23 February, 2013

BR1M RM500 cukup untuk 12 bulan...

Ini betul-betul statement paling hebat daripada PM.




"Menerusi BR1M, sebanyak RM500 (setiap isi rumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10 kilogram (kg), minyak masak 5kg dan lain-lain.
"Maknanya, nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.

Terus baca di sini.

Cara guna duit RM41.60 sebulan

Beras Nasional Sekampit 10kg (15% hancur) : RM17
Ubi Keledek (tanam sendiri) : RM0
Ubi Kayu (tanam sendiri) : RM0
Kelapa (tanam sendiri @ curi) : RM0
Minyak Masak (Recycle) 3kg : RM6
Tepung Gandum 3kg : RM5.40
Ikan Bilis (serdak hancur bahagian kepala) 1kg : RM0.50
Cili padi (tanam sendiri) : RM0
Sayur (tanam sendiri) : RM0
Kayu Api (buat memasak guna dapur kayu) : RM0
Kicap (Cap Budak Terbang Keluaran Syarikat Cina) : RM1.60
Ikan (pancing sendiri) : RM0
Ayam (bela sendiri tapi anak ayam kena beli seekor) : RM2.50
Itik (bela sendiri tapi anak itik kena beli seekor) : RM2.50
Minyak kerosene @ minyak gas buat pelita segelen (anggaran) : RM5.00

Jumlah Keseluruhan : RM40.50 ........ hehehe... waah.... maknanya dengan peruntukan RM41.60 sebulan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia melalui BR1M ..... maknanya ader lebihan sebanyak RM1.10 setiap bulan.... wah... hebat.... boleh la menyimpan kat Tabung Haji kalu camnie.... Cukup tahun boleh pi tunaikan haji ke Mekah.... hahaha

Sumber di sini.

Dalam pada Kerajaan menghambur duit sesuka hati untuk menang undi, hutang kerajaan terus mencanak.

Sumber di sini.





 
Ini merupakan pengurusan wang paling berhemat. Berhutang untuk berbelanja...
Read more...

Wat sek sebelum nikah...

Kisah ini berlaku di sebuah kampung di Terengganu.
Sebelum akad nikah Tok Kadi ingin mengesahkan kad pengenalan pengantin lelaki.



Kadi: Lame dah kenal hok puang ni?
Pengantin: Dalam 2 tahun lebih
Kadi: Hoo molek la...mesti gi dating sokmo ni dok?
Pengantin: Kadang-kadang je Tok. Dia di Terengganu saya duk KL
Kadi: Doh tak jupe,org muda leni orangg ngorat wat sek sokmo la ni

**Terangkat punggung pengantin dan wali dengar soalan tu***

Pengantin: Amenda Tok, kang harang!
Kadi: Bakpe haramnye, kang ada niat nok nikoh. Wat sek la. Barang percume!
Wali: Hoi! mung tok kadi jangan wat aib anak nantu aku gitu depang org rama ning!!!!
Kadi: Ce wt mari telefon mung aku nak cek ***kadi mitok dengan pengantin***
Pengantin: Telepon saya ikut suka saya la nak save menda pun
Wali: Wi la awang eh kalu mu rasa mu dok wat ***ketor tangan pengantin bagi fon ke kadi, muka meroh merang doh***
Kadi: Doh ni fail natang ape? Wat sek la ning ke org panggil menda gining?

***Wali cepat2 bangun gi tengok, pengantin pun sama naik...saksi bejerebat atas belakang

*** Ramai2 pakat kata "oooo WHATSAPP!!!"


Wat Sek


Sumber di sini.



 
He...he...
Read more...

Perkasa tubuh pasukan pertahan kalimah Allah...

KUALA LUMPUR: Kisah Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mahu menubuhkan satu pasukan untuk mempertahankan kalimah 'Allah' kini menjadi fenomena dalam Facebook.



Ia terjadi apabila gambar-gambar peserta pasukan ini menjadi kegilaan pelbagai pihak untuk dikongsikan di facebook mereka. Ketika dibaju mereka tercetak logo skuad mempertahankan nama 'Allah' ini, mereka sendiri menghina Allah dengan kelakuan mereka. Ada yang naik motor berpasangan, ada yang memakai baju dan seluar ketat dan tidak kurang yang berpoya-poya ke sana-sini dengan baju yang tercetak logo tersebut.



 
Perkosa...
Read more...

Pra-PRU13: Rakyat dihaiwankan oleh BR1M...

Sumpah laknat ketika ambil BR1M



Khabarnya kejadian pihak terdesak ini berlaku di Bachok Kelantan. Orang ramai yang mahu mengambil duit B1RM perlu melafazkan sumpah/aku janji di atas. BR1M yang diberi kepada rakyat kesan daripada kekuatan politik PR ini duit poket UMNO/BN? Kalau duit poket mereka, maka tidak hairanlah jika mereka mahu rakyat yang menerimanya bersumpah untuk mengundi mereka? Masalahnya BR1M ini ialah dana awam, duit rakyat, duit pembayar cukai. Apa gila dan muka tidak malu mereka berbuat demikian?

Sumber di sini

Bukti video...







 
Hakikatnya, haiwan yang menghaiwankan rakyat...
Read more...

Alhamdulillah: Cek Nufnang tiba...

Setelah sekian laman menunggu...




 
Alhamdulillah...
Read more...

Pra-PRU13: TGNA difitnah kata UAI

KUALA TERENGGANU: Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar).



Beliau berkata, Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan. "Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan. "Umpama bagi makan, lepas tu sembelih. "Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini. Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?" Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan. Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh".

 Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media. "Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni. "Yang tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu? "Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu.

Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata, "Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. "Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang. "Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil). "Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz.

Sementara itu, para pengguna laman sosial mula menyebarkan analogi mengenai kenyataan kedua-dua pemimpin Umno itu ketika mereka mengulas isu ini.

Berikut adalah analogi itu: Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh..

Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh..
Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan....
Abu: Ali! Itu peribahasa la samdol!

Sedutan video TGNA tentang penerima BR1M dihaiwankan...


 

 
Beruk sahaja yang tak faham kiasan...
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...