14 February, 2010

Hari ini Babah 46...


Hari ini 14022010 umur Babah mencecah 46 tahun. Dah tua rupanya aku ni...
Lahir tahun 64 umur 46, jika tahun 46 umur 64. Mujur tahun 64, jika tidak, lagi tualah aku...

Kad daripada keluarga: Muka depan


Kad daripada keluarga: Muka dalam


Nasib baik anak-anak tidak letak lilin. Kalau letak lilin, nescaya 
tak ada ruang nak tulis apa-apa...

Jazakaullahu khairan kathira...
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan blogger yang mengucapkan selamat kepada Babah sempena sambutan usia yang semakin lanjut ini. Terharu juga hati Babah kerana sudah lama tidak menerima ucap selamat daripada rakan-rakan seramai ini. Setiap tahun hanya isteri dan anak-anak sahaja yang mengucapkan selamat. Alhamdulillah, semakin ramai saudara mara Babah...












Read more...

12 February, 2010

Melayu tak faham bahasa!


Makluman: Hari ini saya kembali menulis tentang isu yang berkaitan dengan bahasa Melayu yang menjadi sebab utama wujudnya blog ini. Aku Pemburu Jin akan disambung pada entri yang akan datang, insya-Allah. Harap adindaku Jebat Berani sabar menunggu...

Dalam penulisan atau penyebutan bahasa Melayu, peletakan  (bukan: perletakan) patah-patah kata dalam sesuatu ayat amat penting. Jika tersalah letak, ayat tersebut mungkin akan berubah makna dan kadang kala boleh menyinggung perasaan orang lain.

Contoh:
"Melayu tak faham bahasa" vs "Tak faham bahasa Melayu"

Keterangan:
"Melayu tak faham bahasa" bermaksud orang Melayu yang degil, dungu, tidak mahu mendengar nasihat dan lain-lain, seperti Aduka Taruna, Say Fool dan ramai lagi.  Manakala "tak faham bahasa Melayu" pula bermaksud orang (tidak kira bangsa apa) yang tidak arif atau tidak memahami bahasa Melayu.

 
Papan tanda di atas tertulis "Panduan anda kesungguhan kami" yang diterjemah daripada bahasa Inggeris "Your direction our discipline" menjadikan ramai orang "tidak faham bahasa Melayu" dan  orang-orang Melayu di Standard Chartered Bank "Melayu yang tak faham bahasa". Pelaburan membuat papan tanda yang berjumlah puluhan ribu ringgit terbang begitu sahaja.


Iklan syarikat insurans Prudential di atas kononnya mahu menjimatkan patah kata dengan menyingkir perkataan "yang" pada ayat tersebut sehingga orang ramai menjadi "tak faham bahasa Melayu" apabila membaca iklan tersebut.  Ribuan ringgit lagi "hangus" dengan sia-sia.


Cina pemilik syarikat tayar di atas tidak faham tentang maksud "nyawa" sehingga tayar disangka bernyawa. Mungkin perkataan "jangka hayat" lebih tepat digunakan di sini. Cina ini "tak faham bahasa Melayu" mungkin disebabkan "Melayu yang tak faham bahasa".

Papan tanda di bawah ini pula, pemiliknya bukan "tak faham bahasa Melayu" tetapi "Melayu yang tak faham kesantunan berbahasa" yang menganggap "waktu urus niaga" sama dengan waktu pintu kedai di buka. Anggaran kerugian pelaburan membuat papan tanda ini di sekitar RM100.00-RM200.00.


Pemilik iklan di bawah ini pula jahil mengeja mengikut ejaan bahasa Melayu yang betul. Dia betul-betul keliru dan cuba mengelirukan orang lain dengan ketidakpastiannya mengeja. Namun, kerugian yang ditanggung hanya di sekitar RM5.00-RM10.00.

Ejaan yang betul bagi perabut/peraabot ialah perabot

Pemilik sepanduk di bawah memiliki kedua-dua sifat "Melayu tak faham bahasa" dan "Tak tahu bahasa Melayu". Anggaran kerugian tidak ternilai kerana kehilangan harga diri.










Read more...

11 February, 2010

Kempen Anti-Aduka Taruna!


Ramai rakan-rakan blogger mencadangkan kepadaku supaya melancarkan kempen anti-Aduka Taruna, kerana kononnya blog Mybabah lebih popular dan ramai pengunjung (?). Semalam aku menerima pula e-mel daripada Adindaku Ustaz Norudin Deraman @ ustazcahaya.blogspot.com di Bumi Kenyalang yang telah menyediakan satu tutorial lengkap cara melaporkan kepada Google blog yang melanggar etika, seperti blog Aduka Taruna. (sekarang tidak teruna  lagi kerana dia sudah pun berkahwin). Anda boleh mendapatkan tutorial itu di sini. Menurut ustaz, Google hanya akan bertindak seandainya ramai  blogger yang membuat laporan. Jika setakat beberapa orang,  laporan itu tidak akan dilayan.


Justifikasi pelancaran kempen itu boleh dibaca di dalam entri Mybabah bertajuk  "Aduka Taruna, Lu Memang Celaka Beb!" yang boleh dibaca di sini.


Tetapi...
Selepas menunaikan solat istikharah sebentar tadi, aku terfikir semula adakah tindakan melancarkan kempen memboikot blog Aduka Taruna atau mendesak blog itu ditutup wajar dilaksanakan sekarang? Mengapa kepada Aduka Taruna sahaja ia dikenakan, sedangkan ramai lagi blogger yang seumpama itu di internet? Sekiranya lahir lagi Aduka Teruna yang lain, adakah tindakan yang sama akan terus dibuat? Sampai bila?

Akhirnya...
Aku mengembalikan semua ini kepada kebijaksaan adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak blogger semua untuk membuat pertimbangan sendiri. Ikutlah naluri yang bersandarkan iman...
 




 


Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...