26 February, 2010

Babah sudah memiliki telefon idaman, BlackBerry...


Sekarang babah boleh mengakses facebook, e-mel peribadi (samsudin.jidin@yahoo.com) dan e-mel rasmi (sudin@bnm.gov.my) serta blog babah Meniti Usia dengan mudah di mana-mana sahaja, hatta di bilik mesyuarat sehinggalah di bilik hajat seni (hajat kecil). Inilah rupanya Blackberry Storm 2 yang baharu babah beli.

BlackBerry Storm 2

Untuk menilai kehebatannya, anda boleh google dengan menaip BlackBerry Storm 2.



BlackBerry Storm 2

Pada hakikatnya...
Babah lebih berminat pada yang ini...


BlackBerry Bold 2

Namun...
Cawangan Celcom Blue Cube yang terbesar di Kuala Lumpur pun telah kehabisan stok BlackBerry Bold 2 kerana permintaan ke atas telefon ini yang sangat hebat.  Hampir seluruh Kuala Lumpur babah jelajahi hinggalah ke Pusat Membeli Belah Pavillion, Jalan Bukit Bintang (Blue Cube terbesar) untuk mencari BlackBery Bold 2. Tetapi, sia-sia...

BlackBerry Storm 2 baharu dilancarkan oleh Celcom pada kira-kira tiga minggu lepas, tetapi kurang popular berbanding BlackBerry Bold 2 yang dilancarkan sebulan  lebih awal. 

Kerana stok BlackBerry Bold 2 yang kehabisan dan perlu menunggu sehingga dua hingga tiga minggu baharu tiba, Babah terus membulatkan tekad membeli BlackBerry Storm 2. 

Alhamdulillah, selepas seminggu mengguna telefon genggam (bukan bimbit: bimbit bermaksud bimbing atau jinjing) ini, babah benar-benar berpuas hati. Jika ada rakan-rakan pembaca telah memilikinya lebih awal, sila berikan komen dan cadangan supaya babah dapat menggunanya dengan lebih efisien.













29 comments:

budak kampung online said...

KOOL phone.. he..he..

iBu...gUru said...

salam babah

Tahniah dah dapat yg diidamkan. Ibu guru lama dah ngidam BB ni tapi en. suami buat dono jer.

ajahare said...

CAYALAH..MY BABAH..

KaorU IchibaNa said...

tahniah!memang besh phone tu!

Cikgu Jang .. said...

wow....memang hebat...mahal ke harganya....teriugin pula nak memilikinya...

yohteh said...

...teringin juga... tapi susu getah tak banyaklah sekarang ni... harap-harap harga getah melambung... menoreh tetap menoreh...!

tukangkata said...

wah..tahniah ea..mengidam nak phone cam tu..tapi tak mampu lagi lah..
:(

Nurul Ain said...

nak jugak..hehe..

(^.^)

maiyah said...

wah.. ni yg jeles ngeee

Husin Husaini said...

Salam babah,,,

wah2 babah,tahniah lah..canggih gitu...sy xmampu lg...hehe...mg epy dh dpt idaman hati tu...

Mybabah said...

Salam semua kawan_kawan. Harga telefon ini tak mahal seperti yang disangka. Dapatkan maklumat daripada Celcom. Terima kasih kerana selalu datang ziarah babah.

Komen daripada BlackBerry.

Sharinginfoz said...

baguslah babah suka... apa yang penting benda alah ni dapat membantu kehidupan kita kan..

Cikgu Lin said...

Tahniah babah, kerana sudah dapat memiliki BB yg diidamkan, nampaknya tak berengganglah dengan BB tu macam husband saya.

jebat_berani said...

salam kekandaku babah...

hati ini hanya tuhan yang tahu..betapa hamba juga menginginkannya...namun hamba tidak berupaya untuk "menduakan" NOKIA E90 yang telah sekian lama hamba gunakan...besar sungguh jasanya sehingga tak sampai hati untuk hamba mengantikannya ataupun menduakannya...

akan tetapi pengarang jantung hamba(isteri) pada padi maulidur rasul sudah menyuarakan hasratnya untuk mengantikan NOKIA N95 8GBb beliau dengan blueberry ini..pening seketika hamba memikirkannya...namun demi insan tercinta terpaksa jua hamba usahakan...

semoga allah memberkati usaha hamba untuk mengembirakan insan tersayang ini..kepada NOKIA E90 ku..dikau tetap pujaan hati ku....

LanaBulu said...

Tahniah babah pasai telah memiliki idaman hati...
jgn sampai menggigau dah lah nanti tu..hee
nanti jelous pulak mem sebelah .
p/s-teman masih lagi kabur dgn black berry atau yg sewaktu dgnnya...

AYU IDRIS said...

Salam Babah!
Wahh...seronok sungguh ye dah dpt idaman ati!Alhamdulillah...dgn kemudahan yg ada senanglah Babah nak check email dan apa2 yg patut kan...so far Ayu blm lg dpt BB ni...dok usha2 jugak.Hubby pun dah booked BB minggu lepas,tp tak sure Storm ke Bold ni...nmpknya kena beli gakla BB ni!hehehe...

Kpd En Jebat Berani...jgn konpius ok...Blueberry tu keluaran CSL...klu yg tgh hot in market ni Blackberry...sebab baca kat komen tulis Blueberry...

Mybabah said...

Salam semua, BKO, Ibu Guru, Ajahare, KUIN, Cikgu Jang, Yohteh, Tukangkata, Nurulain, Maiyah, Husin Husaini, Sharinginfo, Cikgu Lin, Jebat, Lanabulu dan Ayu. Keseronokan perasaan babah saling tak tumpah seperti baru mendapat pakaian baru untuk berhari raya semasa kecil dulu. Nanti sesiapa sudah memilikinya, kita boleh kongsi maklumat penggunaan. Kepada Jebat, BlueBerry lain. Seperti yang Ayu kata,telefon itu keluaran CSL. Ok juga, tetapi tidak berapa sofistikated. Terima kasih semua.

monica said...

waaa..bestnya..congrate uncle..:)

eelobor said...

wow....semakin "advance" saudaraku babah

Mybabah said...

Hi Monica. Bagaimana dengan pelajaran. Sekarang guna h/p apa? Budak-budak sekolah jangan guna yang canggih-canggih. Nanti apabila sudah kerja, belilah mengikut kemampuan...

umi_e said...

Tahniah! Tercapai juga ayang yang diinginkan ya...

Mybabah said...

Salam saudaraku Eelobor. Sebenarnya, nak memudahkan kerja ofis sahaja. Saya sekarang "training consultant" yang bergerak ke sana sini. Ada telefon canggih sikit banyak membantu. Kena beli sendiri kerana yang dapat percuma hanya Pengarah dan Timbalan Pengarah. Milik sendiri lebih baik. Suka hati nak buat apa-apa...

Mybabah said...

Salam Umi_e. "Orang rumah" dah mula menjeling dan minta ajar macamana nak baca e-mel d.s.b. Dah mula nak memantaulah tu. He...he...

rosnanie said...

salam babah, cantik tepon tu
personal opinian sy, sy lg minat yg babah beli dr yg babah idamkan tu. Rasanya, secara outlook, BB Bold tu tk jauh beza ngn Nokia Eseries, kalau yg storm tu nampak kelainannya... touch skrin ke tu babah?

Mybabah said...

Salam Ros. Ya, "touch screen" dan amat sesuai untuk layari internet. Mungkin serba salah waktu membeli apabila dengar permintaan kepada bold lebih hebat daripada storm. Harap-harap tak salah pilih...

jebat_berani said...

hehehehe..silap taip la bang...nak taip black berry tertip blue berry....kuang,kuang,kuanggggg..

Md Nizar Parman said...

Salam BABAH,
Wah, sudah berj(g)aya nampaknya! Tahniah. Saya pula sedang mencari Nokia 3310 versi lama. Entah, kenangan lama tiba-tiba menjelma. Hehehe... Mungkin untuk dijadikan telefon genggam yang ketiga selepas Motorola dan Nokia.

jebat_berani said...

kepada Md Nizar Parman,model nokia 3310 begitu banyak dipasaran walaupun ianya adalah model lama...ini kerana ianya masih mempunyai peminat memandangkan model ini begitu lasak dan senang dikendalikan...

pagi ini ketika berjalan di pasar karak(pasar pagi belakang petaling street) hamba ada melihat model ini dijual..harganya dalam lingkungan rm50-rm80 bergantung kepada keadaannya...

hamba juga berhajat mendapatkannya satu untuk kegunaan sampingan....

Anonymous said...

Salam Babah,
alhamdulillah dapat blackberry sama dengan pengarah..I ada blueberry CSL, ada "mobile TV".semuga hidup babah lebih ceria dan "connected 24/7"Teringin juga nak memnbelinya...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...