02 August, 2010

"Phishing"


Ketika menjalankan tugas berceramah dalam program jangkauan (outreach) "Celik Kewangan Ceria Kehidupan" di seluruh negara, saya banyak memberi tumpuan pada isu penipuan kewangan, terutamanya penipuan perbankan internet, selain daripada penipuan pelaburan, pengambilan deposit secara haram, perniagaan pertukaran mata wang asing dan penipuan melalui sms. Penipuan perbankan internet yang paling popular ialah Phishing.


Nama Phishing ini diambil daripada perkataan Inggeris fishing, iaitu jenayah yang dilakukan dengan memperdaya pengguna secara "memancing" mereka menerusi e-mel untuk masuk ke laman-laman web bank yang telah dipalsukan.
  

Dengan melayani "pancingan" penjenayah, maklumat-maklumat perbankan pengguna akan dicuri tanpa mereka sedari dan akhirnya kesemua wang mereka di dalam akaun disapu bersih oleh penjenayah ini.


Selain pelanggan Maybank, pelanggan bank-bank lain seperti CIMB Bank dan EON Bank juga dikatakan pernah terperdaya dengan penjenayah Phishing.


Walau bagaimanapun, tindakan segera pihak bank dan pihak berkuasa, seperti Bank Negara Malaysia, PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah berjaya membendung penipuan ini daripada terus merebak. Data tidak rasmi menunjukkan bahawa tidak sampai 1% daripada pengguna perbankan internet terpedaya dengan penipuan tersebut.  

Peringatan oleh pihak Bank

Akhbar-akhbar tempatan juga turut memainkan peranan mengingatkan orang ramai supaya jangan terjebak dengan perangkap penjenayah siber.


Pesan Babah:
Meskipun kurang 1% pengguna perbankan internet telah meragut umpan daripada pancing penjenayah Phishing, janganlah hendaknya kita termasuk dalam golongan yang menjadi mangsa tersebut. Pengguna hendaklah senantiasa berhati-hati dalam melakukan transaksi melalui internet. Elakkan daripada menjadi mangsa dengan cara:
1. Mengelak daripada membalas mesej e-mel yang meminta maklumat peribadi, seperti nombor akaun dan nombor pin;
2. Menghindar daripada meng"klik" pautan pada e-mel yang mencurigakan; dan
3. Menggunakan kata laluan yang sukar.

Selain itu, pengguna juga harus berwaspada dengan satu lagi bentuk jenayah perbankan internet, iaitu Pharming. Kalau jenayah Phishing mudah dikenal pasti, Pharming pula hampir tidak dapat dikesan. Jenayah ini menggunakan Virus Trojan yang mampu mengubah tindakan browser dengan mengalih cubaan pengguna memasuki laman web bank ke laman web palsu secara automatik tanpa perlu meng"klik" pautan e-mel.






Read more...

10 April, 2010

Kejahilan Berpolitik 2


Beberapa minggu lagi kita akan menyaksikan satu fenomena kejahilan murakab di Malaysia, iaitu satu pesta rasuah yang terang-terangan berlaku di depan mata. Di manakah itu? Di HULU SELANGOR...

 

Fenomena memberi rasuah yang juga dikenali sebagai tumbuk rusuk, wang suap, wang sogok, sorong, duit kopi, tip, korapsi dan rayap sememangnya berleluasa sewaktu pilihan raya. Rasuah jenis ini seakan-akan mendapat restu bukan sahaja daripada institusi pembanteras rasuah seperti SPRM, PDRM dan RM-RM lain, tetapi juga rakyat seantero negara.


"Jika setakat memberi makan dahulu, kemudian baharu menjalankan tugas, tidaklah seteruk mana. Majlis kenduri doa selamat lagi teruk  Minta orang ramai untuk "bertahlil" dahulu, baharu rasuah mereka dengan memberi makan, lagi hebat..." kata pengikut setia Parti Wahabi.


Kesan jangka pendek - pemimpin yang terpilih akan menjadi seperti katak yang kepanasan dek bahang rasuah dan dia akan terus melompat untuk mencari duit haram demi kesinambungan hidupnya.

Kesan jangka panjang - rakyat yang memilih pula akan terus dihimpit kesusahan kerana kejahilan mereka memilih pemimpin dan akhirnya, negara akan terus MELINGKUP...


Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w.:


“Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dan mereka yang menjadi orang tengah (perantaraan) keduanya.” (Riwayat Ahmad)

“Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya masuk neraka.” (Riwayat Tarmizi)








Read more...

09 April, 2010

Kejahilan Global...


Dalam kita berusaha membenci kaum yahudi zionis, iaitu satu kaum yang dilaknati Allah dari dahulu hingga ke hari kiamat, ada pula pihak yang cuba berbaik-baik dengan haiwan yang bertopeng manusia ini. Mereka membutakan mata dan memekakkan telinga apabila Si Bangsat Yahudi ini menyembelih saudara seagamaan kita di Palestin.


Pihak ini mungkin tidak faham apa-apa yang tertulis di dalam al-Qur'an, walaupun beberapa kali telah "mengkhatamkan" pembacaan kitabullah itu, atau sengaja membantah/menentang amaran Allah azzawajalla.

Al-Maidah: 82 "Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik..."

Al-Baqarah: 109 "Sebahagian Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran, setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul daripada diri mereka sendiri setelah nyata nagi mereka kebenaran..."

Nota:
Al-Qur'an ialah kitab petunjuk bagi manusia untuk menuju jalan yang benar. Keadaan manusia akan selamanya gelap jika tidak diterangi dengan cahaya al-Qur'an. Seperti halnya orang yang berada di dalam suatu ruang tanpa sinaran cahaya, maka ia tidak akan dapat melihat benda-benda di sekitarnya. Begitu juga kehidupan yang kita hadapi tanpa panduan al-Qur'an. Al-Qur'an banyak menjelaskan sifat orang-orang Yahudi, terutamanya dalam aspek akidah, ubudiyah dan sosial.

Tetapi...Apa yang berlaku...


Malah ada yang berkata "Kami tidak boleh hidup tanpa barangan yahudi..."

Nota:
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia (syaitan) telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti mereka dalam perkara-perkara kecil".

Sedang seluruh umat sejagat mengakui wujudnya konspirasi yang diatur oleh syaitan yahudi ini untuk menghancurkan umat Islam, kita pula cuba menafikannya...


Bukan itu sahaja, setiap seorang daripada kita telah menyumbang sebiji peluru...


 ...untuk dibenamkan oleh yahudi keparat ke kepala anak kecil yang tidak berdosa ini...


"Siapakah yang kejam, yahudi atau kita? Siapa yang jahil, yahudi atau kita?"










Read more...

08 April, 2010

Kejahilan Berpolitik...


Kalau anda meluat melihat ragam anak-anak yang berebut harta peninggalan bapa mereka sejenak selepas si bapa menghembuskan nafas terakhirnya, anda juga patut menyampah, meloya dan meluah, melihat gelagat orang yang terlalu cepat bercerita tentang pengganti pemimpin mereka, sebaik sahaja si pemimpin meninggalkan dunia yang fana ini. Hormatilah perasaan si waris yang baharu sahaja kehilangan orang yang mereka cintai.

Sekiranya anda menyampah melihat perilaku buruk orang yang seakan-akan gembira atas kematian orang lain, anda juga patut mual dan muak menyaksikan perangai orang yang menjana kegembiraan itu...


Jika setakat itu sahaja kejahilan masyarakat kita tentang politik, tidak banyak yang perlu digusarkan. Tetapi, apa yang berlaku adalah lebih teruk daripada itu, sehingga mencecah ke tahap jahil tukil dan jahil murakab.



Hakikatnya, kita semua akan kembali menghadap Illahi...



...dengan membawa jawapan mengapa kita sejahil itu?

Pesan Babah:
Berpolitiklah secara bijaksana dan berlandaskan agama...










Read more...

02 April, 2010

Jahilkah @ Gilakah?


Apabila anak kita berkata "Ayah, saya tak tahu apa yang saya baca?" Sekonyong-konyong kita akan bertanya "Tak tahu atau tak faham?".  "Kedua-dua sekali ayah" sampuk Si Anak. Kita mula khuatir anak kita sedang mengalami sindrom berfikir dan berkata yang tidak selari. Gejala ini sangat-sangat berleluasa dalam kalangan orang Islam. Kebanyakan mereka tidak faham apa yang dibaca ketika melafazkan ayat-ayat al-Qur'an.

Contoh jahil tukil dan jahil mukarab

Kalau Si Anak berusaha untuk mencari jawapan mengapa dia tidak memahami apa yang dibacanya, Si Jahil al-Qur'an pula terus merelakan diri untuk menjadi jahil, tidak mahu mengetahui dan memahami apa yang terkandung dalam bacaan mereka.



 Kanak-kanak ini tidak berbuat dosa walaupun sebesar zarah.
Tetapi dengan kemurahan hati anda, anda menyedekah al-Fatihah kepada mereka.
Betulkah perbuatan anda atau anda jahil?

Kemudian, Si Anak bertanya lagi "Ayah, kadang-kala saya tidak faham apa-apa yang saya kata". Jantung kita berderau apabila mendengar pertanyaan itu. Ini sudah termasuk dalam kategori orang yang merapu. Orang yang berkata tanpa mengetahui butir bicara adalah perbuatan merapu (Nota: merapu juga bermaksud memunguti (barang-barang yang terbuang atau tidak berguna), meminta sedekah), merepek, merapik. Kita mula risau. Risau adakah anak kita telah mengalami sindrom sewel, mereng, majun, junun, tak siuman, tak waras, edan, kalap, gelong, sakit otak, sakit jiwa atau hilang akal?

Sindrom berkata tetapi tidak memahami apa yang dituturkan ini berlaku secara berleluasa dalam kalangan orang Islam apabila berbicara dengan Allah Azzawajalla. Ketika solat, ramai yang tidak tahu dan tidak faham apa yang yang diungkapkan. Ketika mendengar imam berdoa pula, berlagak seperti burung kakak tua, amin...amin...amin...sampai ke sudah...

Yang gembira ialah Si Amin, anak jiran sebelah yang namanya sering diratibkan...

Tekalah, anda dalam kategori mana?

JAHILKAH @ GILAKAH?










Read more...

31 March, 2010

Orang Jahil...


Semua orang marah apabila dia dikatakan "bodoh". Tidak kurang juga yang marah apabila dia dikatakan "kurang cerdik".  Tetapi apabila seseorang itu dikatakan jahil, seperti "kau ni jahil betullah", ramai  pula yang akur.  Malah, ada yang memberi reaksi "aku memang jahil dalam hal ini".


Hakikatnya, jahil sama sahaja dengan bodoh atau "stupid". Jahil ialah perkataan Arab yang bermaksud bodoh atau tidak mengetahui (ajaran agama Islam, sesuatu hal, dan lain-lain). Contoh: Dolah jahil dalam hal agama; cetek pengetahuannya; Jahil basit (orang yang) jahil tetapi sedar akan kejahilannya; jahil murakab (orang yang) jahil dan tidak pula menyedari kejahilan dirinya; jahil teropong: bodoh dan tidak mahu menerima ajaran-ajaran orang; jahil tukil: terlalu jahil.


Sebenarnya, jahil juga bermaksud buta huruf, buta hati, tidak berpendidikan, tidak berpengetahuan dan tidak bertamadun. Dalam kata yang kurang enak didengar, jahil bermakna bebal, benak, bangang, bengap, bongok, tongong, tolol, dongok, baghal, bahlul, bingung, pandik, sementung, otak udang, otak tumpul, ngong, palui, pusung, ahmak, hamik, piras hangit, goblok, pongah, bongak, congong dan songor.
 
Apahal ni Babah? Nak tuduh-tuduh orang jahil pula?

Bukan, bukan dan bukan...
Tetapi... Dalam beberapa entri yang akan datang, Babah akan cuba menyenaraikan perkara-perkara jahil yang biasa dilakukan orang supaya dapat menjadi iktibar kepada anda yang masih jahil . Oleh itu, anda boleh mengaku akan kejahilan anda dan dapat mengelakkan sakit hati daripada dituduh jahil.

Sebagai mukadimah, elakkan daripada menyebut "amin" (bermaksud: perkenankanlah ya Allah doa kami) apabila pembaca doa (contoh: imam) baharu memulakan doa dengan puji-pujian kepada Allah dan salawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kerana anda boleh dianggap jahil jika terus berbuat demikian. Pujian-pujian kepada Allah dan Salawat ke atas Nabi ialah permulaan doa yang belum boleh dianggap doa dan tidak perlu diaminkan. Cuba perhatikan contoh di bawah:

Imam: Segala puji bagi Allah, Tuhan Pencipta dan Pentadbir seluruh alam. Salawat dan Salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w, rasul yang mulia... sekalian rasul dan segala pujian itu tertentu kepada Allah yang memiliki sekalian alam...

Makmum: Amin...

Selepas doa diucapkan, baharulah kena tempatnya kita menyebut amin, seperti:

Imam: Ya, Allah ya Tuhan kami, ampun dosa-dosa kami.

Makmum: Amin...

Nota:  
Hal di atas merupakan satu contoh perbuatan yang tidak kena pada tempatnya kerana kejahilan, seperti orang bertanyakan nama anda, tetapi anda menjawab "umur saya 46 tahun". Jika dengan manusia kita perlu bertertib ketika berkata-kata, inikan pula dengan Allah Azzawajalla.

Bersambung....











Read more...

28 March, 2010

Orang Gila...


Setiap kali pulang ke kampung, babah sering terserempak dengan seorang lelaki tidak siuman di simpang empat berlampu isyarat, depan masjid, Pekan Hulu Langat. Dia mengejar kereta babah dan mengetuk tingkap kereta.  Biasanya, babah berhenti dan melayan hamba Allah itu. Maka terkeluarlah dialog yang berikut:

Orang Gila: Assalamualaikum encik.
Babah: Waalaikum salam tuan.
Orang Gila: Encik ada duit tak?
Babah: Ada. Mengapa?
Orang Gila: Saya nak pinjam sejuta. Nak buat bisnes. Dulu dah rugi berjuta-juta. Orang tipu.
Babah: Dulu bisnes apa?
Orang Gila: Import eksport.
Babah: Wow hebat tu! Nah sejuta, sambil babah menyerahkan sekeping duit seringgit. Cukup tak?
Orang Gila: Terima kasih encik. Sejuta dah cukup (sebelum pergi beliau merapatkan kaki dan memberi tabik hormat, gaya seorang tentera Nazi).


Babah memang bersimpati dengan nasib orang tidak siuman a.k.a. orang gila. Mereka berkata jujur, walaupun biasanya kata-kata mereka tidak betul. TETAPI, adakah Allah bersimpati dengan mereka di akhirat kelak? Babah pernah bertanya dengan seorang ustaz tentang kedudukan orang gila di sisi Allah.

Babah: Ustaz, semasa kecil dulu saya pernah diberitahu bahawa orang gila tidak berdosa. Apa-apa yang mereka lakukan semuanya tidak diambil kira. Kalam mereka terangkat ke langat. Betul ke ustaz?
Ustaz: No way! Orang gila juga akan dihisab oleh Allah. Sebahagian besar daripada mereka akan dihumban ke neraka!
Babah: Biar betul ustaz?
Ustaz: Ya. Tengok punca mengapa mereka gila. Kebanyakan mereka gila kerana perempuan, harta benda, akibat mempelajari ilmu syaitan, hatta dianiaya dengan ilmu sihir?
Babah: Gila kerana teraniaya pun akan dihisab oleh Allah?
Ustaz: Ya. Allah juga akan melihat sejauh mana anda berusaha mempertahankan diri anda daripada dianiayai. Jika tidak ada langsung "defence", anda boleh dianggapkan telah melakukan "suicide".
Babah: Walaupun daripada syaitan dan jin?
Ustaz: Ya.



Bagaimana pula dengan orang tak siuman yang berlagak gila, seperti seorang yang gila talak menerjah e-mel kawan-kawan babah dengan mengatakan cerita babah di sini dusta? Orang yang berlagak gila ini tidak sedar apa yang dia lakukan telah membuktikan bahawa babah bukan membuat cerita rekaan, sekurang-kurangnya pada perspektif babah. Mesej "isteri solehah perlu dihormati" tepat mengenai sasaran.


Nasihat: Saya suka menasihati Si Polan supaya membuka blog sendiri dan mencurahkan isi hati di blog anda itu. Janganlah "menerewang" lagak orang tidak siuman menerjah e-mel orang lain untuk menyampaikan mesej beracun yang akhirnya meracuni diri anda sendiri.


Nota: Selama tiga minggu ini babah sibuk mengendalikan beberapa kursus. Oleh itu,  babah tidak berkesempatan untuk mengemas kini blog. Namun, babah tetap melawati blog-blog anda melalui BlackBerry babah. Mana-mana blog yang membolehkan babah komen, babah catat sepatah dua kata. Tetapi rata-rata,  blog anda tidak membenarkan babah meninggalkan jejak melalui BlackBerry. Nantii jika ada masa terluang, babah akan menceritakan pengalaman yang "berbunga-bunga" ketika menjadi pengarah program untuk dua kursus yang melibatkan peserta antabangsa dan satu kursus yang melibatkan "unemployed graduates". Memang menarik...




Read more...

27 March, 2010

Lari...Orang Gila...


Hari ini babah terjumpa lagi orang gila. Tetapi, kali ini kena cepat-cepat cabut lari...


Orang gila yang berani mati...

Kalaulah ada kebocoran gas, "rentung" orang gila ni...




Read more...

Fir'aun...


Ketika mengulang baca buku "Islam Aqidah dan Syariah" karangan Prof. Dr. Mahmud Syaltut, sheikhul Azhar yang terkenal itu, pada muka surat 27-29, babah terjumpa ayat al-Qur'an, surah Yusuf: ayat 90-92 yang menceritakan kisah Fir'aun yang ditenggelamkan oleh Allah di Lautan Qulzum.

Nota: Sudah berulang kali membaca al-Qur'an masih juga terlepas pandang...


Ayat-ayat itu adalah seperti yang berikut:

Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir´aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga apabila Fir´aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)".

Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah derhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan.

Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah daripada tanda-tanda kekuasaan Kami.

Ayat "Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu" mendapat perhatian babah. Lantas babah membuka Tafsir Al-Azhar, karangan Prof. Dr. Hamka, Juzuk 10-11-12, muka surat 310.

...bangkai Fir'aun itu telah menjadi ayat, menjadi peringatan buat orang yang datang di belakang, baik yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri, atau buat raja-raja dan penguasa yang datang di belakang hari, dari zaman ke zaman, dari masa ke masa, bahawa apabila kalimat takwim daripada Allah telah berlaku dan maut telah mendatang, sama sahajalah keadaan bangkai raja, bangkai opsir (pegawai tentera) dan bangkai perajurit.

Wajah Fir'aun Daripada Imaginasi Pakar

Kemusykilan:
Saya masih musykil tentang ungkapan Fir'aun Kecil oleh Y.B. Zulkefli Nordin, wakil rakyat Kulim yang senantiasa berkopiah itu. Adakah dia tahu apa-apa yang dia ucapkan atau hanya mengikut naluri yang bersulam dendam kesumat? Belum lagi panggilan itu ditarik balik, Si Y.B. kini cuba "menyamak" najis  menjadikan "seseorang itu" malaikat pula. 
 








Read more...

26 March, 2010

Anak Derhaka...


Ada orang berkata "sabarlah pada karenah anak-anak, takut nanti ketidaksabaran kita menjadikan anak itu derhaka". Kalimah ini kedengaran lunak di pihak ibu bapa, tetapi "awas" pada sang anak! Syariat agama tidak sedemikian lunaknya...


Adakah anak yang menderhakai orang tuanya terlepas daripada nista derhaka jika ibu bapanya rela dan tidak mengeluh atas perbuatan anak mereka itu? Adakah anak derhaka akan terlepas daripada murka Allah jika  ibu bapanya redho dan terus memanjakan mereka?

"No way man...".

Allah tetap mengutuk kederhakaan si anak walaupun orang tuanya sendiri tidak berasa kesal hati atas perbuatan anaknya itu, kerana perkara derhaka bukan hanya urusan orang tuanya sahaja, tetapi Allah menganggapnya sebagai hal yang besar. Meskipun orang tua yang diderhakai tidak mengutuk atau mendoakan akan keburukan anaknya itu, Allah tetap akan membalas sikap durjana anak tersebut di dunia dan di akhirat.

Contohnya:
Seorang anak yang mengutuk orang tuanya dari belakang. Kutukan itu tidak didengari dan tidak diketahui oleh ibu bapanya. Tetapi Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Maka Allah akan membalas dengan menimpakan nasib yang sangat jelek terhadap anak yang durhaka seperti itu, walaupun orang tuanya sendiri ikut berduka atas nasib yang dideritai anaknya.


Siksa atas anak yang derhaka diberi secara kontan oleh Allah di dunia, seperti penderitaan sakit (jasmani mahu pun rohani), sukar mencari nafkah (selalu kesempitan wang meskipun berpendapatan besar), hidup yang sering kacau atau berantakan dan lain-lain. Di akhirat, siksa yang lagi hebat menanti anak yang derhaka...

Oleh itu,
Wahai kawan-kawanku...
Jagalah tingkah laku dan tutur katamu terhadap ibu bapa, di depan, mahupun di belakang mereka...

Perhatikan hadis-hadis di bawah ini:

"Dua kejahatan yang akan dibalas oleh Allah di dunia ini, (iaitu) zina dan derhaka kepada ibu bapa" (riwayat Thabarani).

"Segala dosa diampuni Allah daripadanya, mana yang Ia kehendaki, kecuali dosa kepada ibu bapa. Derhaka kepada ibu bapa mencepatkan balasan bagi yang derhaka itu dalam hidupnya di dunia sebelum matinya" (riwayat Bukhari dan Muslim).

"Segala dosa dapat diundurkan daripadanya (siksanya) oleh Allah, mana-mana sahaja yang Ia kehendaki, sampai pada Hari Kiamat, kecuali derhaka kepada ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah akan menyegerakan siksa bagi orang yang melakukan derhaka kepada ibu bapa dalam penghidupan dunia sebelum matinya" (riwayat Thabarani dan Hakim).

"Rasulullah s.a.w. ditanyai tentang dosa-dosa besar. Baginda berkata "Menyekutukan Allah dan derhaka kepada ibu bapa dan membunuh orang dan menjadi saksi palsu" (riwayat Bukhari).









Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...