05 February, 2010

Aku Pemburu Jin 2


Makluman: Aku terpaksa menangguhkan sambungan entri yang lalu kerana terpanggil untuk menjawab pelbagai persoalan yang bermain di minda beberapa sahabat blogger, lebih-lebih bagi menangkis tohmahan Si Polan yang berbicara sombong, kosong tanpa ilmu.

Ramai yang sudah banyak termakan cokelat ini...

Sebentar tadi aku didatangi sahabat lama, Abdul Hakim namanya. Usia Hakim lebih 300 tahun (anggaran beliau sendiri), tetapi masih remaja dalam dimensi masa manusia. Aku yakini perkara ini kerana Allah memaklumkan kepada kita semua "Demi masa, sesungguh manusia itu dalam kerugian...". Dalam hal ini, Allah tidak menyebut Jin, bukan kerana Allah lupa, tetapi bagiku Jin tidak relevan jika dikaitkan dengan masa. Usia mereka panjang-panjang belaka. Mereka juga bergerak pantas dari satu tempat ke satu tempat. Tidak seperti kita, yang senantiasa rugi dari segi masa (contoh:  masa yang terbuang akibat kesesakan jalan raya pada waktu pagi). Umur manusia pula, secara relatifnya pendek. Tidak cukup untuk beribadat mensyukuri nikmat yang kurniakan Allah kepada mereka. Walaupun begitu, kecenderungan manusia lebih kepada melakukan hal-hal yang sia-sia.

 
Dan demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian... 
 
Abdul Hakim fasih mengucapkan dua kalimah syahadah, "jarang" meninggalkan solat dan agak "tartil" apabila membaca al-Qur'an.

Abdul Hakim: Assalamualaikum Abang.

Babah: Waalaikumsalam. Hakim ke?
(kadang kala aku geram juga apabila dia memanggil aku Abang, sedangkan usianya jauh lebih tua daripada aku)

Abdul Hakim: Mengapa nampak sedih sahaja Abang ni?

Babah: Abang sedang sedih dan bengang dengan apa yang berlaku di mahkamah tinggi dua tiga hari ini. Semuanya berpunca daripada Si Bahlol yang cuba membahlolkan orang lain. Hakim boleh buat sesuatu tak?

Abdul Hakim: Tak berani saya Abang. Diaorang punya kawan-kawan yang hebat. Kita berdoa sahajalah memohon Allah melindungi sahabat Abang itu daripada fitnah yang berterusan. Kalau abang mahu, saya boleh cuba.

Babah: Tak usahlah. Bahaya tu. Hakim, boleh Abang tanya sikit tak?

Abdul Hakim: Apa dia Abang?

Babah: Ada "orang" kata, kami orang Islam haram berkawan dengan golongan Jin seperti awak.  

Abdul Hakim: Cis, celaka orang itu! Beritahu saya, biar saya pergi cungkil mata mereka.

Nota: Aku faham sangat dengan perangai Hakim yang panas baran yang sesuai dengan asal kejadiannya dari angin api seperti firman Allah dalam surah al-Hijr: ayat 26-27:

"Dan sesungguhnya Kami telah mencipta manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma"

Babah: Sabarlah Hakim. Abang akan tetap berkawan dengan Hakim meskipun ada "ulama" dalam kalangan mereka mengharamkan kami berkawan dengan Hakim. Abang teringat empat ayat di dalam surah Al-Jin: ayat 1-4:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah kitab suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!"

"Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu Kami beriman kepadaNya, dan Kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami"

"Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak"

"Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya daripada kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran"

Abdul Hakim: Terima kasih Abang. Orang itu memang bahlol. Sedangkan apa yang mungkin dimaksudkan oleh ulama itu ialah berkawan dengan jin jahat (syaitan) adalah haram, begitu juga dengan manusia jahat (syaitan), seperti firman Allah dalam surah al-An'am: ayat 112:

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu"

Babah: Betul kata Hakim. Satu lagi, lebih teruk daripada itu, ada kawan-kawan Abang berkata kononnya Nabi s.a.w. berkata "sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin". 

Abdul Hakim: Masya-Allah. Ini lagi celaka! Betul-betul menghina kami. Tidakkah sejahat-jahat manusia ialah orang yang syirik kepada Allah, sedangkan kami beriman. Sejahat-jahat manusia ada yang merogol anak sendiri, sedangkan kami menjaga anak-anak kami seperti menatang minyak yang penuh. Sejahat-jahat manusia....(Abdul Hakim terus merungut...). Beritahulah saya siapa yang menghina kami sampai begitu sekali. Biar saya penggal kepala dia.

BabahJangan marah kepada mereka kerana mereka semua masih jahil. Sudahlah. Nanti Abang minta mereka memohon maaf kepada awak. Jika tidak, Abang janji Abang akan berikan nama mereka kepada awak. Sebenarnya Abang lagi sedih kerana orang-orang yang jahil ini mendustai Nabi s.a.w. dengan mengatakan bahawa "sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin". Mereka berani mendustai kekasih Allah.

Abdul Hakim: Saya betul-betul marah ni Abang. Beritahu saya siapa yang berkata begitu?

Babah: Nantilah...

Nota: Jangan risau, jin tidak pandai membaca. 

Abdul Hakim: Abang janji ya!

Babah: Baiklah. Hakim baliklah dulu, Abang nak bersolat dan tidur.Hari sudah larut malam.

Abdul Hakim: Saya balik dulu. Assalamulaikum.

Babah: Waalaikumsalam.











40 comments:

Maiyah said...

suspen jek.. betul2 jin ke tu

Unknown said...

Salam Maiyah. Belum tidur lagi. Nak berkenalan dengan kawan saya Abdul Hakim? Nanti saya suruh dia datang jumpa Maiyah...

Anonymous said...

mmg menakutkan.ganasnya..kalau macam tu saya minta maaf la..babah mmg bukan calang2 orang..sudah meremang bulu roma ni..tidak berani untuk berkata apa-apa lagi.
dan saya juga tidak berani untuk berkunjung ke sini lagi.huhu..amat menakutkan bila jin marah.mungkin macam2 boleh berlaku.silap2 nyawa menjadi taruhan.mungkin betul babah boleh berhubung secara lansung dengan jin..jadi saya tidak mahu ambil risiko untuk cr psl dengan babah.maaf sy bukanlah sengaja tidak guna identiti tp saya tiada blog.secara kebetulan sahaja terbaca blog ini...bye babah

mazru said...

salam babah,
tak ramai yg boleh dialog dgn jin spt babah..org dulu2 pun ramai yg sahabat dgn kaum jin..bukan berkawan tp bersahabat..wallahua'lam

Werdah said...

Salam Samsudin.

kak memang pernah diberitahu bahawa jin tidak pandai membaca. jadi jika kita nak berkata sesuatu supaya dia tidak tahu kita kenalah tulis. Masa tu rasa kelakar pula. Kata ustaz tu dia orang tak pernah ke sekolah.

eelobor said...

salam babah....entri yang menyeronokkan ler. antara kita tentu mempunyai pendapat / pandangan dan pegangan kepercayaan masing² kan? sesungguhnya jin itu adalah makhluk ghaib, & kita wajib percaya kepada benda ghaib sepereti kewujudan neraka & syurga. kewujudan jin juga sudah di jelaskan dalam Al-Quran dan tidak perlu di ragui lg. Cuma pendapat sesetengah yang melarang untuk bersahabat@berkawan agar tidak di kelirukan @ di pesongkan jika berilmu pengetahuan secetek buku lali. ini pendapat peribadi saya....

Kakcik Seroja said...

Salam babah...

Satu catatan yang sinis tapi berisi.. :)

Unknown said...

Anonymous. Anda seorang yang tidak kuat iman. Jin pun kamu takut. Lain kali "Watch out you mouth". Jangan kata (tulis) ikut suka sahaja. Kamu tuduh pula "sebaik-baik jin sejahat-jahat manusia" dan kamu samakan "ulama" dengan ulama. Ingat, setiap apa yang kita kata kena dipertanggungjawab sama ada di sini atau "di sana"...

Unknown said...

Salam Mazru. Berkawan dan bersahabat sama sahaja walaupun ramai orang anggap bersahabat itu lebih intim. Wallahualam.

Unknown said...

Salam Werdah. Ruang yang kecil di dalam blog menghalang saya menulis lebih panjang lagi tentang perkara ini. Kena pilih yang "gist" sahaja. Lagi pula orang tidak suka membaca yang panjang-panjang.

Unknown said...

Salam saudaraku eelobor. "Orang yang paling takut (takwa) kepada Allah ialah orang yang tinggi ilmunya". Oleh itu,kita kena dalami ilmu dunia mahupun akhirat supaya diri kita semakin dekat dengan Maha Pencipta.

Unknown said...

Salam Kakciks. Terpaksa buat begini kerana ruang yang sangat terhad dan kerana malasnya orang-orang kita membaca artikel yang panjang-panjang.

Azhar Salleh said...

Salam TUAN SAMSUDIN,
Mungkin tuan boleh menulis sebuah buku tentang dunia jin. Pemahaman tuan yang mendalam boleh membantu khalayak untuk mengelakkan mereka daripada terus tersimpang dan tersasar.

jebat_berani said...

salam babah..menarik sekali entry babah kali ini..jika diberi peluang ingin sekali hamba berkenalan dengan abd hakim ini....namun hamba sedar siapalah hamba...ilmu dunia pun entah kemana..apatah lagi ilmu akhirat masih lagi tercari-cari....

Unknown said...

Salam Munsyi Azhar. Insya-Allah, selepas bersara nanti saya akan mula menulis. Sebelum itu, kena perbetul dan mantapkan penggunaan bahasa supaya mesej dapat disampaikan dengan tepat. Jika ditulis sekarang, mungkin orang akan keliru.

Unknown said...

Salam adindaku Jebat. Abdul Hakim pasti suka berkenalan dengan Jebat. Namun seperti manusia, masyarakat jin juga tidak suka berkawan dengan manusia. Di dalam hati mereka masih ada perasaan ego yang mereka dijadikan daripada api, lebih mulia daripada tanah lumpur.

myQza said...

babah.. sebbaik baca siang2..

pecinta_Islam said...

pelik juga bila memikirkannya ye..sebab saya tak pernah melalui perkara-perkara ini..jadi banyak sbnrnye persoalan yg bermain di benak fiikiran sy ni..

mungkn sy jg nk tau bagaimana babah boleh berhubung dengan alam ghaib ni.adakah melalui anugerah semulajadi ataupun melalui pembelajaran dari pakar2 perubatan cara islam seperti ustaz ismail kamus,ustaz harun din,dll..

dan adakah babah boleh melihat semua jin kt dunia ni..dan bagaimana pula rupanya.hehe..maaflah sbb bnyk tnye.hnya nk tahu :)

Unknown said...

Salam Tedi. Baca pada waktu malam lebih "thrill" dan mengujakan...

Unknown said...

Salam Syah. Jin makhluk biasa-biasa sahaja. Kita lebih tinggi martabat daripada mereka (jika kita orang beriman). Hal ini di"endorse" oleh Allah dengan melantik kita menjadi khalifah di dunia ini. Hanya yang perlu kita lakukan ialah melihat kejadian alam (termasuk jin) supaya kita dapat menyesuaikan diri secara harmoni dengan mereka...

|| NaFiRaa || said...

babah.. adakah dialog itu benar2 berlaku??? ai dh seram dh nih.. seb bek baca time siang...

saharul said...

Salam babah...

koi tertarik juga dengan en3 yg ni..cuma kalau boleh cuba babah ceritakan macam mana rupa jin tersebut dan apa kebolehan yang dia boleh buat....

Satu lagi, mboh ke jin islam ni menurut perintah manusia melakukan kejahatan ataupun maksiat.

maaf...sekadar menanya..

Unknown said...

Salam Nafiraa. Soalan cepu emas Nafiraa kepada babah. Soalan senang, tetapi susah dijawab. Nanti semakin banyak kontraversi di blog ini. Nanti cari jawapan dalam entri-entri yang akan datang ok. Pasal takut, perasaan itu tak perlu ada kalau Nafiraa benar-benar faham entri pertama bab ini.

Unknown said...

Salam Cikgu Jang. "Waalaikumsalam, Hakim ke?" menjawab pertanyaan cikgu. Ruangan ini sempit untuk menceritakan segala-galanya. "Gist"nya ialah mereka adalah makhluk Allah yang tidak patut dipinggirkan dan tidak patut ditakuti...Seperti makhluk pokok, pokok tauge kita pijak-pijak, tetapi apabila di hutan bertemu pokok ratusan ribu tahun umurnya, kita takut pula. Hairan..hairan..

daun kesum said...

salam babah.,

mcm seram pulak,
mcm mana babah berinteraksi dgn hakim tu,.
adakah face to face atau bagaimana,

tp,rasanya mmg x salah berkwn dn=gn jin sbb ada jg jin yg beriman,.,

Unknown said...

Salam. Ada jin yang jauh lebih baik daripada manusia. Mereka membaca al-Quran dan mengajarkan al-Quran kepada keluarga mereka. Setiap Jumaat ramai kalangan jin lelaki berbondong-bondong ke masjid menunai solat Jumaat. Manusia pula berbondong-bondong ke pusat-pusat membeli belah. Dalam kalangan jin, Hakim masih muda dan perlu banyak bimbingan seperti CikTi. Semoga kita semua di bawah peliharaan Allah daripada syaitan yang direjam.

mizaranun said...

Salam babah...

Babah boleh berinteraksi ngn alam jin ke? syukurla atas kurniaan Ilahi harap dptla membantu saudara2 yg terkena ngn buatan2 jin.

p/s : dlm kes DSAI ada unsur2 penggunaan jin ke untuk memerangkapnya? sekadar bertanya.. :)

Md Nizar Parman said...

Salam Babah,
Semasa saya masih remaja, saya sering mengikuti kisah "Bercakap dengan Jin" yang ditulis oleh Tamar Jalis. Bukan semua orang sebenarnya yang diberikan kelebihan berinteraksi dengan makhluk ghaib, terutama Jin. Saya sendiri pernah mengikuti seorang Imam mengubati seorang pesakit yang terlantar dan di dalam tubuhnya telah dihuni oleh keluarga Jin. Pada mulanya, diri ini agak gementar juga (maklumlah pengalaman pertama). Oleh sebab pada malam itu saya yang meminta pertolongannya, maka saya wajib memberanikan diri kerana kita sebagai manusia telah dilantik oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi sebagai makhluk yang sempurna kejadiannya. Hasil pemerhatian saya, kebanyakan Jin yang masuk ke dalam tubuh manusia ialah Jin kafir yang berniat untuk menyesatkan orang yang sedia terlantar sakit (dan cuba memesongkan akidah pesakit pada saat akhir hidupnya). Ada juga yang mempergunakan Jin ini untuk tujuan membalas dendam dan menyakiti hati orang yang dimusuhi. (Seorang kawan pernah menawarkan untuk memiliki pancaindera keenam, tetapi saya menolaknya...)

Nida n' Hanafi said...

Salam Babah..

Samalah macam Nida, cukup marah bila orang panggil saya "Akak" sedangkan secara lahiriahnya memang dia nampak lebih tua dari kita...

Sama ada adakah kita ni memang nampak tua atau mereka yg tak sedar diri..

yohteh said...

salam Mybabah... kalau begini, apa komen,,?

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

encik samsudin berkawan dengan jin ker? macam mana perkenalan tue boleh berlaku? boleh cite x?

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://www.stormreaders.net/zulfadhli

p/s: Miliki buku2 ilmiah karya ikon2 popolar seprti Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah & lain2 di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

CITY® said...

uishhhhhhhh....

saper sebenarnya hakim ini?
hmmmmmmmmmmm...
jin?
errrrrrrrr...

ps:
saya tak pernah pun makan coklat bahloul itew,
heeeeeeeee
tan nak jadi bahlul la
hehhehehe

Unknown said...

Salam Mizaranum. Saya tidak "mereka" mengguna jin untuk memerangkap DSAI, tetapi beberapa individu jahat tertentu menggunakan khidmat makhluk itu untuk kepentingan diri sendiri...

Unknown said...

Salam Cikgu Nizar. Dari semasa ke semasa kita akan melihat kejadian orang dirasuk jin. Namun jarang ada orang yang mahu mengambil iktibar dan mempelajari sesuatu daripada peristiwa itu.

Unknown said...

Salam Nida. Mungkin panggilan begitu bagi menunjuk rasa hormat. Kadang kala saya dipanggil datuk...

Unknown said...

Salam Yohteh. Saya sudah menyaksikan peristiwa begini ratusan kali. Malangnya orang-orang lain yang melihat sama tidak pernah mengambil iktibar daripada peristiwa itu dan tidak mahu pula mengambil tahu apakah sebenarnya yang sedang berlaku?

Unknown said...

Salam Ahmad. Ajal maut jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah. Ditakdirkan suatu masa nanti kita bertemu, saya akan jawab pertanyaan anda. Ruangan di sini terlalu kecil untuk berbuat demikian. Perkataan kawan itu sendiri kabur. Kawan yang bagaimana? Rapat, intim atau hanya pernah sekali berjumpa sudah boleh dinamakan kawan...

Unknown said...

Salam BluE. Hanya seorang yang komen tentang cokelat itu. Orang itu ialah BluE. He...he... Pemerhatian yang tajam. BluE nak order ke?

Unknown said...

Salam Mybabah,
Setakat yg saya tahu pasal alam jin,umur 300tahun bagi jin menyamai umur 30 tahun bagi manusia darisegi tubuhbadan dan kematangan akal.umur 10 tahun jin masih menyusu,betul ke?

soalan kedua adakah kisah Abdul Hakim ni kisah benar atau sekadar metafora.
Jika benar boleh ceritakan bagaimana detik mula mybabah berkenalan dgn Abdul hakim tu.

Unknown said...

Salam sahabatku Ijok2009. Kiraan masa di alam jin saya tidak begitu pasti. 300 tahun dianggar sendiri oleh Abdul Hakim. Kalau ditanya lagi kepada dia, dia tidak akan tahu. Matematik mereka "out". Saya berkenalan dengan Abdul Hakim 20 tahun dulu. "Guru" saya kenalkan. Apabila berhadapan dgn situasi "kronik", Hakim selalu datang. Dia memang panas baran apabila melihat anak Adam tersiksa angkara jin. Sekarang sudah jarang bertemu Hakim. Saya pula sudah "bersara" daripada pengubatan alternatif.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...