read more...

Masjid Muallaf...

Islamedia - Sebuah masjid di Perancis digelar orang "Masjid Muallaf" kerana banyaknya pemeluk bukan-Islam yang melafazkan syahadat di masjid tersebut. Setiap tahun, masjid tersebut mengislamkan sekitar 150 muallaf Perancis. Ini merupakan angka yang sangat besar sedangkan Perancis merupakan negara sekular dan negara yang terkenal dengan islamofobia. Masjid Sahaba, demikian nama masjid yang terletak di Kota Creteil Perancis tersebut. Namun masjid di pinggiran kota kelas menengah itu lebih sering dikenal dengan "Masjid Muallaf". Bangunan masjid tersebut cukup indah dan besar. Bercat putih, masjid dilengkapi menara dan berhiaskan mozaik rumit nan cantik. Sejak dibangunkan pada tahun 2008, masjid itu selalu menjadi rumah bagi segala aktiviti para muallaf negeri.


Pada hari Jumaat, jumlah pengunjung berlipat kali ganda. Para muallaf muda mengenakan tudung dan jubah memenuhi ruang masjid menunaikan solat Jumaat. Masjid "Muallaf" tersebut menjadi tempat perlindungan para muallaf. Setelah memeluk Islam, tentu bukan hal mudah bagi mereka untuk berhubungan sosial seperti sebelumnya. Islam merupakan minoriti. Persepsi masyarakat pula negatif, tambah pula tersebar pemahaman Islam yang salah akibat isu terorisme. Para mualaf akan terasing. Di sinilah fungsi masjid Sahaba ini. Seperti namanya, Sahaba, yang bermakna sahabat. Masjid tersebut selayaknya sahabat bagi para muallaf. Muallaf berkumpul, bersilaturahim, menjalankan aktiviti di sana. Banyaknya warga negara  Pengurus Isu beragama di Kementerian Dalam Negeri Perancis, Bernard Godard mengatakan, meningkatnya jumlah muallaf di Perancis terjadi secara umum dan ketara. Jumlah muallaf Perancis terus bertambah selepas peristiwa pengeboman 9/11 di Amerika. "Fenomena memeluk agama Islam terjadi secara signifikan dan ketara terutama sejak tahun 2000," ujarnya. Saat ini, jumlah muallaf Perancis mencapai 100 ribu orang daripada penduduk Islam yang berjumlah 6 juta. Bahkan menurut kesatuan Muslim setempat, jumlah muallaf mencapai 200 ribu orang. Peningkatan muallaf pun mencapai dua kali ganda setiap tahunnya dalam 25 tahun terakhir. Adapun jumlah keseluruhan penduduk Perancis sekitar 65 juta orang

.

 

Alhamdulillah...
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...