02 April, 2010

Jahilkah @ Gilakah?


Apabila anak kita berkata "Ayah, saya tak tahu apa yang saya baca?" Sekonyong-konyong kita akan bertanya "Tak tahu atau tak faham?".  "Kedua-dua sekali ayah" sampuk Si Anak. Kita mula khuatir anak kita sedang mengalami sindrom berfikir dan berkata yang tidak selari. Gejala ini sangat-sangat berleluasa dalam kalangan orang Islam. Kebanyakan mereka tidak faham apa yang dibaca ketika melafazkan ayat-ayat al-Qur'an.

Contoh jahil tukil dan jahil mukarab

Kalau Si Anak berusaha untuk mencari jawapan mengapa dia tidak memahami apa yang dibacanya, Si Jahil al-Qur'an pula terus merelakan diri untuk menjadi jahil, tidak mahu mengetahui dan memahami apa yang terkandung dalam bacaan mereka.



 Kanak-kanak ini tidak berbuat dosa walaupun sebesar zarah.
Tetapi dengan kemurahan hati anda, anda menyedekah al-Fatihah kepada mereka.
Betulkah perbuatan anda atau anda jahil?

Kemudian, Si Anak bertanya lagi "Ayah, kadang-kala saya tidak faham apa-apa yang saya kata". Jantung kita berderau apabila mendengar pertanyaan itu. Ini sudah termasuk dalam kategori orang yang merapu. Orang yang berkata tanpa mengetahui butir bicara adalah perbuatan merapu (Nota: merapu juga bermaksud memunguti (barang-barang yang terbuang atau tidak berguna), meminta sedekah), merepek, merapik. Kita mula risau. Risau adakah anak kita telah mengalami sindrom sewel, mereng, majun, junun, tak siuman, tak waras, edan, kalap, gelong, sakit otak, sakit jiwa atau hilang akal?

Sindrom berkata tetapi tidak memahami apa yang dituturkan ini berlaku secara berleluasa dalam kalangan orang Islam apabila berbicara dengan Allah Azzawajalla. Ketika solat, ramai yang tidak tahu dan tidak faham apa yang yang diungkapkan. Ketika mendengar imam berdoa pula, berlagak seperti burung kakak tua, amin...amin...amin...sampai ke sudah...

Yang gembira ialah Si Amin, anak jiran sebelah yang namanya sering diratibkan...

Tekalah, anda dalam kategori mana?

JAHILKAH @ GILAKAH?









22 comments:

pawaka19 said...

emm da pkai tudung pakai skirt lak..macam mempersendakan agama..

Che' Pit said...

hmm samaada jahil ilmu agama atau nek mempersenda.. siap senyum bagai.. mmg x patut buat mcm tu..

abu muaz said...

yang susahnya babah, jahil tapi tak mengaku pula tu.

kenwooi said...

kids say the darnest things =)

LanaBulu said...

Semoga Allah memberi kita ilmu pengetahuan yg berguna ...InsyaAllah..

Abd Razak said...

Salam..

Punca pencermaran dalam Islam ialah jahil dalam agama.

Dari Abdullah bin Amru Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah" (Riwayat Abu Daud & Tarmizi)

KangNasir said...

Mereka lupa.
Kadang2 mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata2 utkilmu dunia.

tetapi mereka/kita lupa ilmu percuma dimana2, iaitu utk dunia & akhirat.

saya pernah bincang dalam facebook suatu masa lalu.

mungkin mereka jahil tidak dapat membezakan memakai tudung utk tutup aurat atau fesyen.

Md Nizar Parman said...

Salam Babah,
Salam satu cara untuk khusyuk dalam sembahyang ialah memahami makna setiap surah yg dibaca... Yang ada, makna al-Fatihah pun tak tahu. Tetapi kalau lirik lagu, berhelai-helai kertas kajang boleh mengulasnya. Aneh, bukan?

Syed Mutalib said...

salam,
suka komen Sdr.Abd Razak dan suka merenung intipati hadis yang dititipnya:

Dari Abdullah bin Amru Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah" (Riwayat Abu Daud & Tarmizi)

Insan Marhaen said...

tidak susah bercakap dengan orang yang tak tahu yang dia tak tahu. tapi agak susah untuk bercakap dengan orang yang tak mahu tahu yang dia itu tak tahu. tapi lagi susah kalau bercakap dengan orang yang tak tahu yang dia tak mengaku yang dia itu tak tau...

Nida said...

Mudah2an kita tidak termasuk dalam golongan orang2 yang jahil....

shaniza said...

Salam..
Mungkin pd sesetengah org tudung atau selendang adalah fesyen je mcm org putih pakai skarf...

eelobor said...

Aku juga "jahil" dalam banyak perkara

Lia3003 said...

jahil nya yang pakai tudung tu

umi_e said...

Salam...

Setahu saya, ada yang berpakaian ala-ala begitu (seperti dalam gambar) iaitu biarawati kristian (betul ke istilahnya?)

* kalau orang Islam berpakaian begitu memang tidak sepatutnya...

ALRIS said...

Posting babah ni mantap.
Jahil kalau di Indonesia dalam bahasa sehari hari artinya suka bercanda. Beda kalau konteksnya dalam ajaran agama.

a kl citizen said...

assalammualaikum mybabah

saya jahil dalam banyak perkara,
tetapi saya kira, saya masih waras lagi

Cikgu Jang .. said...

atas tutup, bawah buka....baik buka belaka...hehhe

sahromnasrudin said...

salam...kadang2 mereka tahu tp buat2 tak tahu

Werdah said...

Salam Samsudin.

Mudah2an kejahilan dapat ditutup juga.. insyaAllah, namun usaha yang keras amat diperlukan.

Harap dtg ke blog kak dan ambil award ya. Terima kasih.

tinta kasturi said...

salam babah. sihat?

Buat renungan mendalam dan meluas kita bersama

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan... ila akhir" (an nisa': 43)

greenhall said...

kadang2 bnyk bnda mengarut yg kita buat tanpa sedar..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...