Teladan dalam kisah cinta terbaik tentunya datang daripada insan terbaik sepanjang masa: Cinta Rasulullah s.a.w.. kepada Khadijah tetap abadi walaupun Khadijah telah meninggal dunia. Alkisah ternyata Rasulullah s.a.w. telah memendam cintanya pada Khadijah sebelum mereka menikah lagi. Ketika sahabat Khadijah, Nafisah binti Muniyah, menanyakan sama ada Nabi s.a.w. bersedia menikahi Khadijah, maka Beliau menjawab: “Bagaimana caranya?” Ya, seolah-olah baginda memang telah menantikannya sejak sekian lama.
Setahun setelah Khadijah meninggal dunia, ada seorang wanita shahabiyah menemui Rasulullah s.a.w. Wanita itu bertanya, "Ya Rasulullah, mengapa engkau tidak menikah? Engkau memiliki 9 keluarga dan harus menjalankan seruan besar." Sambil menitiskan air mata Rasulullah s.a.w. menjawab, "Masih adakah orang lain setelah Khadijah?" Kalau sahaja Allah tidak memerintahkan Muhammad s.a.w. untuk menikah lagi, maka nescaya baginda tidak akan menikah untuk selama-lamanya. Nabi Muhammad s.a.w. menikah dengan Khadijah layaknya para lelaki. Sedangkan pernikahan-pernikahan setelah itu hanya karena tuntutan risalah Nabi s.a.w., Baginda tidak pernah dapat melupakan isteri baginda ini walaupun setelah 14 tahun Khadijah meninggal dunia. Masih banyak lagi bukti-bukti cinta dahsyat nan luar biasa antara Rasulullah s.a.w dan Khadijah. Subhanallah...
Harap mybabah dan mymama pun begitu...
No comments:
Post a Comment