15 February, 2010

Aku Pemburu Jin 4


MaklumanSEANDAINYA anda ingin menjadi Pemburu Jin, anda digalakkan membaca entri Aku Pemburu Jin, Aku Pemburu Jin 2 dan Aku Pemburu Jin 3 sebelum anda meneruskan pembacaan entri ini. Jika sekadar untuk menambah ilmu pengetahuan, anda tidak perlu berbuat demikian.

Konsep Memburu:
Maksud "memburu" ialah melawan atau menyerang balik bukannya memburu secara semberono kerana MUSTAHIL anda dapat memburu kesemua jin jahat yang tiada terpermanai jumlahnya (terlalu ramai). Satu sikap negatif yang ada pada sebahagian besar umat Islam dewasa ini ialah sikap suka bertahan, tanpa mahu menyerang balik. Negara-negara Palestin, Afghanistan, Iraq dan lain-lain musnah lantaran sikap buruk ini.  Pada zaman kegemilangan Islam, iaitu pada zaman Rasulullah s.a.w., para tabi'in, tabiit tabi'in dan beberapa khalifah selepas itu, pantang sekali maruah Islam dicabar. Jika dicabar, putuslah kepala daripada badan mereka.



Syarat-syarat Menjadi Pemburu Jin 
 
Hanya perlu tiga (3) syarat penting:

Syarat Pertama: Menjadi kekasih Allah
Siapakah di alam ini yang berani "menyentuh" kekasih Allah. Jika kita "kenalan" sultan atau raja, atau pernah duduk semeja dengan Ketua Polis Negara atau berbual mesra dengan Perdana Menteri, mana "gangster" yang berani datang mengganggu kita. Begitulah perumpamaannya, jika kita "dilihat" sebagai kekasih Allah oleh syaitan dan jin (jahat), laluan kita pun tidak berani ditempuh oleh kedua-dua makhluk tersebut.  Bagaimana anda boleh "dilihat" sebagai kekasih Allah? Mudah sahaja. Kerjakan ibadah ekstra berbanding umat Islam yang lain. Solat ekstra (bukan ekstra rakaat untuk solat wajib, tetapi ekstra solat sunat), puasa ekstra, bersedekah ekstra dan ekstra-ekstra yang lain. Ekstra "wajib" ialah bermunajat selepas tengah malam atau waktu dinihari (pukul 3-5 pagi). Sekurang-kurangnya solat sunat dua rakaat. Ini senjata paling ampuh bagi seorang Pemburu Jin.


Syarat pertama yang saya tetapkan di atas diperteguh dengan dalil-dalil di bawah:

i. "Sesungguhnya hamba-hambaKu, kamu tidak dapat berkuasa ke atas mereka. Dan cukuplah Tuhanmu sebagai penjaga" (Al-Isra': ayat 65);

ii. "Dan tidak adalah kekuasaan Iblis terhadap mereka, melainkan hanyalah agar Kami dapat membezakan sesiapa yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat dari sesiapa yang ragu-ragu tentang itu. Dan Tuhanmu Maha Pemelihara segala sesuatu" (As-Saba': ayat 21);

iii. "Sesungguhnya hamba-hambaKu tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat" (Al-Hijr: ayat 42); dan

iv. "Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah ke atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan ke atas orang-orang yang mempersekutukan Allah" (An-Anhl: ayat 100).

Bersambung...









14 comments:

Maiyah said...

kalo xde ilmu didada.. mmg xleh nk jd pemburu makhluk ni

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam...jin jugak ada dikalangan manusia..... cuma kita saja yang tak kenai....heheheheheh jintan manis....

jebat_berani said...

salam babah...nyata bukan senang nak jadi senang....dan bukan susah nak cari susah...

benarlah bagai dikata...senjata paling ampuh bagi umat islam adalah sembahyang di tengah malam di kala orang lain nyenyak dibuai mimpi indah(kalau la indah..kalau tak indah nasib le..)

semoga diri ini diberikan kekuatan oleh allah s.w.t bagi mengerjakan sembahyang malam ini...kerana diri ini juga kepingin menjadi "kekasih allah"...

Unknown said...

Salam Maiyah. Selagi hayat dikandung badan, kita digalakkan menuntut ilmu yang bermanfaat untuk diri,keluarga, agama,bangsa dan negara...

Unknown said...

Salam Alimaz. Jin tidak ada dalam kalangan manusia tetapi syaitan ada. Syaitan paling besar ialah Zionis dan Amerika Syarikat seperti dalam contoh yang saya berikan...

Unknown said...

Salam Ellmy a.k.a Jebat. Itu sebagai satu syarat sahaja. Ramai Pemburu Jin yang tidak memenuhi syarat ini akhirnya kecundang di tangan jin. Mereka tumpas dengan hasutan syaitan seperti yang biasa kita dengar. 1/10 sahaja Pemburu Jin yang berjaya menempuh tipu daya jin/syaitan. Mengikut guru saya, kegiatan Memburu ini seumpama bermain di tepian jurang. Silap langkah kita sama-sama masuk ke jurang. Namun, ia penting malah suatu saat boleh dianggap "wajib" demi menjaga maruah diri dan agama...

Guru said...

ada sambungan lagi rupanya

Unknown said...

Salam Cikgu Normah. Banyak sambungan lagi. Macam cerita korea. Perkara ini penting diketahui khalayak...

umi_e said...

salam... suka baca tentang hal=hal jin ;)

daun kesum said...

cikti dah ketinggalan aku pmburu jin ke-3,.

btw..
selamat ulang tahun babah yg ke-46.,
masih muda..
semoga hidup sentiasa dalam keberkatan,,itu yg penting

Unknown said...

Salam Umi_e. Orang yang meminati penciptaan alam, planet, tumbuh-tumbuhan, haiwan dll pasti akan meminati atau ingin tahu makhluk-makhluk lain cipta Allah seperti jin, mikro spesies dsb.

Unknown said...

Salam CikTi. He...he...CikTi orang pertama yang mengatakan babah masih muda. Terus perasan. Namun babah masih memilih menjadi orang tua kerana orang tua banyak pengalaman dan banyak perkara yang boleh dikongsi bersama-sama kawan-kawan dengan pengalaman yang ada...

Nurimo said...

salam Tuan babah,

Baca ayat kursi terbakar jin.

Unknown said...

Salam Nurimo. Baca ayat kursi belum tentu jin terbakar. Nantikan penjelasan saya.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...