15 February, 2013

Pra-PRU13: Penyerahan sedekah anda kepada Pemfitnah...

KUALA LUMPUR 14 Feb 2013. – Selepas tiga bulan mengambil inisiatif sendiri mengumpul derma, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyerahkan sumbangan orang ramai bagi membantu Utusan Malaysia yang disaman oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam isu kebebasan beragama. Sumbangan sebanyak RM50,200 itu diserahkan sendiri oleh Presidennya, Datuk Ibrahim Ali sebagai sebahagian daripada usaha Perkasa membantu Utusan Malaysia membiayai kos guaman memandangkan isu kebebasan agama yang ditimbulkan Nurul Izzah adalah soal akidah.


Bukti Utusan Meloya pemfitnah:



 
"Sedekah duit dapat dosa...
Read more...

Pra-PRU13: Mari terus bersedekah kepada anak-anak Mahathir dan UMNO...

KUALA LUMPUR: Akhbar lidah rasmi sebuah parti pembangkang hari ini mendedahkan bagaimana Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya mengkayakan anak pinak mereka.


Menurut akhbar itu,  yang paling tinggi dalam senarai adalah kekayaan anak ketua kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13 ini, iaitu Mirzan Mahathir. Mirzan Mahathir dikatakan menjadi Ahli Lembaga Pengarah dengan pemilikan 15% saham dalam syarikat pengeluaran arak terbesar di Filipina, San Miguel Corp. Pada tahun 2012, San Miguel membeli aset hiliran Esso jauh lebih rendah daripada nilai pasaran dan mengubah namanya kepada Petron. Petron kemudiannya mendapat kontrak membekalkan minyak kapal terbang daripada MAS mengetepikan kontrak perbekalan daripada Petronas selama ini.

Di senarai kedua terkaya adalah anak Tun Dr Mahathir juga, iaitu Mokhzani Mahathir yang menduduki tangga ke-19 orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan sebanyak RM1.6 bilion. Ayahnya menganugerahkan kontrak RM836 juta dariapada Petronas Carigali Sdb Bhd kepada anak syarikat Sapura Kencana Petroleum Bhd yang berada di bawah pengaruh Mokhzani.

Turut di senaraikan oleh akhbar itu adalah adik Perdana Menteri, Nazir Tun Razak yang mempunyai jumlah harta kekayaan sebanyak RM495 juta. Gaji Nazir RM12 juta setahun atau RM1 juta sebulan.

Sumber berita di sini.



   
Ish-ish-ish. rakyat pula bertarak berebut-rebut duit BR1M bagai bangsa Utopia yang kebulur makanan...
Read more...

'Kami tak buat apa-apa, hanya temankan tunang tidur"

BATU PAHAT – “Sumpah ustaz, kami tak buat apa-apa, saya hanya temankan tunang saya tidur sahaja,” kata seorang lelaki ketika ditahan dalam serbuan Ops Valentine di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai di sini, awal pagi semalam. Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 3 pagi itu, seorang pemuda berusia 24 tahun ditahan dalam keadaan mencurigakan bersama wanita yang didakwa sebagai tunangnya yang juga berusia 24 tahun.


Timbalan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika ditahan lelaki terbabit memberi pelbagai alasan antaranya mempunyai urusan penting yang perlu diselesaikan. Katanya, keesokan harinya ada perkara yang penting menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk tidur bersama di hotel itu manakala pasangannya hanya mendiamkan diri ketika disoal siasat. “Pemeriksaan mendapati pasangan terbabit masih belum mempunyai ikatan perkahwinan. “Alasan yang diberikan antaranya menemani tunang yang takut tidur bersendirian nyata tidak boleh diterima kerana apa juga alasan ianya tetap tidak boleh diterima selagi mereka masih belum mempunyai ikatan sah. Teruskan bacaan di sini.

Bacaan tambahan: Ulama Mesir, Syaikh Ahmad Mahmud Abdullah kata sambut Valentine sama dengan zina. Baca di sini.

 

 
Ish-ish-ish...
Read more...

"Perayaan valentine adalah perayaan perzinaan" kata Ulama Mesir...

REPUBLIKA.CO.ID, KAIRO -- Perayaan Valentine yang jatuh pada 14 Februari kelmarin menuai banyak kecaman daripada pelbagai tokoh ulama. Valentine yang disebut-sebut sebagai hari kekasih tersebut malah dijadikan peluang kepada muda-mudi untuk melakukan maksiat.



Salah satu kecaman tersebut datang daripada tokoh salafi di Mesir, Syaikh Ahmad Mahmud Abdullah. Dalam pernyataannya dua hari lalu, beliau menyampaikan kecamannya terhadap perayaan Hari Valentine. Bukan hanya bagi mereka yang menyambutnya, namun juga semua orang yang terlibat, termasuk yang hanya menjual kad-kad ucapan dan hadiah-hadiah Valentine. Syaikh Ahmad yang lebih akrab disapa Abu Islam ini menyatakan dalam acara televisyen Al Ummah bahawa perayaan Valentine sangat dekat dengan perzinaan. "Tanggal 14 Februari adalah perayaan perzinaan. Gereja Kristen tentu saja merayakan Hari Valentine, namun saya minta kepada seluruh umat muslim dan mereka yang takut akan Allah agar tidak menggunakan sesuatu yang berwarna merah jambu. Bahkan kelab bola sepak Mesir Al-Ahly tidak boleh memakai seragam warna merah," jelas Abu Islam, seperti dikutip daripada Alarabiya. Lebih lanjut, Abu Islam juga mendakwa setiap wanita yang pergi merayakan Valentine sama saja dengan berbuat zina atau melacurkan dirinya sendiri. "Hari Valentine yang melambangkan Kristen adalah perayaan untuk perzinaan serta pelacuran. Siapa saja yang merayakan hari itu adalah pelacur, sebab setiap pelacur akan memilih seorang lelaki dan dia akan menghabiskan waktu dari pagi sampai malam bersama lelaki itu," kecamnya. Abu Islam yang dikenal dengan fatwanya yang keras dan ekstrim ini sebelumnya pernah diadukan ke pengadilan Mesir. Lelaki Salafi ini didakwa melakukan penistaan terhadap Agama Kristen Koptik soal pernyataannya yang kontroversial di surat khabar Mesir, Tahrir.



   
14 Februari hari kelahiranku...
Read more...

Ledakan meteor atau peluru berpandu buatan manusia?

Ledakan Meteor Menghentam Kota Industri Pertahanan Ketenteraan Rusia. Lebih 1.000 orang cedera


CHELYABINSK, RUSIA (voa-islam.com) - Lebih seribu orang cedera akibat ledakan sebuah meteor di angkasa Rusia tengah hari Jum'at (15/2/2013). Ledakan meteor yang berjaya menembus atmosfera bumi tersebut menimbulkan hujan bola api di sebuah kawasan luas dan gelombang hentakan yang memecahkan kaca-kaca tingkap dan merosakkan sejumlah bangunan di Chelyabinsk yang merupakan tempat industri pertahanan dan ketentaraan Rusia.



Kementerian Dalam Negeri Rusia menyatakan, sekitar 1.200 orang cedera, 200 daripada mereka kanak-kanak. Kebanyakan mereka yang cedera  akibat terkena pecahan kaca. Meteor yang memiliki berat sekitar 10 ton itu terbentuk dari besi. Ia memasuki atmosfera bumi dan pecah sekitar 30-50 kilometer di atas tanah, kata Akademi Sains Rusia.

Warga yang sedang menuju ke tempat kerja di Chelyabinsk mendengar suara seperti ledakan, melihat cahaya terang dan kemudian merasakan gelombang hentakan, kata seorang koresponden Reuters di kota industri itu, yang terletak sekitar 1.500 kilometer sebelah timur Moscow. Bola api yang menurut badan angkasa lepas Rusia Roscosmos melesat (terpelanting) dengan kecepatan 30 kilometer per saat menerangi cakrawala, meninggalkan kesan putih panjang yang dapat dilihat hingga jarak 200 kilometer. Penggera kereta berbunyi kuat, kaca-kaca tingkap pecah dan jaringan telefon bimbit terganggu.

Kementerian Dalam Negeri Rusia menyatakan, ledakan meteor yang merupakan fenomena sangat jarang itu juga menimbulkan dentuman sonik. Tidak ada laporan mengenai kematian, namun Kementerian Urusan Darurat Rusia mengatakan, 20.000 petugas penyelamat dan pembersih dihantar ke kawasan itu setelah Presiden Vladimir Putin meminta Menteri Urusan Darurat Vladimir Puchkov mengatasi gangguan itu dan membantu korban.

Kawasan Chelyabinsk telah lama menjadi tempat industri pertahanan dan ketenteraan Rusia, dan sering menjadi lokasi bom-bom artileri dinyahaktifkan. Seorang pegawai di pejabat Kementerian Urusan Darurat setempat mengatakan, badai meteor sangat jarang dan insiden yang berlaku pada hari Jumaat itu mungkin berhubungan dengan sebuah asteroid seukuran kolam renang Olimpiade yang akan melewati Bumi. Namun, seorang astronomi di Akademi Sains Rusia, Sergei Barabanov, melahrikan keraguan atas laporan itu. Beliau mengatakan, tidak ada bukti yang menyokong teori bahawa meteor itu melesat bersama atau memisah daripada asteroid itu. Badan Antariksa Eropa, dalam blog Twitter-nya, juga mengesahkan bahawa tidak ada hubungan antara meteor itu dan asteroid tersebut. Pada 1908, sebuah meteorit dikatakan telah menghancurkan sebuah kawasan seluas lebih 2.000 kilometer persegi di Siberia, memecahkan kaca-kaca jendela hingga jarak 200 kilometer dari titik benturan. (st/antara).

 
 
Kalau ini bukan peluru tentara mujahidin, ...sudah tentu ini merupakan peluru tentera Allah kerana tindak balas Rusia yang menghantar bantuan ke Syria
Read more...

Ahmad Shahadah, terkurung 28 tahun di Penjara Zionis

Al-Quds – PIP: Pada hari Jumaat, 15 Februari 2013, genap 28 tahun Jeneral Tawanan Palestina asal al-Quds, Ahmad Shahadah,  meringkuk di penjara Zionis Israel. Beliau ditangkap dan ditahan sejak tahun 1985 dan berpindah-pindah dari satu penjara ke penjara lain.


Ahmad Shahadah

Jenderal Tawanan adalah istilah yang digunakan warga Palestin kepada para tawanan yang sudah terkurung lebih 20 tahun berturut-turut di dalam penjara Zionis. Fuad Khafash, Pengarah Pusat Ahrar, menegaskan bahawa jumlah tawanan dari kota al-Quds mencapai 224 orang. Sebanyak 38 antaranya dipenjara seumur hidup, manakala lima tawanan sudah meringkuk lebih 20 tahun. Selain itu, terdapat seorang tawanan wanita asal al-Quds dan ketika ini terkurung di penjara Zionis Hasharon. Khafash menjelaskan bahwa penjajah Zionis masih menahan dua anggota dewan legislatif Palestin asal kota al-Quds. Mereka adalah Muhammad Tutah dan Ahmad Atwan. Di samping itu, menteri urusan al-Quds di pemerintahan Palestin ke-10, Khaled Abu Arafah juga meringkuk di penjara. Khafash memaklumkan bahawa ketika ini terdapat 15 tawanan dari al-Quds yang berusia di bawah 18 tahun. Mereka ditahan dalam bentuk penahanan secara sulit.

 
Semoga Allah menggantikan kesengsaraan mereka ini dengan kebahagiaan di akhirat...
Read more...

Pakaian Muslimah Mengikut Syariat Islam...

Islamedia - Manusia diciptakan oleh Allah s.w.t sebagai makhluk yang istimewa berbanding makhluk lain. Keistimewaan manusia bukan hanya dalam bentuk fizikal, tetapi juga dalam kesempurnaan komponen bukan dizikal yang membentuknya. Salah satunya adalah perasaan memiliki harga diri. Dengan perasaan harga diri itu setiap manusia ingin dirinya dapat tampil di hadapan orang lain secara terhormat dan tidak cacat. Pakaian adalah salah satu hal yang dapat membentuk citra diri seseorang di hadapan orang lain. “Hai anak adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan; dan pakaian takwa tulah yang paling baik. (QS. Al A’raf: 26).

Pakaian, merupakan bahagian daripada produk budaya. Akan tetapi, Islam memandang pakaian tidak semata-mata lahir karena ikatan sosial dan budaya kemanusiaan. Islam memberikan makna yang lebih luas dengan menghadirkan syariat berpakaian bagi laki-laki dan perempuan, bukan semata dari kacamata keperluan atau pun selera keindahan, akan tetapi menjadi satu ibadah.

Dalam hal ini,  syarat pakaian bagi laki-laki dan perempuan adalah yang tidak menampakkan aurat dan memperlihatkan keindahan dan kepantasan secara wajar. Berkaitan dengan pakaian, terutama pakaian perempuan muslimah, ada beberapa istilah yang yang berkaitan, seperti istilah jilbab, khimar, cadar, juga hijab. Istilah-istilah ini perlu difahami secara seimbang dan tepat agar tidak menimbulkan kesalahan persepsi dalam memahami intipati daripada tuntutan syariat terhadap wanita muslimah.

Hijab
Bermakna penghalang atau tabir antara laki-laki dan perempuan untuk tidak saling melihat. Istilah hijab dikhususkan bagi isteri-isteri Nabi dalam bergaul dengan laki-laki lain di dalam rumah, untuk membedakan isteri Nabi daripada perempuan lainnya, serta untuk menghormati keluarga Rasulullah s.a.w.. “Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isetri-isteri Nabi) maka mintalah dari belakang hijab. Cara yang demikian itu lebih suci bagimu dan bagi mereka.” (QS. Al Ahzab: 53



Secara praktiknya, ayat hijab ini diterapkan dalam dua bentuk. Pertama, langsung pemakaian tabir di dalam rumah ketika isteri-isteri Nabi berbicara dengan laki-laki bukan mahram, sehingga isteri-isteri Nabi tidak terlihat oleh mereka. Hal ini melengkapi aturan lainnya bagi isteri Nabi, iaitu tinggal di dalam rumah. “Dan hendaklah engkau tetap tinggal di rumahmu…. (Al Ahzab:33)

Kedua, para isteri Nabi mengenakan penutup wajah dan seluruh tubuh ketika keluar rumah untuk suatu urusan yang syar’i. Dengan demikian para isteri Nabi tidak kelihatan tubuhnya, termasuk wajah dan kedua telapak tangannya ketika di luar rumah, sebagai aplikasi ayat hijab ini.

Jilbab
Pakaian panjang yang dipakai untuk melindungi pakaian dalam perempuan dan tidak menutup wajahnya. “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri orang-orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbab mereka ke seluruh tubuh. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal, karena itu mereka tidak diganggu.. (Al Ahzab: 59)

Ayat di atas menuntut kaum perempuan untuk melabuhkan jilbabnya ke tubuh mereka ketika keluar rumah sebagai identiti yang membezakan mereka daripada perempuan hamba, sehingga tidak ada yang akan mengganggu.



Khimar
Khimar yang dimaksudkan dalam surat An-Nur: 31 adalah penutup kepala, bukan penutup wajah. “ … Dan hendaklah mereka menutupkan khimar (kain tudung) mereka ke dada mereka… “ (An-Nur: 31)

Dalam kitab Al-Mu’jam Al Wasith disebutkan, “Khimar adalah segala sesuatu yang menutup. Termasuk dalam jenis khimar adalah khimar perempuan, iaitu pakaian yang dipakai kaum wanita untuk menutup kepala mereka. Termasuk kategori khimar pula adalah imamah (serban) yang dipakai kaum lelaki untuk menutup kepala dan dililitkan ke leher.”



Allah mencintai keindahan dan kerapian. Yang rapi itu adalah yang tertutup auratnya. Ibarat sebuah barang antik yang dijual di kedai mewah. Barang tersebut pasti tersimpan dalam sebuah cermin dan bukan sembarang orang yang dapat menjangkaunya. Hal itu karena harganya yang sangat mahal.

Berbeza dengan barang-barang yang mengalami kegagalan dalam proses pembikinannya. Barang tersebut akan dijual secara murahan dan setiap orang dapat menjangkaunya.

Saudaraku… Menutup aurat bukan perkara menunggu kesiapan diri, tapi itu adalah bukti cinta Allah terhadap makhluk-Nya. Kerana diri kita begitu berharga…

Mari Tutup Aurat

Sumber maklumat di sini



 
Jangan tanya Sister in Islam tentang hal ini...
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...