Harta yang kita miliki adalah fitnah (dugaan) yang dapat melalaikan kita daripada beribadah kepada Allah SWT. Akan tetapi, harta juga dapat mendekatkan kita kepada Allah SWT jika kita sentiasa mensyukurinya.
Attantawi mengatakan dalam buku tafsirnya, "Yang dimaksudkan dengan harta adalah fitnah, iaitu, ketika harta itu membuat seseorang mengabaikan kewajibannya sebagai hamba dalam beribadah kepada Allah s.w.t"
Tetapi, ketika harta itu boleh membuatnya lebih dekat kepada Allah s.w.t. dengan banyak membelanjakannya ke jalan yang diredhoi Allah s.w.t maka, harta itu akan menjadi kebaikan yang membantunya di akhirat nantinya.
Isteri kita juga boleh menjadi dugaan jika kita tidak mampu bersyukur, misalnya mempunyai isteri yang cantik atau membiarkannya dalam kekufuran. Allah berfirman:
وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَةِ اللَّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ
"Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki daripada yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang batil dan mengingkari nikmat Allah?" (Q. S. An Nahl : 72)
وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai dugaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar. (Q.S. Al Anfal : 28).Terima kasih Allah kerana memberiku kecukupan dalam harta dan kasih sayang keluarga...
1 comment:
Thanks foor writing
Post a Comment