07 February, 2010

Aduka Taruna, Lu Memang Celaka Beb!


Makluman: Mulai hari ini aku mengharamkan diriku memasuki blog Si Celaka ini.

Dia mula biadap dengan Tuhannya:



"Tima kasih la ya Allah lu bagi member macam Shah kat gua."

"Ya Allah.. sesungguhnya, solat gua, ibadah gua, hidup gua dan mati gua hanya untuk Lu. Maafkan gua masa silam. Tetapkan gua di jalan yang lurus. Amin."


Sebelum itu, dia begitu kurang ajar dengan imam mazhab, Shafie dan Hambali dan ummul mukminin, Siti Aisyah:

Dalam tulisan dia bertajuk “Wahabi Perlis”dia menulis;

“Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia.”

dan

“Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. “

Dalam tulisan bertajuk “Sembang Mazhab” dia menulis;

“Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir bahan mentah, Allah tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara mutlak. Refresh beb… refresh sket.”

dan

“Muawiyah + Aishah plak. Lagi 2 ekor mangkuk. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri. Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha Allah lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap Allah masukkan dalam syurga. Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu. “Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran.” What the f**k? Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu Allah punya atau ulama punya? Niamakahai.”

Selepas dengan lantang menghina insan yang telah meninggal dunia...
 

Pertanyaan Babah:
1. Lu apa jenis binatang Aduka?
2. Lu cakap dengan lu punya mak bapak macamana Aduka?

Pesan Babah:
Sesiapa yang melawati blog Si Celaka ini akan sama-sama menyumbang kepada kesesatan makhluk ini dan akan turut mengundang kemurkaan Allah. Wallahualam.










Sumber bahan daripada http://syukran.wordpress.com dan terima kasih juga kepada Ustaz Cahaya: http://ustazcahaya.blogspot.com atas sumbangan gambar.

63 comments:

Maiyah said...

mmg hangin ngan mamat mangkuk tandas paling busuk nih.. dah tinggi mna bljr tu.. makin tnggi, makin rosak pemikiran..

ya Allah.. moga dia akan tersedar

joegrimjow said...

org camni xkan lamanye

Unknown said...

moga cahaya keimanan menginsafkan beliau.

Unknown said...

Salam. Orang macam ini boleh dikata "belajar bertingkat-tingkat, bodoh berlapis-lapis"

Unknown said...

Salam Joe. Dia bertahan lama kerana ramai yang menyokong blog dia.

Unknown said...

Salam Budak Kampung. Semoga dia kembali di jalan yang benar...

Kakcik Seroja said...

Salam Babah..

dulu2 pernah juga kakcik singgah ke blognya. Tapi, sebelum dia 'buat hal' lagi kakcik dah tak menjengah ke sana kerana ada sesuatu yang kakcik rasa bagai tak kena... Wallahuaklam...

(Semoga dia dikurniakan hidayah olehNya)

Werdah said...

Salam Samsudin.

Kesihan ada orang seperti ini. Hidup seolah tak pijak bumi dan terawang-awang macam kekabu ditiup angin.. mudah2an selepas ni insaflah dia.

sahromnasrudin said...

saya mmg tak lawat blog yg tak menyumbang apa-apa kpd pembangunan msykt secara amnya..

Catwoman said...

Salam Babah......

Sebut je nama Aduka Taruna, sy mmg tak m`baca n3 di blog nya. Nak b`politik, tapi dia tak pandai. Nak b`sosial, tapi tak kene gaya. Nak b`kwn, tapi caranya salah.

Dia patut b`syukur kerana d`lahirkan di s`buah negara yg harmoni dan "sejuk" dari peperangan.

Ntah di mana silapnya dia t`pesong lebih jauh hingga b`sikap m`hina segenap manusia.

Minta d`jauhi sikap cenggini ye, Babah. S`sungguhnya iman yg teguh penentu arah hati dan minda kita.

:)

m4rilyn said...

lawat masa issue ngan almarhum sultan johor.
suka hati je dia nak kutuk sesape..dia rasa dia tu perfect sangat...
dah mintak maaf pun bg saya maaf dia bagai mencurah air ke daun keladi je

semoga pintu hati si celaka ini terbuka dan harap dia dapat berfikiran matang

Unknown said...

Salam Kakciks. Dulu saya minat juga melawat blog Si Aduka ini. Saya minat politik. Tetapi apabila blog dia sudah "meletup-letup" menjadi-jadi pulak sombongnya. Harap kita semua tak begitu...

Unknown said...

Salam Werdah. Daripada penulisannya, saya tak nampak pun mana letaknya kepandaian dia. Semakin merapu...

Unknown said...

Salam Sahrom. Tak payah kita lawat blog dia. Saya ingat nak buat kempen pula lepas ni...supaya dia tak semakin besar kepala.

Unknown said...

Salam Zyma. Harap orang-orang muda seperti anda jangan terjebak dengan anasir buruk dan pandangan sesat seperti ini...

Unknown said...

Salam M4rilyn. Masa orang tu hidup tak berani plak nak kutuk. Kalau Al Marhum masih hidup, sudah kena pelempang Si Aduka nih...

ZOOL@TOD said...

Kalau Saidina Umar Al-Khattab masih hidup, dah lama si Aduka Taruna ni putus kepala. Sesat dan menyesatkan....

Unknown said...

Salam Zool. Tetapi hairan, pihak berkuasa (Jabatan Agama) tentu sudah tahu tentang perkara ini tetapi masih teragak-agak pula nak ambil tindakan...

abu muaz said...

kenapa ber lu, gua, untuk bercakap. Nak tunjuk apa? Bukankah saya, aku, awak tu lebih sopan penggunaannya.

terlalu moden ke terlalu kuno!!!!!!!!

nanti kalau sakit buwasir, nak minta doa pada Allah macam mana ya?
Ya Allah.... engkau, lu, lagikah nak guna?

Nida n' Hanafi said...

Salam Babah..

Ni bukan tahap Celaka lagi dah, dah tahap bab* busuk dah ni.. patut kena sunat 4, 5 kali... biar terus hilang kelakiannya...

black_mel said...

nak naikkan trafik la tu...
gila ker...permainkan agama sendiri...

harap dia sedar sebelum terlambat..

Unknown said...

Salam Abu Muaz. Dia dah pun bercakap dengan Allah lu gua. Tak lama lagi, apa pulak bahasa nak digunakan...

Unknown said...

Salam Nida. Apabila bangsa atau ugama lain buat perkara macam ni semua pihak melenting. Tetapi apabila orang Islam sendiri buat onar, semua sepi macam dunia dilanggar garuda...

Unknown said...

Salam Black_Mel. Kejar populariti, tetapi iman tergadai apa hal...

Azhar Salleh said...

Salam TUAN SAMSUDIN,
Saya tidak pernah melawati blog ini kerana saya tidak mahu dianggap bodoh dan bebal seperti penulisnya. Melawati blog haram jadah ini ibarat meletakkan diri saya begitu bodoh dan bebal, seperti dia.

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

semoga dengan hukuman berat yang akan dikenakan terhadapnya nanti membuatkan dia insaf dan bertaubat.. amin.. :)

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://www.stormreaders.net/zulfadhli

Miliki buku2 ilmiah karya ikon2 popolar seperti Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Nor Bahyah & lain2 di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

Alimaz-Kembara Terasing said...

teruk la aduka ni...tu pun ada lagi betina yang nak kawen dgn dia.....

Unknown said...

Lepas ni jgn dok sebut lagi nama tu..
MEMALUKAN..!!!
Namun..sapa2 yg dok hina family Nabi..akan terima pembalasan kat dunia lagi...
mamat ni akan berjumpa buku dgn ruas juga tak lama nanti..
Lihatlah!

umi_e said...

salam... baru pertama kali dengar nama dia ni... daripada apa yang babah paparkan, ternyata dia ni daripada golongan 'tin kosong' - bunyi je kuat tapi takde isi... :D

* mereka yang memberi sokongan kepada manusia seperti itu - saya kira sama saja dengannya(2x5)

yohteh said...

Allah Yang Maha Sempurna..!!!
siapakah kita..???

al-lavendari said...

kalau kita baca pun, kita buat macam tengok persembahan oleh monyet kat sarkas. kalau kita tengok bukan bermakna kita nak jadi monyet. hanya sebagai penghibur hati sahaja.

begitu lah ibarat "anak muda sulung berkeris"

azieazah said...

Saya tak pernah tahu siapa ADUKA sehingga lah kes dia hina Almarhum Sultan Johor.. itupun baca statement tu jer..

tak pernah tahu pun pasal statement beliau yg lain...

Sekali dah tau orang tu biadap, saya tak minat hal dia yang lain lagi dah...

Unknown said...

Salam Munsyi Azhar. Lama tak dengar perkataan Haram Jadah. Rasanya tepat sekali ungkapan itu kepada orang yang dituju...

Unknown said...

Salam. Selepas diberkas dan dilepaskan atas tuduhan menghina Allahyarham Sultan Johor, nampaknya tiada perubahan sikap pada Si Polan. Semakin ganas menghina mengikut kehendak nafsu serakahnya...

Unknown said...

Salam Alimaz. Mungkin dia ini haiwan-haiwan jadi-jadian, menjadi haiwan apabila berhadapan dengan blog, tetapi berubah menjadi orang semula apabila menghadapi realiti hidup sebenar. Itu sebab sang perempuan masih sudi diperisterikan.

Unknown said...

Salam saudaraku LB. Saya hairan pihak berkuasa (agama) tidak pula mahu membawa Si Polan ke mahkamah kerana menghina agama. Lebih sensitifkah sultan daripada agama?

Unknown said...

Salam Umi_e. Orang Melayu memang suka benda-benda yang sensasi semacam ini. Maka berbondong-bondonglah mereka mencari URL blog ini untuk melihat dgn mata kepala sendiri agama dihina...

Unknown said...

Salam Yohteh. Kalau kita bercakap lu gua dengan bapak kita sudah tentu kematu muka kena penampar. Dia pula cakap lu gua dengan Allah. Sial betul budak ni...

Unknown said...

Salam Bang Hamzah. Jom kita pelupuh budak sekor ni. Dengar abang ada black belt colour biru. He..he..gurau je..

Unknown said...

Salam Azie. Tak payahlah kita menyumbang hit kepada blog Si Polan. Masuk ke blog babah lagi baik...he..he..

eelobor said...

Blog yang tak berfaedah & x de manfaat di baca. Abaikan jer...

Unknown said...

Salam eelobor. Orang kata buang "current" je.

pecinta_Islam said...

salam babah...pendapatnya persis seperti pendapat satu jenis puak syiah yg mengutuk para sahabat rasulullah...sy doakan muga dia bertaubat dan kembali ke jalan yg benar hendaknya.

Khaulah Al-Azwar said...

Salam babah,
pertama kali bukak blog aduka taruna masa kes dia hina Almarhum Sultan Johor...tulah kali prtama dan terakhir...
Nauzubillah,mtk jauhlah suma ni ya,,,bila org jahil brcakap dan mmberi pandangan...maka jadilah semakin sesat dan jauh tersimpang dari landasan yang sebenar...tanpa ilmu yang sahih,iman yang mantap dan amal yang solih manusia akan terpesong ikut rasa dan hawa nafsu sendiri...bertaubatlah,moga Allah masih membuka jalan untuk dia kembali ke jalanNya.

Unknown said...

Salam Syah. Mungkin juga dia ni berfahaman Syiah. Tetapi tak pula Syiah bercakap secara kurang ajar terhadap Allah...

Unknown said...

Salam Husin. Persoalannya, orang yang sombong dan merasakan diri lebih berilmu daripada orang lain sukar ditarik balik ke jalan yang benar. Iblis merasakan dirinya lebih baik daripada manusia kerana dijadikan daripada api sedangkan manusia daripada tanah lumpur, akhirnya iblis sesat hingga ke hari kiamat...

UstazCahaya said...

Salam Babah.

Kita boleh pakat-pakat 'FLAG' blog dia supaya Google boleh hentikan blog itu. Macam yang kami buat dulu untuk lawan blog 'Murtadin Indonesia'. Babah banyak audiens di blog babah ni, babah boleh ajak pembaca sama-sama FLAG blog AT.

Saya suka ayat babah yang ni:

"belajar bertingkat-tingkat, bodoh berlapis-lapis"

Unknown said...

Salam Ustaz. Selepas membaca blog ustazlah saya terdorong mengeluarkan n3 ini walaupun baharu beberapa minit melancarkan n3 Aku Pemburu Jin3. Saya tidak arif membuat FLAG blog seperti saranan ustaz. Saya akan sokong 100% jika ada yang berbuat demikian kelak...

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Memang dr dulu tak suka baca blog dia sbb terlampau kurang ajar. Terlalu sombong dan angkuh sebab tu Allah beri peringatan. Moga dia sedar dan bertaubat.

Unknown said...

Salam Niza. Mungkin Niza tidak, tetapi saya khuatir ramai pengunjung blog itu terpesong oleh kesongsangan akal budi blogger tersebut.

|| NaFiRaa || said...

haah babah.. saya pon perasan yg ayat2 dalam entry dia kasar x bertempat..suka suki dia jek!!!

Unknown said...

Sala Nafira. Lepas ini jangan bantu naikkan hit blog dia. Bukan iri hati sebab blog dia popular, tetapi sekadar menasihati takut terpesong dengan fahaman dia yang di luar ahli sunnah wal jamaah.

Anonymous said...

Sama2lah kita berdoa semoga Allah beri hidayah pada dia.

Hidayah saja yang boleh mengubah dia, budak macam ni nasihat berguni pun tak masuk otak dah.

Unknown said...

Salam Kunang-kunang. Saya sangat-sangat setuju dengan saranan anda.

Unknown said...

Insan tidak bernama, nanti kita bincang isu ini di ruangan yang lain.

Mama Tanjong said...

salam semua,
sabo yob...
serahkan pada Allah

Unknown said...

Salam Mama. Bukan marah, tapi prihatin...

nurimo said...

Salam Mybabah,

Sabar jangan marah nanti kena darah tinggi,kita pakat doa semuga saudara islam tidak tergelincir akidah.

Unknown said...

Salam Nurimo. Kadang-kadang kena tunjuk kemarahan supaya agama tidak diinjak-injak...

Unknown said...

Salam mybabah,saya setuju sgt dgn pendapat mybbah ni.
"Dia bertahan lama kerana ramai yang menyokong blog dia."

Saya rasa satu je cara nak sedarkan budak ni ialah boikot blog dia dan jgn promosi blog dia.
Dia jadi sombong sebab ada org sokong dia.
semoga dia diberikan hidayah olehNya.

Kita sayangkan dia sebagai seorang Islam tapi ada kalanya anak yang kita sayang perlu dipukul untuk mendidik.

Unknown said...

Salam Ijoks2009. Komen anda sentiasa menjadi penyejuk kepada kemarahan yang membara dalam jiwa ini. Terima kasih.

mazru said...

salam babah,
mmg sy bengang dgn aduka ni,cukup sombong dan angkuh sekali..

semuge aman di penjara..padan muke!

Unknown said...

Salam Mazru. Ramai orang dapat bermuhasabah diri dengan baik di penjara...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...