KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum ke-12 mungkin merupakan pilihan raya terakhir di Malaysia. Pilihan raya selepas ini akan dikenali sebagai Pilihan Hakim 1. Kabinet bersetuju mempertimbangkan cadangan ini berdasarkan pencapaian kemenangan mudah Barisan Nasional di dalam pertandingan dua penjuru yang diumumkan oleh Mahkamah Persekutuan, di Bangunan Palace of Justice di sini hari ini. Semua rakyat dijangka mengalu-alukan langkah ini kerana ia lebih telus dan menjimatkan belanja dan tenaga.
Apabila pilihan raya diganti dengan pilihan hakim, tidak akan timbul lagi masalah ketidakpuasan hati pihak yang kalah kerana sebarang bantahan akan dianggap sebagai menghina mahkamah.
Langkah ini dijangka akan dicontohi oleh negara-negara dunia ke-3 dan ke-4 kerana Malaysia merupakan negara pertama melaksanakan pilihan raya menerusi pilihan hakim. Beberapa penduduk setempat memberi respons yang positif kepada cadangan ini. "Ia merupakan satu cadangan yang brilliant daripada pucuk pimpinan tertinggi negara yang selama ini hilang punca akibat kekalahan demi kekalahan yang dialami dalam pilihan raya kecil. 1Malaysia akan menyokong langkah ini" kata Mamak Zam Ala Kazam.
1MALAYSIA BOLEH!
45 comments:
tapi lepas tu dikatnya sistem mahkamah x telus dan corupt oleh pihak yg kalah..susah jugak camtu kan..
bila kalah, semua orang pun salah. hakim pun boleh salah. Kalau menang, takde pulak kata hakim tak telus
Salam Hasrol. Apa-apalah...
Salam Shah. Teliti fakta dan baharu buat kesimpulan. Kalau kesimpulan macam itu juga, hormati pendirian anda sendiri. Tapi jangan lupa, hormati juga pandangan orang lain. Selesai kes...
x dapek den nak nolong ngeeee
Salam..
Awas: Pemimpin yg tidak menjalankan amanah akan berjawab dgn Allah di Padang Masyar nanti
Salam Maiyah. Negeri Perak dijadikan model cubaan, macam tabung uji di makmal...
Salam Abdul Razak. Tepat apa yang anda kata. Ini termasuk kemimpinan rumah tangga. Suami tidak akan terlepas daripada tanggungjawab itu...
Tuan Samsudin,
Seperti yang diramal... Man U menang mudah 5 - 0 menewaskan Portsmouth baru-baru ini. Kemenangan Man U itu munasabah kerana bertarung dalam gelanggang yang sebenarnya dengan diadili seorang pengadil dengan dibantu 2 orang penjaga garisan...
Salam... Tahun 2020 (tahun yang kononnya Malaysia berada dalam era komdenan dan kehebatan) dah tak berapa langkah saja lagi... TAPI pemimpin negara kita terus 'menunjukkan kepandaian' yang menjadi bahan ketawa masyarakat luar di sana!
* malu seyyyyyyyyyyyy
sy sokong..demokrasi hanya menyebabkan seseorang itu mahu menjadi populis..sanggup tabur pelbagai janji manis bak madu tetapi bila kuasa ditangan, hempedu yang dihidang...agama juga mahu digadai, raja mahu dibaring di hadapan keretanya..ini semua demokrasi punye penangan..kepada kpd sistem Islam..musyawarah
Ulang semula ayat Babah...
apa-apalah...
dan tambah sikit...
Hanya DIA Hakim Yang Maha Adil lagi Bijaksana...
Salam Rusdi.
Kalau pengulas sukan mengulas seperti ini nescaya disuruh buat surat tunjuk sebab mengapa ulasannya berbau politik. Tuan Rusdi memang hebat! Saya suka...
Salam Umi_e. Ini yang dinamakan kepandaian MELAMPAU...
katun tu dari utusan malaysia?
Salam Sah. Apa-apapun, pemimpin yang mengabaikan kepimpinannya, akan menerima habuan yang lumayan di akhirat, termasuk pemimpin rumah tangga...
Endiem. Kartun tu babah yang bagi dialog. Apalah awak ni Endiem? Takkanlah keluar utusan pulak?
Salam Kakcik. Kakcik sihat ke? Betul kata Kakcik, Hakim Yang Maha Adil ialah Allah s.w.t. Keputusan Allah tiada siapa boleh mempertikaiankan...
je he he... lepas ni tak payah ada kempen daftar pengundi... hakim aje le yang beratur pegi ngundi.. sebab katun tu kabo hakim lebih bijak daripada rakyat..
Rasanya, ada beberapa kes tertentu, kita sebagai orang awam, dah boleh agak dengan yakinnya, apa keputusannya, kan?
hmmmm....
Salam Cemomoi. Semoga "Abdul Hakim" tidak seperti hakim. "Dia" pun tergelak apabila tahu perkara ini...
Salam Azie. "Public Opinion" lebih signifikan daripada "opinion" beberapa hakim.
Hakim sudah buat keputusan memenangkan pemerintah yang dikepalai Najib. Walaupun hakim sanggup langgar undang2 tubuh negeri Perak. Tak pa demi Umno.
Hakim akan campakkan anwar ke lokap besi walaupun segala bukti meragukan. Tak pa demi umno.
Tunggu dan lihat apakah akan terjadi pada status kerusi kota siputeh yang telah diisytihar kosong. Adakah akan menyebelahi umno juga?
melaungkan demokrasi kononnya demokrasi begitu cocok utk negara kita yg berbilang kaum.ttp prinsip demokrasi yg dilanggarnya.jd demokrasi kamu ini apa sebenarnya.walaupun polisi amerika kejam pd kaum kulit hitam,ttp pemimpin mereka yg mempunyai skandal tidak akan terlepas dr undang2.begitu juga israel yg dibenci mereka(kononnya) amat tegas dgn prinsip demokrasi,pemimpin yg sedang berkuasa pun boleh didakwa.malulah la sikit
Salam Budak Kampung. Semua ini berlaku akibat prinsip songsang "matlamat menghalalkan cara"
Salam Pacifist. Betapa ke hadapannya kita dalam pembangunan, betapa ke belakangnya kita dalam politik...
xpe... kasik can dulu. Rakyat akan menghakimi mereka dalam PRU seterusnya!!!
Salam Rohaifi. Dalam beberapa PRU lepas, perkataan yang sama kita ulangan. Tetapi yang menang "dacing". Rakyat tak mahu berubah juga + berlaku silap mata di mana-mana...
hehe..kadang2 sy terfikir,hr ini rakyat sbnrnye sudah mula buka mata..
namun kdng2 sy fikir jgk,sbnrnye masih lg terdapat rakyat yg masih buta akan segala-gala yang terjadi ini..
terimalah seadanya dengan hati terbuka.....
Salam Syah. Di negara ini lebih ramai orang buta hati daripada buta mata!
Salam Izazin. Lama sudah tidak bertandang di sini. Semoga sihat selalu. Hari ini tidak ada provokasi daripada anda!
sama-sama lah kita saksikan mana yang lebih baik nanti dan perubahan yang berlaku
Salam Cikgu Zam. Saya pun terpaksa menunggu...
kehikaman sudah byk kali diperkudakan oleh pmimpin2, susah dah org nak pecaya dgn ketelusan dan keadilan mhkamah, jom layari blog saya utk membaca artikel bapa kehakiman negara :)
Salam Bang Samsudin.
Saya sudah sediakan tutorial cara melapor kepada Google blog yang melanggar etika seperti blog AT. Abang boleh baca di blog saya. Ini URL nya:
http://ustazcahaya.blogspot.com/2010/02/cara-melaporkan-blog-yang-melanggar.html
Harap abang boleh siarkan semula tutorial itu di blog abang. Sebab blog abang lebih ramai pembaca. Lagipun, Google hanya akan bertindak jika ramai yang buat laporan. Setakat berbelas-belas laporan tidak akan ada kesan.
Ini saja dulu bang. Terima kasih.
Salam..
Peringatan utk hakim2..
" Jangan menganiaya saat kau mampu,
akibat penganiayaan adalah penyesalan juga, kedua matamu tidur, sedang yang teraniaya bangun, mohon dibalas kau sedang Allah selalu jaga"
Salam babah,
babah ramai peminat...entri yang sentiasa mendapat tempat di kalangan teman2..hehe...
Sama2 hayati kalam suci ini:-
"Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebaikan. sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."Ali 'Imran ayat 26.
Salam En.Samsudin,saya agak sibuk awal tahun ini untuk mencipta keriuhan.hehehehe Lain kali saya kacau blog u o.k.
Salam Mohamad. Sejak kebelakangan ini, orang yang cintakan keadilan dirundung duka...
Salam Ustaz. Insyallah akan saya canangkan...
Salam Shanizam. Dikatakan orang, antara 5 hakim, 4 akan masuk neraka. Wallahualam.
Salam Husin. Terima kasih atas sokongan...
Salam Izazin, berilah komen yang membina...
ah! hakim pun manusia gak. senang dibeli dgn wang ringgit.
sapa punya idea la ni.
maybe kos nak sogok hakim tu akan lebih tinggi berbanding kos PRU kan? haha
Post a Comment