12 February, 2013

Abu Hamzah, sniper mujahidin Homs yang digelar "Izrail dari Khalidiyah"

Beliau adalah salah seorang “Singa” Islam di belahan bumi Syam, yang menyirami jalan jihad dengan darahnya. Janggutnya yang telah memutih tidak membuat kegagahan dan keberaniannya berkurang sedikitpun. Kulitnya yang tidak muda lagi tidak membuat tangannya lemah mengangkat senjata. Sniper yang satu ini sangat terkenal dalam kalangan mujahidin daerah Homs, Syria. Nama lengkapnya adalah Ridwan Ahmad Nuhaili, manakala nama panggilannya adalah Abu Hamzah. Dengan keahliannya sebagai sniper handalan di jajaran mujahidin, sehingga beliau digelar Abu Hamzah Al-Qannash, alias Abu Hamzah Sang Sniper.



Beliau adalah sniper kota Khalidiyah, seorang syahid dan simbol ketegaran rakyat muslim Syria di medan jihad. Setiap peluru yang ditembak oleh Abu Hamzah untuk melindungi nyawa anak-anak, wanita dan orang tua di Homs daripada ancaman peluru dan bayonet tentara rejim Nushairiyah Syria, atau tentera Syiah Shabihah akan menjadi sebab turunnya rahmat Allah bagi sang sniper (insyaa-Allah). Tinta emas akan mencatat namanya dalam sejarah jihad kaum Muslimin. Hamba Allah yang telah mengorbankan harta dan nyawanya demi melindungi umatnya, memperjuangkan kemerdekaan dan menegakkan syariat Rabbnya.

Ya, beliaulaksana malaikat maut yang senantiasa mengincar nyawa para pembunuh biadab tentara rejim Nushairiyah Syria dan tentera Syiah Shabihah. Ridhwan Nuhaili dilahirkan di kota Homs, Daerah Homs pada tahun 1965. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan empat orang anak yang masih kecil-kecil. Beliau pernah bekerja di Pejabat Perisik Kebangsaan Syria selama beberapa tahun. Kehebatannya dalam menembak sangat dikenali di kesatuannya, sehingga beliau mencapai pangkat perwira dengan tingkat keahlian yang sangat tinggi. Pada tahun 1989 beliau menarik diri daripada kesatuan elitnya dan memilih hidup sebagai rakyat biasa. Pada tahun 2003, saat pasukan penjajah kafir AS dan NATO menceroboh Irak, Ridhwan Nuhaili dan banyak pemuda muslim Homs lainnya menyeberangi bumi jihad Irak. Mereka bergabung dengan mujahidin Ahlus Sunnah di kota Fallujah. Posisinya dalam regu sniper handalan mujahidin Fallujah membuatnya senantiasa berada di garis pertempuran terdepan melawan pasukan kafir AS dan NATO. Fallujah benar-benar menjadi kuburan bagi ribuan pasukan kafir Barat itu. Sekitar tahun 2008, Ridhwan Nuhaili kembali ke kampung halamannya di kota Khalidiyah, Homs. Beliau harus bekerja menafkahi isteri dan anak-anak yang telah ditinggalkan selama kurang lebih lima tahun masa jihadnya di Irak. Hanya sekitar tiga tahun setelah kepulangannya dari medan jihad di Irak, revolusi rakyat muslim Syria meletus. Rakyat muslim Syria melakukan aksi-aksi demonstrasi damai untuk menjatuhkan rejim Nushairiyah Syria yang telah menindas rakyat sejak lebih 40 tahun yang lalu. Ridhwan Nuhaili berada di barisan pelopor penggerak revolusi di kota Khalidiyah. Dari masjid jami’ An-Nur, beliau menggesa penduduk desanya untuk keluar dalam aksi-aksi demonstrasi menuntut turunnya rejim Nushairiyah Syria. Beliau tidak pernah berhenti membangkitkan semangat perjuangan dalam pelbagai aksi demonstrasi yang diadakan di desa-desa dan kota Khalidiyah.

Sungguh, semangat keperwiraannya masih sangat membara. Sudah tentu, pasukan dan pihak berkuasa rejim Nushairiyah Syria bertindak balas kepada  demonstrasi-demonstrasi damai itu dengan mengarahkan peluru senapang dan kereta kebal. Bayonet para tentara, polis dan tentera Syiah Shabihah membunuh anak-anak, wanita dan orang-orang dewasa di Homs dengan keji. Pembunuhan biadab itu juga dilakukan oleh tentara, polis dan tentera Syiah Shabihah di seantero wilayah Syria yang sedang bergejolak oleh semangat revolusi. Ridhwan Nuhaili tidak sanggup diam melihat kebiadapan-kebiadapan yang dilakukan oleh tentara, polis dan tentera Syiah Shabihah itu. Beliau tidak rela melihat penduduk desa dan kotanya disembelih dengan cara yang tidak manusiawi, padahal mereka tidak melakukan tindakan kejahatan apapun. Maka beliau pun mengangkat kembali senjatanya dan turun ke medan jihad untuk melindungi nyawa penduduk desa dan kotanya.


Di medan jihad, beliau menjadi sniper handalan yang telah banyak menewaskan tentara, polis dan sniper rejim Nushairiyah Syria. Laman-laman web tempatan Homs dan akaun-akaun facebook penduduk Homs sering menceritakan kepahlawanan dan ketangkasan Abu Hamzah sang sniper ulung ini, yang juga digelar “Mur’ib Ash-Shabihah” atau “pembunuh tentera Shabihah.” Selain seorang mujahid yang ahli menembak musuh dan melindungi rakyatnya, Abu Hamzah juga dikenali sebagai tokoh teladan dan orang yang dihormati dalam kalangan mujahidin Syria, beliau berwibawa dan disanjung. Hampir setiap hari beliau menyeru kepada seluruh mujahidin daripada pelbagai kesatuan dan kelompok jihad untuk bersatu. Beliau mengajak mereka untuk merapatkan barisan dan bahu-membahu melawan kebiadaban rejim Nushairiyah Syria. Kepada para tentara, polis dan perisik yang masih  bekerja untuk rejim Nushairiyah Syria dan membunuh rakyatnya sendiri, Abu Hamzah sering menyerukan agar mereka bertaubat, lari daripada kesatuannya dan bergabung dengan mujahidin. Dalam salah satu pesan terakhirnya, sebelum beliau syahid, Abu Hamzah mengajak mereka untuk memikirkan nasib anak-anak mereka dan bergabung dengan mujahidin sebelum kesempatan itu hilang. Syahid yang dicita-citakan akhirnya datang Abu Hamzah gugur dalam pertempuran pada hari Jum’at, 8 Februari 2013 di masjid desa Khalidiyah, Homs. Sang sniper gugur oleh peluru tentara rejim Nushairiyah Syria saat beliau melindungi ratusan warga desanya yang mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jum’at dengan mengusung slogan “Jum’at, berpegang teguhlah kalian dengan tali Allah dan janganlah kalian berpecah belah”.

 Abu Hamzah memang telah gugur di jalan Allah. Cita-cita syahidnya telah beliau temui. Namun namanya akan senantiasa tercatat dalam sejarah panjang jihad abad moden ini. Rakyat muslim Syria, khususnya penduduk kota Khalidiyah dan Daerah Homs pada umumnya, akan senantiasa meriwayatkan sejarah ketegaran dan kepahlawanannya di medan jihad. Semoga Allah menerima amal kebajikan Abu Hamzah Al-Qannash, menempatkannya di syurga yang tertinggi Al-Firdaus dan memberikan kesabaran kepada keluarga yang ditinggalkannya. Rahmat Allah mengiringi kepergianmu, wahai Abu Hamzah dan ridha Allah telah menunggumu, insyaa_Allah. (siraaj/arrahmah.com).




Semoga kamu bergembira di sisi Allah sekarang ini, ya Abu Hamzah...

No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...