02 August, 2010

"Phishing"


Ketika menjalankan tugas berceramah dalam program jangkauan (outreach) "Celik Kewangan Ceria Kehidupan" di seluruh negara, saya banyak memberi tumpuan pada isu penipuan kewangan, terutamanya penipuan perbankan internet, selain daripada penipuan pelaburan, pengambilan deposit secara haram, perniagaan pertukaran mata wang asing dan penipuan melalui sms. Penipuan perbankan internet yang paling popular ialah Phishing.


Nama Phishing ini diambil daripada perkataan Inggeris fishing, iaitu jenayah yang dilakukan dengan memperdaya pengguna secara "memancing" mereka menerusi e-mel untuk masuk ke laman-laman web bank yang telah dipalsukan.
  

Dengan melayani "pancingan" penjenayah, maklumat-maklumat perbankan pengguna akan dicuri tanpa mereka sedari dan akhirnya kesemua wang mereka di dalam akaun disapu bersih oleh penjenayah ini.


Selain pelanggan Maybank, pelanggan bank-bank lain seperti CIMB Bank dan EON Bank juga dikatakan pernah terperdaya dengan penjenayah Phishing.


Walau bagaimanapun, tindakan segera pihak bank dan pihak berkuasa, seperti Bank Negara Malaysia, PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah berjaya membendung penipuan ini daripada terus merebak. Data tidak rasmi menunjukkan bahawa tidak sampai 1% daripada pengguna perbankan internet terpedaya dengan penipuan tersebut.  

Peringatan oleh pihak Bank

Akhbar-akhbar tempatan juga turut memainkan peranan mengingatkan orang ramai supaya jangan terjebak dengan perangkap penjenayah siber.


Pesan Babah:
Meskipun kurang 1% pengguna perbankan internet telah meragut umpan daripada pancing penjenayah Phishing, janganlah hendaknya kita termasuk dalam golongan yang menjadi mangsa tersebut. Pengguna hendaklah senantiasa berhati-hati dalam melakukan transaksi melalui internet. Elakkan daripada menjadi mangsa dengan cara:
1. Mengelak daripada membalas mesej e-mel yang meminta maklumat peribadi, seperti nombor akaun dan nombor pin;
2. Menghindar daripada meng"klik" pautan pada e-mel yang mencurigakan; dan
3. Menggunakan kata laluan yang sukar.

Selain itu, pengguna juga harus berwaspada dengan satu lagi bentuk jenayah perbankan internet, iaitu Pharming. Kalau jenayah Phishing mudah dikenal pasti, Pharming pula hampir tidak dapat dikesan. Jenayah ini menggunakan Virus Trojan yang mampu mengubah tindakan browser dengan mengalih cubaan pengguna memasuki laman web bank ke laman web palsu secara automatik tanpa perlu meng"klik" pautan e-mel.





37 comments:

KailTakBerumpan said...

phishing memang selalu berlaku. jika dulu tujuanya untuk mendapatkan kata laluan email kini tujuannya lebih besar.
iaitu mendapatkan duit dengan secara langsung. bukannya menggunakan khidmat spam.

Mybabah said...

Salam. Orang ramai (khususnya orang Melayu) perlu diberi kesedaran tentang hal ini. Kenapa orang Melayu? Kerana mereka inilah yang selalunya buat tak endah tentang perkara-perkara semacam ini. Sudah terkena barulah nak menjerit! Sudah terantuk baru tengadah. Terima kasih atas respons Kail.

maiyah said...

mcm2 tul le org nk menipu ni, hrp takde lg yg kene

blueCITY said...

salam mybabah,

adehla, dah la duet i x berapa banyak kat bank tuh, kalo kena rampok lak, apa yg tinggal

hukhukhuk

makin maju makin canggih, makin byk rampokan?

kakcikseroja said...

Ramainya manusia yang hendak kaya secara mudah...

Sharinginfoz said...

bagus info.... macam2 jenis penipuan kan...

Jom Main Catur

Jom Terminate Kad Kredit

al-lavendari said...

1% tu banyak tu ! Maknanya 1 dari 100. Cuba bayangkan, kalaulah setiap 100 kapalterbang yang mendarat di KLIA, satu drpnya terhempas, mungkin tiap2 hari ada kapalterbang terhempas di KLIA kan ?

rosnanie said...

salam, kdg2 dalam berhati2 pn boleh terkena, kalau tak berhati2, tak tahulah...

Mybabah said...

Salam Maiyah. Jangan layan e-mel yang meminta kita mengemas kini data peribadi. Pengemaskinian boleh dilakuka di bank, bukan menerusi e-mel.

Mybabah said...

Salam BluE. Apa yang saya perhatikan, penjenayah akan membuat kajian tentang kedudukan kewangan kita sebelum memancing. Mereka tidak mahu membuang masa memancing orang yang tidak ada duit. Kalau Blue terima e-mel daripada mereka bermakna Blue termasuk dalam kategori orang berwang (bukan beruang). Apa-apapun berwaspadalah dan panjangkan maklumat ini kepada rakan dan taulan.

Mybabah said...

Salam Kakcik. Ramai yang tahu perkara ini dan saya yakin ramai juga yang masih belum tahu. Tugas kita adalah untuk memberi kesedaran ini kepada sahabat handai,rakan dan taulan.

Mybabah said...

Salam Sharinginfo. Dengan memberi tahu perkara-perkara macam ini dapat menyelamat kawan-kawan dan keluarga daripada terjebak.

Mybabah said...

Salam al-lavendari. Dalam kes jenayah, angka di bawah 1% boleh dianggap rendah. Tetapi ini tidak bermakna tak ada apa-apa tindakan dibuat untuk menanganinya.

Mybabah said...

Salam Ros. Orang yang lebih berhati-hati risiko terjebak sangat rendah berbanding orang yang tidak ambilo peduli dengan persekitaran mereka.

cikTi said...

salam babah,.

phishing ni,,orang menipu dgn pancing yg mcm mana ye

Mybabah said...

Salam CikTi. CikTi tak baca betul-betul. Cuba baca perlahan-lahan, Insya-Allah boleh faham. Atau CikTi hanya nak bergurau dengan babah?

ijoks2009 said...

Salam mybabah,
sy mmg xyakin dgn online bankin ni sebab byk risikonya.
sedikit informasi berguna.
Ada blog penghinaan terhadap Islam..
http://beritamuslim.wordpress.com/

laporkan pada pihak wordpress dengan cara klik
http://en.wordpress.com/report-spam/
Your Email : email anda
Blog URL : isi dengan
http://beritamuslim.wordpress.com/
Why : isi dengan --> BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion, abusing.
Semoga semakin ramai buat laporan, semakin cepat blognya ditutup.
Tolong sebarkan!!

Mybabah said...

Salam Ijok. Insya-Allah saya akan buat apa yang disaran.

Cikgu Jang .. said...

yg duit boleh dikeluarkan dr akun kita tanpa pengetahuan kita pulak macam mana babah ?...

pihak mana yg berkompromi buat gitu ye...org dalam ke ?

Mybabah said...

Salam Cikgu. Pengeluaran wang daripada akaun tanpa pengetahuan pemegang akaun jarang berlaku dan tidak dapat dibuktikan. Yang biasa terjadi ialah wang dikeluarkan oleh orang yang rapat seperti sepasang kekasih sedang bercinta yang sanggup berkongsi apa-apa sahaja. Selain itu, akibat dompet hilang dan no pin tercatat dalam dompet. Ini yang dilaporkan oleh Biro Pengantara Kewangan setelah melakukan penyiasatan melalui CCTV. Secara logiknya, jika seseorang itu mudah mengeluarkan wang daripada akaun orang lain, tentulah kes ini sangat berleluasa. Apa yang terjadi di luar sana hanyalah beberapa kes yang unik. Wallahualam.

UstazCahaya said...

Salam Bang Samsudin.

Perkongsian yang baik. Saya sokong usaha Mybabah untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang kita tentang ini. Saya juga pernah menulis di blog saya, sebuah tutorial tindakan yang perlu kita ambil jika mendapat pishing email.

Sekadar berkongsi dengan Mybabah, ini URL nya:

http://ustazcahaya.blogspot.com/2009/11/email-dari-perompak-maybank.html

Mybabah said...

Salam Ustaz. Jazakaullahu khairan kathira.

azieazah said...

Salam BABAH.
Terimakasih banyakkkk kerana peringatan dan perkongsian yang sangat berguna ini.
Memang setiap hari saya menerima email yang berbentuk sebegini...

Menang lotery, email terpilih dsb.. Setakat ini memang saya tidak pernah buka dan tidak pernah berminat.

Mybabah said...

Salam Azieazah. Jika ada apa-apa masalah yang berkaitan dengan perbankan atau mahu cetak CCRIS di Bank Negara Malaysia telefonlah saya. Saya suka menasihati kawan-kawan supaya enam bulan sekali cetak CCRIS yang merupakan rekod kesihatan kewangan kita. Satu hari nanti saya buat satu entri tentang CCRIS dan mengapa orang selalu kata mereka disenaraihitamkan.

Nida said...

Salam Babah..

Mula2 tadi ingatkan Babah nak pergi "fishing".. rupa2nya salah tafsiran pula..hehe..

Bagi saya, takde jalan pintas untuk kaya + nak dapat banyak duit selain berusaha.. tak usah ler dok percaya2 benda2 tu semua..

Mybabah said...

Salam Nida. Di mana-mana pun ada penjenayah yang senantiasa ingin mengambil kesempatan atas kelalaian kita, termasuk di NZ. Harap Nida dan keluarga di NZ senantiasa dalam keadaan sejahtera.

eelobor said...

salam babah, mmg info yang menarik & berguna. jika ada info lebih lanjut lg berkenaan penipuan wang di internet, di harap dapat di kongsi lagi. TQ

Mybabah said...

Salam eelobor. Dari masa ke masa saya akan catat pelbagai maklumat kewangan, bahasa dan yang lain-lain yang boleh dimanfaatkan oleh pembaca. Harap eelobor akan terus melawat blog babah ini.

Md Nizar Parman said...

Salam Babah,
Info yang sangat berguna buat kita. Suatu ketika dahulu, kita tidak pernah terfikir bahawa manusia akan mencipta komputer serta perisiannya yang canggih - komputer melaksanakan tugasan yang lazimnya dilakukan oleh manusia secara manual. Kemudian, lahir pula golongan cerdik yang mencipta virus untuk melindungi data sulit atau sekadar ingin merosakkan maklumat-maklumat yang disimpan. Semakin hari manusia semakin cerdik dan amatlah malang kecerdikan itu digunakan untuk menganiaya orang lain. Manusia sebegini akan terus wujud dan apa yang insan biasa seperti kita lakukan adalah BERWASPADA...

mizaranun said...

info yg berguna...harap semua berhati2.. :)

Abd Razak said...

Salam...:)

Terima kasih atas info ini, sgt manfaat utk semua

Mybabah said...

Salam Cikgu Nizar. Semalam hari paling sibuk. Tak sempat balas komen dengan segera. Apa-apapun dunia semakin canggih dan penipuan pun semakin sofistikated. Kita semua harus berhat--hati.

Mybabah said...

Salam Mizaranun. Terima kasih. Saya akan kongsikan bersama-sama maklumat-maklumat yang saya ada. Kami yang terlibat dengan orang ramai mendapat banyak maklumat yang boleh kita manfaatkan.

Mybabah said...

Salam Razak. Terima kasih. "Fishing" menyeronokkan, tetapi awas pada "phishing". "Phishing" boleh membuatkan kita "bankrap".

shaniza said...

Salam..
Rasanya apa urusan perbankan elok pergi sendiri ke bank dan kalau ada masalah boleh bincang dengan lebih selamat

Mybabah said...

Salam Niza. Begitulah sepatutnya...

greenhall said...

hm.. teknologi pun banyak keburukan kan babah..

kadang2 cara konservatif gak selamat..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...