17 January, 2013

"Melayu": Ulang Tayang Puisi Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana,
Nakalnya bersulam jenaka,
Budi bahasanya tidak terkira,
Kurang ajarnya tetap santun.

Jika menipu pun masih bersopan,
Bila mengampu bijak beralas tangan,
Melayu itu berani jika bersalah,
Kecut takut kerana benar.

Janji simpan di perut,
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat Jangan mati anak.

Melayu yang keterlaluan...

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah muaalaf bertakrif Melayu.

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan,
Melorongkan jalur sejarah zaman,
Begitu luas daerah sempadan,
Sayangnya kini segala kehilangan.

Melayu itu kaya falsafahnya,
Kias kata bidal pusaka,
Akar budi bersulamkan daya,
Gedung akal laut bicara.

Malangnya Melayu itu kuat bersorak,
Terlalu ghairah pesta temasya,
Sedangkan kampung telah tergadai,
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual,
Meski telah memiliki telaga.

Tangan masih memegang tali,
Sedang orang mencapai timba,
Berbuahlah pisang tiga kali,
Melayu itu masih bermimpi,
Walaupun sudah mengenal universiti,
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dengan senyum,
Marahnya dengan diam,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan,
Setia dan sabar tiada sempadan,
Tapi jika marah tak nampak telinga,
Musuh dicari ke lubang cacing,
Tak dapat tanduk telinga dijinjing,
Maruah dan agama dihina jangan,

Hebat amuknya tak kenal lawan,
Berdamai cara Melayu indah sekali,
Silaturrahim hati yang murni,
Maaf diungkap senantiasa bersahut,
Tangan diulur sentiasa bersambut,
Luka pun tidak lagi berparut.

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan,
Selagi yang ada sanggup diberikan,
Sehingga tercipta sebuah kiasan: "Dagang lalu nasi ditanakkan, suami pulang lapar tak makan.
Kera di hutan disusu-susukan, anak di pangkuan mati kebuluran".

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu,
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang,
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan,
Jika yakin kepada kebenaran;
 Jangan malu mengucapkan keyakinan,
Jika percaya kepada keadilan Jadilah bangsa yang bijaksana,
Memegang tali memegang timba,
Memiliki ekonomi mencipta budaya,
Menjadi tuan di negara Merdeka.




Mybabah Melayu Islam...




Read more...

Para Nabi cemburu dengan golongan ini...

Golongan yang cinta mencintai dengan roh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkam...

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bahawa ada seorang lelaki yang ingin menziarahi sahabatnya yang menetap di sebuah kampung yang lain. Maka Allah s.w.t telah menghantar malaikat ke jalan yang dilaluinya untuk memerhatikan lelaki itu. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu oleh malaikat itu, malaikat bertanya:"ke mana kamu ingin pergi?" Jawab lelaki itu jujur: "Aku ingin bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya lagi: "Adakah bagi kamu ada apa-apa nikmat yang akan kamu peroleh daripadanya?" Lelaki itu menjawab: "Tidak. Aku menziarahinya hanya kerana aku menyayanginya kerana Allah. Berkata malaikat: "Sesungghnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu kerana-Nya." (Riwayat Muslim)


 
Orang yang ikhlas bersahabat kerana Allah tidak menaruh apa-apa kepentingan peribadi daripada hubungan persahabatan yang terbina. Bukanlah harta dan pangkat yang dicari walaupun sahabat mampu memberiakan kelebihan seperti itu. Namun mereka yakin hakikat persahabatan yang baik itu hanya Allah yang mampu memberi ganjaran yang terbaik.




Ya Allah, kurniakan aku sahabat-sahabat yang beriman kepada-MU...

 


Read more...

Solat berjamaah tidak perlu...

Setelah melakukan penyelidikan yang terperinci dengan mentelaah kitab-kitab muktabar, seperti al-Umm, kitab Fiqh Imam as-Syafie, al-Muwatta, kitab karangan Imam Malik, yang mengandungi hadis-hadis hukum, kitab Masail Ushul, iaitu kitab fiqh yang berisi keterangan yang diriwayatkan oleh para imam Mazhab Hanafi dan kitab-kitab muktabar daripada Mazhab Hambali, seperti Al-Mustaw‘ib, Al-Furu‘, Al-Iqna‘ li Talib al-Intifa‘ dan Mukhtasar al-Kharqi dan al-Mughni, jelas menyatakan bahawa solat berjamaah tidaklah dituntut @ tidak perlu khususnya untuk individu-individu seperti yang berikut:

Sesiapa yang malas solat berjamaah, patut malu dengan lelaki ini... 

1. Orang dewasa yang disahkan oleh doktor pakar bahawa mereka mempunyai masalah pendengaran yang kronik. Tidak dituntut bagi seseorang yang pekak (bukan pekak badak) untuk menunaikan solat berjamaah. Golongan ini langsung tidak dapat mendengar laungan azan walaupun pembesar suara diletakkan di telinga mereka, apatah lagi bacaan dan takbir imam ketika rukuk serta sujud.

2. Orang dewasa yang menghadapi masalah penglihatan. Golongan buta (tidak termasuk buta hati) juga tidak dikehendaki untuk hadir solat berjamaah, jika hidup bersendirian. Tanpa dipimpin perjalanannya pasti sukar bagi mereka meraba-raba mencari jalan ke masjid atau surau serta semasa berdiri di dalam saf.

3. Orang dewasa yang menjadi hamba abdi moden. Sekarang ini ramai para bapa yang menjadi "bibik" di rumah. Nak kena masak untuk isteri balik daripada kerja, menyusukan anak, basuh baju, mop lantai dan macam-macam lagi kerja di rumah. Tidak dibuat, kena tengking dengan isteri. "Bibik" memang tidak dituntut solat berjemaah.

4. Orang dewasa yang hilang ingatan dan menghadapi masalah gangguan mental juga tidak perlu hadir untuk solat berjamaah. Mustahil pesakit-pesakit mental mampu mengikut imam solat berjamaah. Kelak, lain yang imam buat di depan, lain pula nanti makmum di belakang menggayakannya.


Jika anda mempunyai salah satu daripada ciri-ciri yang dinyatakan di atas, anda termasuk dalam golongan orang yang tidak perlu hadir berjemaah di surau atau di masjid. Jika anda bukan golongan di atas, tetapi malas untuk ke surau atau ke masjid atau malu dengan masyarakat di sekeliling anda yang memandang sinis kepada anda kerana tidak solat berjamaah, gantung papan tanda di leher anda dengan perkataan-perkataan yang berikut: 

1. Maaf saya tidak dapat ke surau atau ke masjid kerana saya PEKAK.
2. Maaf saya tidak dapat ke surau atau ke masjid kerana saya BUTA.
3. Maaf saya tidak dapat ke surau atau kemasjid kerana saya GILA.
4. Maaf saya tidak dapat ke surau atau kemasjid kerana saya "BIBIK".





Ya Allah, istiqamahkan aku untuk berjamaah di surau atau di masjid...

 
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...