Ini gambar asli - puluhan ribu rakyat menyambut kepulangan wira Palestin. Memang sangat ramai. Mereka bersesak-sesak. Ada yang mengibarkan bendera Palestin.
Cuma, gambar ini bukan di Kuala Lumpur. Ini gambar penduduk Palestin menyambut kepulangan wira mereka yang dibebaskan oleh Israel (sumber: haaretz.com).
Berpuluh-puluh ribu penduduk Palestin berarak sambil mengibarkan bendera sebagai tanda kemenangan dan menyambut kepulangan ratusan wira Palestin yang dibebaskan dari tahanan Israel setelah ditukar dengan Gilad Shalit, tentera Israel.
Kebanyakan daripada 477 tahanan yang dibebaskan itu telah dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh tentera Israel (The Associated Press Oct.18, 2011 6:24 PM).
Gambar di bawah pula menunjukkan pejuang Palestin berjalan gagah di jalan raya bagi meraikan pembebasan wira pemain bolasepak Mahmud Sarsak, dari penjara Israel pada 10 July, 2012 di bandar Rafah, Selatan Gaza. Sarsak telah mogok lapar selama tiga bulan kerana memprotes penahanan tanpa tuduhan di bawah undang-undang ala ISA Malaysia (Sumber gambar: AFP PHOTO/SAIDKHATIB).
Disertakan beberapa gambar wira Palestin yang sebenar! Bukan wira celup!
Itulah wira sebenar yang berjuang di bumi Palestin. Bukan yang datang masa aman dengan pakaian smart, dengan menaiki jet mewah.
Habiskan pembacaan di sini
Wira apa ke jadah...
No comments:
Post a Comment