04 February, 2010

Aku Pemburu Jin...


Perhatian: Pembaca dinasihati supaya membaca dan memahami dengan teliti entri ini dan entri-entri seterusnya. Tanpa pemahaman dan penelitian yang jitu anda mungkin dirasuk jin.

Selama enam tahun aku memburu jin yang nakal, seperti anggota polis memburu para penjenayah yang keras kepala. Seperti manusia, dalam kalangan jin juga ada golongan haprak yang perlu dijentik telinga mereka yang runcing itu supaya mereka sedar betapa mereka bukanlah sehebat mana...


Jin merupakan salah satu makhluk yang dijadikan Allah seperti manusia, flora dan fauna, gunung-ganang, bakteria, haiwan, bintang di langit dan lain-lain. Anehnya, jin tidak pernah mendapat perhatian manusia untuk dikaji sedangkan makhluk-makhluk lain diselidik sehingga ke akar umbi.  Lebih malang lagi, orang Islam menganggap jin musuh mereka, sedangkan Allah tidak pernah merestui tanggapan itu. Hal ini saling tak tumpah dengan tanggapan orang Islam kepada khinzir yang dijadikan musuh, sedangkan Allah hanya melarang memakan daging haiwan itu.


Jin tidak semestinya syaitan, tetapi syaitan wujud dalam kalangan jin. Allah senantiasa menyuruh kita berlindung dengan-Nya daripada syaitan yang direjam - bukan jin. Allah tidak pernah menyuruh kita memusuhi jin, tetapi ramai "ulama" menyesatkan orang yang berbaik-baik dengan jin. Mereka lupa bahawa Nabi Allah Sulaiman mempunyai ribuan@jutaan kawan-kawan dalam kalangan jin.


Adakah disebabkan oleh nila setitik habis susu sebelanga atau seperti kerbau terpalit lumpur, habis terpalit kerbau sekandang? Adakah wajar seorang dua manusia dirasuk jin, kesemua makhluk jin patut dibenci?

Bersambung...


  









Entri akan datang:
Bila menjadi "dukun" jatuh wajib ke atas diri anda? 
Babah mengubati Allahyarham Sudirman
Babah menyelamatkan rakan sejawat daripada terjun dari tingkat 12 sebuah bangunan

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai"
Surah Al-A'raf: Ayat 179 


44 comments:

maiyah said...

x patut.. x patut heee

jebat_berani said...

salam kandaku mybabah...cerita yang menarik..tak sabar rasanya untuk mengetahui sambungannya...

Mazru Majid said...

hmm..tak sabar menunggu kisah seterusnye..

Zyma Da` Catwoman said...

Salam Babah.......

Hmmmm,baru sy faham ttg jin.
Sy nantikan kisah seterusnya dari Babah....

;)

cikTi said...

salam babah,,.,

jin ni,,ade jgk yg baik kan.,
tp org ckp,,sebaik2 jin adalah sejahat manusia,.
sy pon x brapa pasti dalam hal ni,.

femli sy adalah mngsa jin yg jahat,.,

sahromnasrudin said...

fuh...crite psal jin nie bole seram bulu roma dibuatnya terutama pd golongan yg lemah semangat..

Che' Pit said...

tapi kan babah, kalau nila setitik tumpah kat susu sebelanga, mesti cantik warnan susu tu.. biru muda.. nice..

kerbau tu pun satu, dah kena lumpur sekor2, x puas hati, dengki.. habis kwn2 dia sekandang dia geselkan badan, nak kongsi sama lumpur tu..

Mybabah said...

Salam Maiyah. Maiyah pelihara berapa ekor jin? Takkan nak bela kucing je?

Mybabah said...

Waalaikumsalam Adinda Jebat. Beruntung jika kita dapat gunakan golongan jin memperkukuh pertahanan kita seperti yang dilakukan oleh Nabi Allah Sulaiman. Masalahnya, manusia menganggap jin makhluk istimewa dan ditakuti. Itu sebab mereka "ego" dan pandang kita hanya sebelah mata...

Mybabah said...

Salam Mazru. Kalau pengeluar seluar LEVI atau LEE tahu tentang blog ini tentu mereka akan beri sponsor...

Mybabah said...

Salam Zyma. Lebih 90% orang yang disakat jin ialah orang perempuan. AWAS!

Mybabah said...

Salam Cikti. Saya akan huraikan tentang "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia". Ungkapan ini yang membuatkan jin mengamuk...

Mybabah said...

Salam. Cerita pasal jin sama dengan cerita pasal orang, pokok, haiwan dll. Kita bercerita tentang makhluk Allah. Hanya mungkin jika kita bercerita tentang jin jahat macam kita cerita tentang perompak atau perogol brutal. Gentar juga dibuatnya...

Mybabah said...

Salam Cik Pit. Peribahasa Melayu hebat. Cerita tentang jin pun boleh dikaitkan dengan peribahasa Melayu...

cemomoi said...

penah gak jumpa datuk jin.. jins samsudin! waimma apa pon tanggapan tentang jin, susah nak berkawan dengan menda yang tak ketara alangkan manusia yang zahir pon payah nak teka dia islam ataupun tak lebih-lebih lagi la jin.. kecuali jins samsudin ni tadi la

endiem said...

ada jin baik ada jin jahat kot.

Mybabah said...

Salam saudaraku Cemomoi. Kenali atau memahami makhluk ini tidak semestinya bererti kita perlu berkawan, spt yang dilakukan oleh sebahagian orang. Ramai orang yang tidak faham akan makhluk tergelincir akidahnya dengan perkara-perkara khurafat. Jin-jin menjadi "ego" kerana manusia takutkan mereka lebih daripada takutkan Allah...

Mybabah said...

Salam endiem. Semestinya ada jin yang baik dan yang jahat. Semua itu patut diyakini kerana ia termaktub di dalam al-Quran...

umiazuddin said...

Salaam Tuan,

Teringin juga untuk mengetahui serba sedikit tentang dunia jin secara objektif. Diharap pencerahan yang bakal tuan berikan dapat merungkaikan misteri makhluk Allah yang satu ini.

VpeaceV

|| NaFiRaa || said...

mungkin sbb jin adalah makhluk Allah yg x dapat dilihat oleh mata kasar manusia.. sbb itulah manusia x bape faham tentang jin nih...

Mybabah said...

Salam Umiazuddin. Saya bercerita berdasarkan pengalaman yang dialami sendiri dan cuba mengaitkan dengan apa yang diungkap oleh Allah s.w.t. dan Nabi s.a.w. Semoga mendapat menfaat. Wallahualam.

Mybabah said...

Salam Nafiraa. Angin, kuman dan bakteria dll manusia sudah teroka tetapi mengapa jin tidak?

azieazah said...

Saya seorang yang penakkut... citer seram tentang syaitan jin or hantu, saya jarang tengok...

Mybabah said...

Salam Azie. Kita boleh takut dengan ular tetapi kena kenal ular dan tahu macam nak tangani masalah jika terserempak dengan ular. Begitu juga jin atau syaitan...

Lelarusni said...

Mybabah,
Ilmu yang dikongsi akan mendapat barakahnya!

Mybabah said...

Salam Lela. Mudah-mudahan.

Nida said...

Salam Babah..

Takutnya baca tajuk n3... dah ler waktu NZ menunjukkan 11.40 mlm...

p/s: Insya Allah kalau takde aral bulan Jun ni kami balik Malaysia ikut hubby collect data, tapi 3 bulan je baliknya. (kena habaq takut Babah ada plan nak ke sini time tu...)

Cikgu Jang .. said...

kira dasyat jugaalah ye....memburu jin ni...mboh dapat ke gamoknya...

Ahmad Zulfadhli said...

konfius saya.. selama nie saya ingatkan yang rasuk manusia 2 syaitan.. tibe2 en. samsudin kate jin pulak.. kene tanya ustaz ismail kamus nie.. :)

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://www.stormreaders.net/zulfadhli

p/s: Miliki buku2 ilmiah karya ikon2 popolar seprti Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah & lain2 di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

Mybabah said...

Salam Nida. Nanti jika tiba di Malaysia, jangan lupa call saya. Teringin nak jumpa cik abang dan Nida...Saya tidak jangka dapat ke mana-mana sehingga pertengahan tahun.

Mybabah said...

Salam Cikgu Jang. Di ladang tempat cikgu Jang bertanam kelapa sawit tentu banyak jin bertendang di sana. Hati-hati...

Mybabah said...

Salam Ahmad. Jin merasuk, syaitan menghasut.

syahbandar87 said...

salam babah..saya tak berani nak komen tentang hukum jin tu secara peribadi sbb sy bkn ustaz.sy cuma boleh menyatakan pendapat yg sy dngr dari golongan agama shja..

sy prnh mendengar pendapat golongan agama yg mana jumhur ulama muktabar menyatakan haram hukumnya membela jin walaupun untuk perkara2 baik..memebela jin sy kira bebaik-baik dengan jin.

namun ada sedikit khilaf diantara ulama muktabar..dan khilaf pendapat ini tidaklah se popular seperti pendapat jumhur(majoritii) ulama iaitu haram hukumnya.kerana tidak ramai ulama muktabar yang menyatakan harus hukumnya membela jin..

pendapat sebilangan kecil ulama muktabar shja menyatakan harus hukumnya membela jin untuk perkara-perkara yang munasabah dan tidak mensyirikkan..namun yang lebih selamat adalah memegang pendapat jumhur ulama iaitu haram hukumnya.

dan apa yg babah katakan tu tidak boleh dipertikaikan secara total..sbb mungkin juga pendapat babah tu merangkumi khilaf pendapat sebilangan kecil ulama muktabar.(sila rujuk kembali golongan agama)wallahua'lam..

cikTi said...

xsaba nk tnggu huraian tu,.
sbb sya agk keliru,.,

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam babah... dikalangan manusia sendiri juga wujudnya jin......sambungannya bila......saya add babah ya....

Anonymous said...

"""ramai "ulama" menyesatkan orang yang berbaik-baik dengan jin. Mereka lupa bahawa Nabi Allah Sulaiman mempunyai ribuan@jutaan kawan-kawan dalam kalangan jin."""""

apa maksud kamu mereka lupa bahawa Nabi Allah Sulaiman mempunyai jutaan kawan2 dalam kalangan jin???bodohnya ulama jika boleh terlupa akan hal ini..jadi kamu nak katakan ulama tak cerdik mana,x mendalami mana alquran berbanding kamu sbb kamu dh jmpe surah yg nabi sulaiman ada hubungan dngn jin dan mereka x jumpa?kamu nak kata ulama bersalah sbb kluarkan hukum haram berkawan dengan jin??bijak sangat ke kamu ni ilmu alquran dan habidth sehingga berani memperlekehkan pandangan ulama?
hanya mempunyai sedikit ilmu sahaja tentang alam ghaib kamu sudah sombong kpd Allah,malah mula pandai memperlekehkan hukum hakam yang difatwakan oleh ulama-ulama silam yg jauh lebih hebat ilmunya dan imannya berbanding ulama skrng..
mungkin kamu kena blajar balik mazhab kamu,kenal kembali iman2 yang keluarkan fatwa haram berkawan dengan jin.dan nilai pula iman dan ilmu kamu berbanding iman syafie,hambali,hanafi dll..

Md Nizar Parman said...

Salam Babah,
Nampaknya sudah ada orang yang marah-marah pada Babah (tetapi tidak mendedahkan identiti). Menghukum sebelum membaca entri ini sehingga penghujungnya. Insya-Allah, saya akan mengulas entri ini selepas membaca keseluruhan entri yang Babah tulis kerana bagi saya, itulah cara yang paling adil untuk menilai entri ini secara keseluruhannya. Saya percaya, Babah bukan berniat untuk menghina semua "ulama", sebahagian sahaja. (Tetapi saya pernah dengar cerita, ada ulama yang minta dibayar hingga mencecah empat angka untuk menghalau jin... Minta disediakan hotel lagi. Itu kategori ulama yang macam mana pula? Ini cerita seorang teman di sekitar daerah ini. Kalau dia bohong, bohonglah saya."

iqbalsyarie said...

menarik!
saya setuju bahawa bukan semua jin itu syaitan,tapi saya cuma berkeputusan utk menjauhi golongan jin ini.Mencegah kan lebih baik drpd mengubati~mana tahu,jin yg disangka islam rupa-rupanya saje nak perangkap manusia...takut!

Anonymous said...

penulis mempertikaikan ulama yang menyatakan haram hukumnya berkawan dengan jin sedangkan hukum itu dikeluarkan oleh ulama besar.tanya lah mana-mana ustaz pun maka jawapan sama yang akan kita dpt.haram.bermakna penulis tidak bersetuju dengan pendapat ini.dan penulis jg mempertikaikan ulama-ulama ini kerana penulis menganggap ulama-ulama ini "LUPA" bahawa nabi sulaiman mempunyai rmi kawan jin..logik ke ulama terlupa akan hal ini dan hanya penulis shja perasan..
satu lagi..mungkin penulis lupa yang mana sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia.dan penulis juga lupa jin suka menipu manusia..bagaimana kalau kita berkawan dengan jin-jin ini dan dia banyak menyesatkan kita tampa kita sedari..penulis sebenarnya terlalu ghairah untuk berpendapat sedangkan dia tak perasan dia sdng mempertikaikan pendapat ulama mazhabnya sendiri.berani sungguh penulis berbuat demikian.moga kaji balik akan kenyataan yang telah dibuat.mudah2an kita mendapat hidayah.insyarallah

Anonymous said...

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=431

Mybabah said...

Salam. Saya tak dapat melayani komen kawan-kawan ketika ini atas urusan yang sangat penting, terutamanya komen Si Polan yang tak berani mengemukakan nama. Orang macam ini tiada identiti dan takut bersemuka. Saya akan jawab esok. Lagi pula saya sedang gundah gulana dengan peristiwa bahlol dan tolol yang berlaku di mahkamah kita. So, not in mood. Hanya sedikit komen untuk strigger minda, siapa sebenarnya jin, syaitan dan manusia. Definisi mana yang membuatkan kita haram berkawan dengan mereka. Nanti saya ulas satu persatu. Saya letak tanda " untuk "ulama", bukan merujuk kepada ulama yang sebenar yang patut dihormati ilmu mereka. Nantikan... sabarlah...

UstazCahaya said...

Salam Babah.

Teringat beberapa tahun dahulu, ada kawan mengajak saya menyertai kumpulan 'ruqyah' mereka.

Saya suka kaedah ruqyah syari'ah itu, cuma saya tidak setuju dengan misi mereka seolah-olah mereka itu ingin menghapuskan jin. Bukankah jin dan manusia diciptakan untuk beribadah, bukan manusia saja.

Saya lebih suka pendekatan mengobat biar pada waktu perlu. Jangan pula sehingga hendak mencari dan memburu..

Md Nizar Parman said...

Salam Babah dan Anonymous,
Saya paparkan fatwa yang telah diwartakan dan baca dengan teliti tanpa tertinggal frasa atau perkataan yang penting tentang "Bersahabat dengan Jin".

1. Bersahabat dengan jin untuk tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram.

2. Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik adalah haram.

3. Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.

4. Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir dan nujum adalah haram.

Jika merujuki keempat-empat perkara di atas, yang menjadi haram ialah disebabkan kita mempergunakan jin sehingga syirik dan untuk melakukan perkara-perkara yg melanggar syarak.

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...