12 February, 2010

Melayu tak faham bahasa!


Makluman: Hari ini saya kembali menulis tentang isu yang berkaitan dengan bahasa Melayu yang menjadi sebab utama wujudnya blog ini. Aku Pemburu Jin akan disambung pada entri yang akan datang, insya-Allah. Harap adindaku Jebat Berani sabar menunggu...

Dalam penulisan atau penyebutan bahasa Melayu, peletakan  (bukan: perletakan) patah-patah kata dalam sesuatu ayat amat penting. Jika tersalah letak, ayat tersebut mungkin akan berubah makna dan kadang kala boleh menyinggung perasaan orang lain.

Contoh:
"Melayu tak faham bahasa" vs "Tak faham bahasa Melayu"

Keterangan:
"Melayu tak faham bahasa" bermaksud orang Melayu yang degil, dungu, tidak mahu mendengar nasihat dan lain-lain, seperti Aduka Taruna, Say Fool dan ramai lagi.  Manakala "tak faham bahasa Melayu" pula bermaksud orang (tidak kira bangsa apa) yang tidak arif atau tidak memahami bahasa Melayu.

 
Papan tanda di atas tertulis "Panduan anda kesungguhan kami" yang diterjemah daripada bahasa Inggeris "Your direction our discipline" menjadikan ramai orang "tidak faham bahasa Melayu" dan  orang-orang Melayu di Standard Chartered Bank "Melayu yang tak faham bahasa". Pelaburan membuat papan tanda yang berjumlah puluhan ribu ringgit terbang begitu sahaja.


Iklan syarikat insurans Prudential di atas kononnya mahu menjimatkan patah kata dengan menyingkir perkataan "yang" pada ayat tersebut sehingga orang ramai menjadi "tak faham bahasa Melayu" apabila membaca iklan tersebut.  Ribuan ringgit lagi "hangus" dengan sia-sia.


Cina pemilik syarikat tayar di atas tidak faham tentang maksud "nyawa" sehingga tayar disangka bernyawa. Mungkin perkataan "jangka hayat" lebih tepat digunakan di sini. Cina ini "tak faham bahasa Melayu" mungkin disebabkan "Melayu yang tak faham bahasa".

Papan tanda di bawah ini pula, pemiliknya bukan "tak faham bahasa Melayu" tetapi "Melayu yang tak faham kesantunan berbahasa" yang menganggap "waktu urus niaga" sama dengan waktu pintu kedai di buka. Anggaran kerugian pelaburan membuat papan tanda ini di sekitar RM100.00-RM200.00.


Pemilik iklan di bawah ini pula jahil mengeja mengikut ejaan bahasa Melayu yang betul. Dia betul-betul keliru dan cuba mengelirukan orang lain dengan ketidakpastiannya mengeja. Namun, kerugian yang ditanggung hanya di sekitar RM5.00-RM10.00.

Ejaan yang betul bagi perabut/peraabot ialah perabot

Pemilik sepanduk di bawah memiliki kedua-dua sifat "Melayu tak faham bahasa" dan "Tak tahu bahasa Melayu". Anggaran kerugian tidak ternilai kerana kehilangan harga diri.









22 comments:

shaniza said...

Salam..
Ketua negara pun asyik mendewa2kan Bahasa Inggeris, sbb tu wujud Melayu tak faham bahasa, akibat dasar mereka lahirlah pelajar Melayu yg tak faham Bahasa Melayu sendiri!

Cikgu Jang .. said...

memang betul apa yang ditulis oleh babah tu....yang patut ditekankan ialah pemilik-pemlik permis percetakan yang perlu membetulkan ejaan dengan merujuk kamus sebelum mencetak sesuatu papan tanda untuk dipasang.

syahbandar87 said...

dalam ketegasan&keprihatinan babah sewaktu menulis ada jgk sedikit gurau senda.hehe..lawak2..kesudahan yang menghiburkan hati setiap pengunjung.hehehe..

Mohamadazhan hjDesa said...

salam babah,

itu pun nak sangat buat Ppsmi dulu. jelas sekali ramai yang masih 'jahil' akan ilmu bahasa.

babah, nanti saya nak mohon babah semak kerja kursus bahasa saya boleh? berkaitan dgn tatabahasa.

Mybabah said...

Salam Shaniza. Penyata Razak hanya tinggal sebagai bahan sejarah. Anaknya sendiri tak mahu menjalankan usaha murni ayahnya...Shaniza tahu ke penyata Razak? Rujuk buku sejarah ok!

Mybabah said...

Salam Cikgu Jang. Kerajaan Tempatan dan DBP memainkan peranan yang besar dalam memastikan papan tanda ditulis dengan betul. Malangnya, setakat ini mereka hanya mengejar gaji bulanan sahaja...

Mybabah said...

Salam Syah. Masuk bab politik kena serius. Baharu orang tahu bahawa kita serius berpolitik. Bab-bab lain, bolehlah selit serba sedikit perkara lucu. Tetapi,lucu yang memberi sindiran...

Mybabah said...

Salam Mohamad. Silakan hantar. Kalau saya terlalu banyak kerja ofis, saya memerlu sedikit masa untuk mengedit. Kalau setakat tatabahasa tak jadi masalah. Takutnya kandungan sekali kena edit...Heee...he...

jebat_berani said...

tanpa mahu menunding jari kepada sesiapa hamba akui diri ini juga lemah dalam memahami dan menggunakan bahasa melayu..semoga kewujudan blog babah dapat membantu hamba memperbetulkan bahasa melayu hamba agar hamba boleh digelar jebat yang sebenar.....

Mybabah said...

Salam Jebat Sebenar. Nanti babah hantar "pre-assessment" bahasa Melayu untuk menilai tahap kemahiran (proficiency) Jebat. Ada 4 set soalan untuk dijawab. Siapa lulus (tanpa melihat buku) boleh dianggap BM mereka bagus. Sesiapa yang lain mahu cuba, boleh emel Babah di samsudin.jidin@yahoo.com.

jebat_berani said...

terima kasih babah..semoga dengan "ujian" yang bakal babah berikan nanti akan menjadikan hamba jebat sbenar....

Zyma Da` Catwoman said...

Salam Babah.....

Macam2 ada......macam ASTRO!!

:)

Mybabah said...

Salam Zyma. Astro he..he..

al-lavendari said...

letih juga mengummpul gambar2 tu .. dan bertambah letih lagi bila membacanya !

maiyah said...

aku pun x paham ngeeee

Che' Pit said...

salam babah..

yang plaza perabot jati tu CP tahu kat mana, ngeh ngeh ngeh..

tak jauh dari rumah kita ngeh ngeh ngeh..

Tapi mmg banyak kali jumpa sepanduk, papan tanda, dan sewaktu dgn nya yg tak ambil berat mengenai ejaan.. main hantam saja..

TMUkmkd said...

sebenarnya bahasa melayu itu menarik :)
kalau di letak pada tahap yang sepatutnya

arsaili said...

salam...saya bab bahasa ni hancus.baik bahasa melayu dan inggeris..uhuhuhu

TMUkmkd said...

sebenarnya bahasa melayu itu menarik :)
kalau di letak pada tahap yang sepatutnya

Md Nizar Parman said...

Salam BABAH,
Entri yang cukup menarik berkesan dengan foto-foto yang cukup mengesankan. Tak faham bahasa Melayu mungkin masih boleh dimaafkan (kurang kursus dan pendedahan - tetapi sebagai warganegara Malaysia sepatutnya perkara ini tidak berlaku). Melayu tak faham bahasa boleh disifatkan agak memalukan (inilah antara penyakit Melayu hari ini). Selagi perkara ini tidak diperbetul, lagu top "Bangau oh Bangau" akan terus menjadi siu(a)lan. Alhamdulillah di negeri Johor semua papan tanda projek JKR perlu mendapat khidmat dan nasihat DBP Wilayah Selatan sebelum dibangunkan (maklumat daripada Azhar Salleh semasa memberikan kursus di Kluang tahun lalu). Pihak yang bertanggungjawab seharusnya peka terhadap isu ini.

yohteh said...

SELAMAT HARI JADI Mybabah...
semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu...

greenhall said...

babah. yg paling sempoi ialah yg 'waktu perniagaan dibuka' tu. haha..


boleh pulak wartu perniagaan bermula bila pintu dibuka. mcm xbesungguh nak niaga je. haha..


hm, dbp kena lebih mainkan peranan demi memastikan kelangsungan bahasa melayu ni.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...