01 November, 2009

Khidmat Percuma: AKPK


Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit: Saluran Kaunseling dan Pengurusan Kewangan Secara Berhemat

Adakah anda sedang mengalami situasi seperti yang di bawah ini?

Senario 1
Anda telah berbelanja besar dengan menggunakan lima kad kredit sehingga tidak mampu membayar balik hutang kad kredit anda. Caj kewangan (faedah) yang dikenakan atas baki hutang kad kredit yang belum dibayar bertambah dari bulan ke bulan. Beban kewangan ini semakin merisaukan anda dan kini di luar kawalan anda sehingga telah menjejaskan keharmonian hidup anda.


Senario 2
Anda dan pasangan anda akan berkahwin dalam masa yang terdekat ini. Selepas berkahwin anda bercadang untuk memiliki sebuah rumah dan sebuah kereta idaman. Tetapi apabila memikirkan beban kewangan yang akan ditanggung, anda berasa khuatir untuk meneruskan hasrat murni anda untuk memiliki rumah dan kereta sendiri.  Pelbagai persoalan bermain dalam fikiran anda sama ada anda mampu atau tidak menguruskan kewangan dengan baik jika anda meneruskan hasrat tersebut.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

1.   Pejabat AKPK, Aras 8, Maju Junction Mall, Kuala Lumpur.
2.  Pejabat cawangan AKPK di bangunan Bank Negara Malaysia Pulau  Pinang,
      Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.
3.   Cawangan institusi kewangan di semua negeri.

Talian Am : 03-26988575
Talian Faks : 03-26981575
E-mel : enquiry@akpk.org.my          
Laman Web : http://www.akpk.org.my
Talian Bebas Tol : 1800882575

Dua senario di atas merupakan antara contoh masalah mengenai pengurusan kredit yang dikendalikan oleh Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK).

AKPK ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyediakan saluran kaunseling dan pengurusan kredit kepada peminjam dan bakal peminjam individu bagi mendapatkan khidmat nasihat tentang pengurusan kredit yang baik.

Skop
Antara perkhidmatan yang disediakan oleh AKPK adalah seperti yang berikut:
•  Nasihat dan Khidmat Kaunseling Mengenai Pengurusan Kewangan
Menyediakan khidmat nasihat pengurusan kewangan yang merangkumi bajet kewangan, pengurusan wang dan isu-isu kredit, termasuk menganalisis kedudukan kewangan serta mengenal pasti pilihan terbaik untuk menguruskan perbelanjaan anda.
•   Pendidikan Kewangan
Program pendidikan kewangan kepada pengguna, terutamanya mengenai penggunaan kredit dengan cara yang betul dan kemahiran asas pengurusan wang serta tip untuk menggunakan kredit secara bertanggungjawab.
•   Program Pengurusan Kredit
Membantu menyediakan pelan pembayaran balik pinjaman melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda.  Pelan tersebut akan membantu anda membayar balik pinjaman dan mengawal semula pengurusan kewangan anda.

Syarat dan Kelayakan untuk Menyertai Program Pengurusan Kredit
1. Mestilah mempunyai pinjaman / pembiayaan seperti: pinjaman perumahan, sewa beli, kad kredit, kad caj atau pinjaman persendirian yang diperoleh dari mana-mana institusi kewangan yang dikawal selia oleh BNM.
2.   Mestilah mempunyai sumber pendapatan bersih bulanan yang stabil.
3.   Belum diisytiharkan bankrap.

Semua perkhidmatan yang disediakan adalah percuma.

Sila nantikan entri saya yang akan mengetengahkan cara membuat aduan  yang betul jika anda mengalami masalah dengan pihak institusi kewangan/perbankan.

Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...