12 February, 2013

Siapakah orang yang enggan masuk syurga?

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda "Setiap umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Mereka (para sahabat) bertanya, 'Wahai Rasulullah, siapakah orang yang enggan masuk syurga itu?' Baginda menjawab, "Siapa yang mentaatiku ia masuk syurga dan siapa yang mendurhakaiku sungguh ia telah enggan masuk surga." (HR. Al-Bukhari dalam Sahihnya, daripada hadis Abu Hurairah r.a).



Setiap umat Nabi Muhammah s.a.w. yang mentaati baginda dan mengikuti jalan hidupnya pasti akan masuk syurga. Sedangkan sesiapa yang tidak mahu mengikuti baginda sesungguhnya orang itu dikatakan enggan masuk ke syurga. Hal ini karena syurga ada jalannya dan memiliki sebab-sebab yang harus diusahakan. Sesiapa yang menempuh jalannya dan mengusahakan sebab-sebabnya itu maka ia akan sampai ke syurga. Jalan dan sebab tersebut adalah mengikuti jalan hidup Nabi s.a.w dan menaati baginda.




Ya Allah, masukkan aku dan keluargaku ke dalam syurga-Mu, amin...

No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...