Sedih...
Apabila di sekolah kesilapan begini masih berlaku!
Keceriaan bukannya kecerian
Geram...
Apabila pihak berkuasa masih mengabaikan ejaan yang betul!
Pangsapuri bukan apartment
Alor Star bukan Alor Setar
Kecewa...
Apabila orang politik juga tidak ambil kisah!
Relevan bukan releven
Meluat...
Apabila bahasa Inggeris terus diutamakan!
Panggilan kecemasan bukan emegency calls
Meloyakan...
Apabila kenakalan "budak-budak" lambat diperbetulkan!
Mungkin pihak yang berkenaan tidak pandai membaca
Menggeletek...
Apabila kesilapan tidak disengajakan berlaku!
Didakwa bukan didakwah
Simpati...
Apabila Si Jahil cuba memandai-mandai!
Tempat letak kereta bukan kapak ("car park")
Kaget...
Apabila masalah serupa juga berlaku di seberang!
Begitulah ceritanya...
Awas "Paparazi" akan mengekori anda!
Nota:
1. Hentam kromo bermaksud:
i. Melakukan sesuatu dengan sesuka hati.
ii. Tanpa pertimbangan lain yang wajar.
2. Semberono bermaksud:
i. Tidak hati-hati (tidak difikirkan baik-baik), sembarangan, kurang teliti.
ii. Kurang sopan (perkataan, perbuatan), kurang manis (dlm erti kiasan).
3. Menggeletek bermaksud mencuit (mencubit) supaya jadi geli.
4. Kaget bermaksud terkejut, terperanjat.
Terima kasih Ibnu Hashim (http://www.ibnuhasyim.com) atas kebenaran menyiarkan semula beberapa gambar di atas.
Kitar semula gambar-gambar daripada entri yang lalu...
Read more...