15 March, 2013

Bila agaknya Majlis Fatwa kita akan turut serta...

RIYADH (Arrahmah.com) – Seorang ulama Saudi yang berpengaruh menyeru ulama Muslim untuk mengeluarkan fatwa bersama melawan presiden rejim Syria, Bashar al Assad pada hari Isnin (11/3/2013).



Syeikh Ayed al Qarni mengatakan kepada Al Arabiya bahawa Dewan Ulama Kanan di Arab Saudi dan Universiti Al Azhar di Mesir harus mengutuk Assad dan pemerintahannya, menambahkan bahawa membunuhnya dibenarkan. Pernyataan Syeikh al-Qarni datang menyusul pengumuman terbaru oleh “Mufti” Syria, Ahmad Bedreddine Hassoun bahawa mendukung Assad merupakan “kewajiban agama” bagi ummat Islam. Syeikh Saudi mengatakan bahawa tindakan rejim Assad melawan prinsip-prinsip Islam dan pemerintahannya telah melakukan kejahatan terhadap perempuan dan warga awam tidak bersenjata. “Itu sebablah seluruh rakyat Syria harus berperang melawan rejim ini. Pemuda Syria harus mengangkat senjata melawan rejim ini” katanya kepada Al Arabiya. Syeikh al Qarni juga menceritakan mengenai kunjungannya ke kem al Zataari di Yordania, di mana beliau mendengar banyak amalan-amalan jahat yang dilakukan oleh rejim Syria terhadap warga awam Muslim. “Warga Syria yang menempati kem mengatakan bahawa pemerintah dan tentara Syria memaksa mereka berlutut di depan foto Bashar al Assad dan menghina Tuhan.” (haninmazaya/arrahmah.com).


 

Ya Allah, hancurkanlah rejim Bashar...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...