05 January, 2013

Bintang Bola Sepak Arsenal Yang Menghafal 19 Juzuk Al-Quran


LONDON – Pentas bola sepak Liga Perdana Inggeris banyak diwarnai oleh pemain-pemain beragama Islam yang datang dari luar negara berkenaan. Bintang bolasepak Liga Premier Muslim yang menonjol kebanyakannya berasal dari Perancis.

Antara bintang bolasepak Muslim yang terkenal ialah pemain tengah Arsenal, iaitu Abou Diaby. Pemain berumur 25 tahun warganegara Perancis ini telah menghafal Al-Quran sehingga 19 juz. Dalam akaun twitter, salah seorang tenaga pengajar di Ebrahim Collage London, Mufti Muhammad, @ Mufti_Muhammad - mendedahkan seorang bintang bolasepak yang datang berhijrah ke kelab Arsenal pada tahun 2006 itu menghafal 19 juzuk Al-Quran.


Abou Diaby

Bagi Diaby, kunjungan ke Ebrahim Collage adalah perkara biasa. Beliau berasa selesa berada dalam komunitinya, seperti yang dijelaskan oleh Republika Online. Sikap prihatin Abou Diaby yang sangat mengambil berat tentang umat Islam yang lain juga terserlah, apabila dirinya terlibat dalam pengumpulan dana untuk Muslim Rohingnya di London Muslim Center. Dalam acara pengumpulan dana itu, Abou Diaby melelong jersi Arsenal miliknya untuk Muslim Rohingnya.

Di Arsenal sendiri ada beberapa pemain lain yang beragama Islam, antaranya Bacary Sagna, dan sebelumnya Samir Nasri dan Kolo Toure yang kini berada dalam kelab Manchester City. Sementara itu, bekas pemain Muslim Arsenal yang komited terhadap Islam ialah pemain pertahan muda Armand Traore. Namun, pemain Akademi Arsenal kelahiran 8 Oktober 1989 itu kini telah berpindah ke kelab Queens Park Rangers. Pemain Perancis berketurunan Senegal ini telah lama memeluk Islam dan pada tahun 2009 ketika masih mempertahankan Arsenal beliau mula “sedar” untuk menghilangkan seluruh tatu yang terlakar di tubuhnya. “Saya rasa ini (tatu) menjadi kesalahan terbesar dalam hidup saya, tapi saya akan cuba mengatasinya,” ungkap Traore. “Agama saya telah memberi keuntungan kepada kehidupan dan kerjaya saya. Saya selalu menjadi muslim tapi tidak pernah mempraktikannya dan saya hanya berkata ‘saya seorang muslim',” jelasnya. ~Detik Islam




 Alamak, kita yang nak cuba hafal juzuk amma pun terkial-kial...

Read more...

China Press Berniat Jahat Dengan Datin Seri Rosmah Mansor?

Akhbar arus perdana lain tidak ambil "pot" langsung tentang usaha Datin Seri Rosmah membantu rakyat malang yang ditimpa musibah banjir (air bah, air besar, air pasang, air naik, air bena, kojoh, empoh, sebak, lembak). Sekonyong-konyong, China Press memaparkan gambar Datin Seri membersihkan sebuah rumah yang dilanda banjir lumpur. Gambar yang diambil jelas menunjukkan bahawa kerja pembersihan telah siap dilakukan. Kalau China Press berniat baik, sudah tentu gambar yang disiarkan lebih realistik yang menunjukkan Datin Seri sedang bergelumang dengan selut atau kukup (lanyau, lanau, lahar, lolok, luluk, lunau). Sebaliknya, gambar yang terpampang saling tak tumpah gambar heroin hindustan sedang menarikan tarian ponggal. 



Teruskan pembacaan di sini.



Sabar Datin Seri...
Read more...

Alahai Bahasaku: Kesalahan Ejaan dan Kesalahan Makna Yang Tidak Berkesudahan









Apa nak jadi?
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...