28 March, 2013

BN tamat tempoh 9.3.13

KUALA LUMPUR, 27 Mac — Putrajaya perlu mendedahkan segala projek yang melibatkan implikasi kewangan, termasuk perjanjian yang telah ditandatangani semasa Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa (LIMA) Langkawi kerana mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) dipilih rakyat telah tamat pada 9 Mac lalu, gesa Datuk Mahfuz Omar. Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan, mengambil kira tarikh Pilihan Raya 2008 yang dilaksanakan pada 8 Mac, mandat BN seharusnya tamat pada tarikh sama tahun ini kerana tempoh lima tahun itu telah tamat.



 "Kerajaaan sementara tak boleh putuskan projek libatkan implikasi kewangan, hanya jalankan tugas harian," kata Naib Presiden PAS itu ketika sidang media di Ibu Pejabat parti tersebut di sini. "Kerajaan sekarang ini sudah habis mandat, ini jenayah demokrasi dilakukan BN dalam usaha untuk mereka terus kekal berkuasa ... Satu rampasan kuasa tanpa senjata hak rakyat telah berlaku," tegas Mahfuz (gambar). "Adalah sangat memalukan kerana tindakan ini menimbulkan krisis kepercayaan terhadap ahli perniagaan, pelabur, dengan menepikan kuasa rakyat." Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tegas Mahfuz masih lagi belum mengumumkan pembubaran Parlimen, sedangkan sepatutnya selepas tamat tempoh lima tahun, rakyat perlu diberi hak untuk kembali memilih peminpin mereka. "Apabila berlaku sedemikian rupa, saya bimbang kerajaan banyak buat keputusan memberikan implikasikan kepada negara ... sepatutnya kembalikan kepada rakyat untuk rakyat pilih," tegasnya. Jelasnya, kerajaan sementara hanya berkuat kuasa setelah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen bagi menguruskan urusan harian tanpa boleh membuat keputusan yang melibatkan implikasi kewangan. DUN Negeri Sembilan bakal menjadi negeri pertama berhadapan pembubaran secara automatik pada tengah malam ini. "Dalam sejarah tidak pernah berlaku perkara ini," kata Mahfuz lagi. "Dari segi menghormati hak demokrasi rakyat, tak pernah berlaku tamat tempoh lima tahun itu."





 

Bahaya jika menggunakan barangan tamat tempoh!

No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...