07 February, 2010

Aku Pemburu Jin 3


Pemberitahuan: Memandangkan masih ramai yang tidak memahami perbezaan antara syaitan manusia dan syaitan jin, maka entri kali ini akan terus menghuraikan hal-hal  yang berkenaan. Kaedah menangkis gangguan syaitan jin ini akan dijelaskan pada entri yang akan datang, insya-Allah.

Terlebih dahulu, mari kita perhatikan surah an-Nas di bawah:


1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
2. Yang menguasai sekalian manusia,
3. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
4. Daripada kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam,
5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,
6. (Iaitu pembisik dan penghasut) daripada kalangan jin dan manusia".

Oleh itu, yang jahat bukan sahaja syaitan dalam kalangan jin, tetapi juga syaitan dalam kalangan manusia. Ini memperkukuh peringatan Allah dalam surah al-An'am: ayat 112:

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh daripada syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu mengehendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (daripada perbuatan yang kufur dan dusta) itu"
Nabi SAW berkata: “Sesungguhnya syaitan (daripada golongan jin) itu berjalan dalam diri manusia mengikuti perjalanan darah, maka dengan itu aku khuatir bahawa syaitan akan melemparkan sesuatu kejahatan dalam hati kamu" (HR. Bukhari Muslim).

Syaitan jin termasuk makhluk ghaib/halus yang dapat menyelinap ke seluruh tempat dalam keadaan apa sekali pun. Dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia mengikuti aliran darah sehingga dapat menggoda dan menyesatkan manusia sebagaimana yang dinyatakan oleh hadis di atas.

Ada "dukun" mengatakan mereka berjaya menangkap
jin seperti gambar di atas"

Selain itu, dorongan kejahatan boleh datang dari dalam diri kita melalui hawa nafsu yang membantu syaitan jin memudahkan kerja mereka.  Seseorang manusia sukar menjadi jahat dengan hanya terdedah kepada syaitan jin dan iblis, tetapi seseorang manusia amat mudah terjerumus kepada kejahatan hasil daripada pengaruh syaitan manusia yang menjadi sahabatnya.

Ingatlah bahawa setiap kali kita melakukan kejahatan dengan mengingkari perintah Allah, Allah akan menghadiahkan  kita seekor syaitan dari golongan jin bernama Qarin yang menjadi satu lagi teman setia yang tidak lekang yang akan terus menggoda dan menjerumuskan kita ke neraka, seperti ayat al Qur'an Az Zukhruf 43:36

"Dan sesiapa yang tidak memperdulikan pengajaran (al-Quran yang diturunkan oleh Allah)
Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), 
lalu jadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya"









2 comments:

Maiyah said...

mmg ada perbezaan..

mazru said...

salam babah,
terima kasih atas peringatan

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...