08 April, 2010

Kejahilan Berpolitik...


Kalau anda meluat melihat ragam anak-anak yang berebut harta peninggalan bapa mereka sejenak selepas si bapa menghembuskan nafas terakhirnya, anda juga patut menyampah, meloya dan meluah, melihat gelagat orang yang terlalu cepat bercerita tentang pengganti pemimpin mereka, sebaik sahaja si pemimpin meninggalkan dunia yang fana ini. Hormatilah perasaan si waris yang baharu sahaja kehilangan orang yang mereka cintai.

Sekiranya anda menyampah melihat perilaku buruk orang yang seakan-akan gembira atas kematian orang lain, anda juga patut mual dan muak menyaksikan perangai orang yang menjana kegembiraan itu...


Jika setakat itu sahaja kejahilan masyarakat kita tentang politik, tidak banyak yang perlu digusarkan. Tetapi, apa yang berlaku adalah lebih teruk daripada itu, sehingga mencecah ke tahap jahil tukil dan jahil murakab.



Hakikatnya, kita semua akan kembali menghadap Illahi...



...dengan membawa jawapan mengapa kita sejahil itu?

Pesan Babah:
Berpolitiklah secara bijaksana dan berlandaskan agama...









19 comments:

budak kampung online said...

Salam. gambar yang terakhir tu penuh maksud tersirat.

sI tEDI said...

MasyaAllah,
Babah, saya tidak terfikir ada tanah perkuburan sebegitu. Sungguh!!

Mengucap panjang saya...

perlukah di letakkan logo di nyatakan mana datangnya sumbangan...

aduhaiii.. hiba pula hati melihatnya...

eelobor said...

kejahilan akibat kebodohon sombong

Cikgu Jang .. said...

is is is...cantik payung kat dalam gambar tu....agak2 boleh nolong ke kat dlm kubur tu nanti....Allahualam..

Abd Razak said...

Salam...

Biar betul ada payung tu..panas ker?

Nabi cucuk pelepah pokok kurma di tanah perkuburan, yang letak payung tu bukan sunnah

iqbalsyarie said...

haha...sory babah.geli hati tengok gambar kubur.Tapi sebenarnya sedih.Sedih tengok kejahilan org islam yg sgt kritikal.hmmm...

Nabi anjurkan kita utk iringi jenazah org mati supaya kita sedar diri,kita pun akan mati juga!

Namun hakikatnya,kita lupa bahawa kita pun akan mati,maka kita berbuat sesuka hati.huhu

umi_e said...

Salam... saya yang hidup ni pun tak tergamak nak pakai payung yang disponsor begitu... ;)

TUKANG KATA said...

bergembira di sebalik kesedihan orang lain..

adilkah..?

Al-Fatihah buat Allahyarham..

maiyah said...

jahil dgn moden yg rakus

kakcikseroja said...

Salam Babah.. kakcik terjumpa di FB, ada orang menyamakan Tok Guru Nik Abdul Aziz sama dengan Pinnochio yang berhidung panjang kerana menipu.. tapi, adakah orang itu lebih berilmu (alim) dari Tok Guru? Sedangkan bila masuk waktu solat sering memberi alasan 'datang bulan'.. :(

sahromnasrudin said...

janganlah kita mengatakan sesuatu mengenai org lain krn jika apa yg kita kata itu benar, kita telah mengaibkan dia ttpi jika apa yg kita kata itu tidak benar, kita telah memfitnahnya...

al-lavendari said...

saya setuju sangat dengan pesan babah tu !

cemomoi said...

dunia politik penuh kekotoran apabila si penceburnya dari kalangan pengotor

ikan emas said...

Hakikatnya skrg ni pun sentiasa diteropong beberapa kawasan yg 'mungkin' kosong oleh sebab2 tertentu...msh ada tempoh PRK
...n lepas tu berangan pulak 'rampas' kerusi calun utk PRU13...

...nasib Ketua Wanita MCa tu senator ,kalau tak ramai lg yg psg badan angan!!

Nida said...

Dulu masa temuduga KPLI, penemuduga bertanya pada Nida "Awak ada tokoh jadi ahli politik, kenapa taknak mencuba".. "dunia politik adalah dunia yang kotor"... terkejut mereka mendengar jawapan Nida yg terlalu berterus terang itu.

Pacifist said...

salam,
bagi mereka politik hanya utk musim p/raya dan cuma boleh mengundi parti pemerintah shj.kononnya hanya mereka mampu!para pengundi tuanya hanya bernostalgia dgn sejarah lalu.menyamakan parti dgn bangsa walaupun banyak pencabulan telah berlaku atas nama parti yg kononya perjuangkan bangsa agama negara.mereka seolah menghalalkan perlakuan penyambung generasi atas alasan mereka pewaris pemimpin tertentu.begitu juga kewujudan PERKASA(ke?)menunjukkan kegagalan mereka menjaga kebajikan bangsa dan agama selama 52 thn.lainlah jika kaum lain yg memerintah,lalu PERKASA(ke?)ditubuhkan utk membela nasib mereka

syahbandar87 said...

salam-babah lantang bersuara orangnya..muga suara babah didengar dan diambil perhatian atas segala isu yang babah kemukakan..teruskan menulis:)

merah_s said...

Salam Babah,


saya sangat teruja dengan artikel ini. Sebenarnya memang sungguh ramai yang tak terfikirkan apa yang sedang babah fikirkan. Tepat lah perumpamaan yang diberikan tu. Hanya kerana begitu taksub berpolitik, perasaan keluarga yang baru saja ditimpa musibah ni dilupakan. Kita sibuk nak pilih pemimpin baru bagi mengantikan yang dah mati, apa hal keluarga simati kita tak mau peduli lagi..

Memang bodoh... Bukan bodoh sebenarnya tapi jiwa dan pemikiran telah dikuasai nafsu ego, sombong, gila kuasa dan tah hape2 lagi laa..

greenhall said...

agama = keutamaan

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...