21 January, 2010

BUAYA...


Buaya Darat 
Buaya darat merupakan satu spesies "haiwan" berkaki dua. Buaya jenis ini juga dikenali sebagai "haiwan" mata keranjang, kaki betina/perempuan, donjuan, romeo, kasanova dan kadangkala disebut hidung belang. Reptilia berupa manusia ini suka menukar-nukar pasangannya dan meninggalkan mereka setelah dinodai. Tabiat buaya darat yang gemar "memakan" mangsa secara berhelah telah dibuktikan benar oleh satu saluran TV terkemuka "National Geography" yang merakamkan secara "live" gelagat sang buaya ketika berada di darat.   



Buaya di Darat
Apabila sang buaya berada di darat, haiwan itu tidak dapat bergerak aktif kerana ruas kakinya yang pendek. Ini menimbulkan kesukaran kepada sang buaya untuk mengejar mangsanya. Tiada jalan lain bagi sang buaya untuk memerangkap mangsa mereka di daratan, selain daripada mengangakan mulut seluas-seluasnya dan menanti mangsa masuk ke mulutnya sebelum di"ngap". Semua ini dipelajari oleh sang buaya daripada buaya darat.

Buaya di Air
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis buaya di air, seperti buaya katak, buaya tembaga, buaya jenjulung, buaya jolong-jolong, buaya serunai atau aligator.  Hampir kesemua buaya ini tinggal di air tawar. Buaya yang paling dikenali dan amat berbahaya ialah Bujang Senang (bukan Bujang Susah) yang menghuni Sungai Rejang di Sarawak. Tetapi kini, buaya di laut semakin menunjukkan taringnya...


Buaya dilihat di Tanjung Tuan, Port Dickson

Gambar di atas dirakamkan di Tanjung Tuan, Port Dickson oleh Encik Khoo Swee Seng. Beliau merupakan salah seorang ahli Pencinta Alam Malaysia (MNS).  Menurut beliau, buaya yang dipercayai buaya air masin atau nama saintifiknya, estuarine crocodylus prosus, muncul kira-kira 20 meter dari pantai selama kira-kira 30 minit dan kelihatan bergerak melawan arus ke arah selatan.



Kaki dibaham buaya di Corus Paradise Resort, Port Dickson

Seperti buaya darat dan buaya di darat, buaya di laut juga boleh mengganas. Gambar di atas dirakamkan oleh salah seorang keluarga mangsa yang dibaham buaya pada kakinya baru-baru ini ketika sedang bermandi manda di tepi pantai Corus Paradise Resort.

Pesan Babah:
Dunia semakin sempit. Bahaya berada di mana-mana. Kalau dahulu, buaya hanya ditakuti di sungai-sungai yang besar, tetapi kini buaya sudah mula bermaharajalela di laut pula. Namun, ada yang lebih bahaya daripada itu, khususnya kepada anak-anak perempuan atau adik beradik perempuan kita, iaitu bahaya daripada dibaham sang buaya darat yang tubuh badan mereka menyerupai manusia. Berwaspadalah...






Peribahasa Melayu berkaitan dengan buaya
1. Adakah buaya menolak bangkai - orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk membuat kejahatan;
2. Air tenang, jangan disangka tiada buaya - orang yang tidak banyak cakap itu, jangan dipermudah (jangan disangka tiada beranil);
3. Bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau - perbuatan yang sia-sia itu ditertawakan orang;
4. Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh buaya, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil-kecil - kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang besar, jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil;
5. Tak akan terlawan buaya menyelam air - tidak mungkin kita melawan orang yang kaya (berkuasa, pandai, dll); dan
6. Tak usah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai juga (sedia) - tidak usah diajar orang yg sudah tahu.


43 comments:

jan.naimah said...

ngeri ngeri

Mohamadazhan.com said...

salam babah,

orang melayu dahulu sudah berpesan tentang buaya, orang melayu sekarang mudah lupa..hehe

amalhaj said...

assalamualaikum tuan!
buaya, buaya-buaya, mmebuaya, membuayai, kebuayaan.
(buaya = crocodile adalah satu jenama yang paling popular untuk orang lelaki)

eelobor said...

salam babah, ada sedikit kemusykilan berhubung penafian bahawa wujudnya makhluk bernama "buaya" di pantai PD. ada komen?

Unknown said...

Salam Annas. Annas patut lebih ngeri kepada buaya yang pertama ok. Jangan risau pada buaya yang lain-lain dulu.

Unknown said...

salam.. he..he.. Buaya setanjung makan tak habis (Sindiran kepada orang yang terlalu gemuk)

Bujang Senang? - pernah dengar nama ini di perairan sarawak.. he..he

Unknown said...

Salam Mohamad. Orang sekarang hanya pandai mengeluarkan air mata buaya. Mohamad cari apakah maknanya air mata buaya?

Unknown said...

Salam Amalhaj. Semua itu memang dinyatakan di dalam Kamus Dewan Edisi ke-3. Saya takut nak pakai istilah-istilah tersebut terutamanya istilah kebuayaan, takut nanti Kementerian Pelancongan menjerit pula sebab bunyi hampir sama dengan kebudayaan.

Unknown said...

Salam eelobor. Saya menerima berita ini daripada emel kawan. Tiada pengesahan. Hanya gambar menjadi bukti. Atas alasan, apa untungnya berita ini direka-reka, maka saya ambil berita itu sebagai bahan N3 kali ini. Saya juga fokus pada isu lain supaya jika didapati berita ini palsu,masih ada lagi iktibar lain yang boleh diambil. Saya turut bertanya dengan kawan-kawan dan mereka yakin akan berita tersebut. Wallahualam.

Unknown said...

Salam BK. Terima kasih dengan perumpamaan yang diberikan. Ini kali pertama saya dengar. Menarik! Jazakaullahu khairan kathira.

black_mel said...

wow...teruk luka tu...tp diorg ckp bukan buaya..

Unknown said...

Salam black mel. Wallahualam. Ada juga yang mengatakan belut laut.

daun kesum said...

salam babah,.

banyak info sungguh ntry kali ni,.

buaya darat,.buaya di darat.dlm air,.
buaya darat seram jgk,.sbb susah nak cam,.
rupa lebih kurang,,perangai buruk siapa yg tahu.,
tp buaya di darat atau di air mungkin fizikalnya mudah dikenalpasti,,,.

cikti setiap kali tngok gmbar kski tu di srt khabar dan kat blog babah mmg naik seriau,.
naik bulu roma..,

greenhall said...

salam babah. apa khabar? maaf lama tak ziarah. sibuk akhir2 ni..

hm, bahaman buaya darat memang tak membawa luka di jasad. namun, luka di hati tak akan padam apabila terkena bahaman tersebut. haha. so,anak dara dan janda; malah siapa2 saja memang patut berwaspada dengan buaya bebadan manusia yang babah sebutkan. hehe.. benda ni memang kita selalu kena ingatkan.

berkenaan alor setar.. keadaan biasa2 saja. ustaz azizan memang nampak cool, slow n steady.. tak banyak perubahan drastik yang dilakukan. sorakyat pun tak rasa kejutan walaupun tampuk pemerintahan dah berubah. dengar kata, ramai yang dah convert jadi muslim sejak pas memerintah di sini. alhamdulillah..
cuma ada segelintir otai pas yang tak puas hati dengan ustaz azizan kerana dia tak buat perubahan yang drastik seperti yang dorang harapkan.. dorang kata ustaz azizan terlampau slow, terutamanya dalam bab2 membanteras perkara lagho seperti pusat hiburan, kedai judi, dan penjualan minuman keras..

Maiyah said...

dah x selamat le kat pantai

Nida n' Hanafi said...

Salam Babah...

Cerita pasal buaya ni teringat ler pula pada mendiang Steve Irwin..

Abd Razak said...

Salam...

Manusia menyerupai buaya itu bahaya kerana ia boleh menyembunyikan keganasannya

Unknown said...

Salam CikTi. CikTi naik seriau? Nanti babah tengok apa makna seriau dalam Kamus. Babah rasa babah tahu. Seriau = seram.

Unknown said...

Salam Greenhall. Babah khuatir dan takut memberi telahan negatif kepada Ustaz Azizan, walaupun cerita mengenai beliau selalu negatif. Selalunya babah kaji dulu secara mendalam macam kes Anwar Ibrahim apabila mula difitnah. Kita kena takut subhat memanjangkan fitnah orang...Terima kasih GH.

Unknown said...

Salam Maiyah. Nanti tengok-tengok juga anak apabila berkelah ke pantai. Di laut, ampai-ampai dan belut laut juga berbahaya...

Unknown said...

Salam Nida. Steve Edwin ke yang meninggal dunia kerana ekor pari? Saya suka tengok aksi beliau yang berani dan kelakar...

Unknown said...

Salam Razak. Saya kenal beberapa buaya tembaga dalam kalangan kawan-kawan saya. Sebenarnya, dengan kita mereka sangat baik. Tetapi, buaya, buaya juga. Dah tak larat nak nasihat.

Unknown said...

Kes boya ni...pun masih ada kutu yg cuba menafikan akan kewujudan boya ayaq masin ni..
Apa tujuan teman tak pasti tapi seolah2 nak melepas dari bebanan je...kaitkan pula dgn ikan yg lain bukannya boya...
Begitulah sikap kita..bila dah maut beberapa orang baru kita nak terhegeh2 pi cari benda alah ni...
Semoga semua pihak beringat semasa nak mandi laut atau pun sungai..dah tak boleh ambil ringan lagi dah laa ni..

nurimo said...

Ana takut buaya laut,habis dah pasir sekerat negeri buat pergi kota Singa.

Nampaknya SPRM ramai dah tangkap tapi tak tau lekat kes ke tidak.

terokai seni said...

usah diajar buaya darat dok di air, nanti lemas dia.. peringatan babah sangat baik untuk kaum hawa

greenhall said...

betul babah. takut bersubahat dengan fitnah.



thanks ingatkan..

Anonymous said...

tentu sakit kan klu kena gigit buaya..adushh..cian pada org yg kena gigit tu..confirm kaki dia kena jahit..adessss..

Khaulah Al-Azwar said...

Salam babah,
ni orang baru ziarah blog babah..entri yg penuh makna...bahaya ada di mana2...sumanya menakutkan...perlu hati2 dan waspada selalu...

azieazah said...

Buaya semakin ramai sekarang ni. Buaya pun sudah tak makan ayam lagi... sudah memilih...

Unknown said...

Salam LB. Terima kasih. Penafian menjadi senjata pihak kapitalis mempertahankan kepentingan mereka sehingga sanggup menggadaikan nyawa orang ramai.

Unknown said...

Salam Nurimo. Sindiran ringkas tetapi sarat dengan mesej...

Unknown said...

Salam Cemomoi. Kita ajar buaya darat supaya takut Allah...

Unknown said...

Hai Monica. Awas, di sana pun banyak buaya darat...

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Banyaknya buaya!
Boleh tangkap ambil kulit buat beg, kasut dll.
Orang dulu2 menguliti manusia (buaya darat?) dan kulitnya khabarnya dibuat gendang atau alat nobat... waulahualam.

atie said...

Salam Mybabah..

Buya paling bahaya dalam dunia buaya yang bernama buaya darat la... takut...

al-lavendari said...

entri yang bermaklumat dan mengingat. kalau anak gadis di peringatkan supya berwaspada dengan budaya darat, apa pulak nasihat nak di berikan kepada anak teruna saya.. sebab sekarang ni anak teruna pun makin terancam selain banyak yang mengancam.

Che' Pit said...

erk kesimpulannya tak kira lah buaya di darat ke, buaya di air ker, semua nya bahaya, tul tak babah? ngeh ngeh ngeh..

orang muo said...

salam tuan, zaman sekarang buaya tak suka tinggal disungai-sungai atau tasik, buaya sekarang sudah berevolusi mengikut keadaan dan masa...hihi

Lia3003 said...

mandi kolam je lah nampaknya..hehe

rosnanie said...

salam babah
saya pn dapat email pasal buaya tu, tp kata berita, bukan buaya tp spesis ikan, macam tak logik jer kan?

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

setiap wanita harus sentiase berhati2 dengan "buaya darat".. mereka hanya ingin memuaskan nafsu mereka saje tanpe fikirkan kesan yang akan dialami oleh setiap wanita yang dah di"cair"kan serta dinodai oleh mereka yang x berperikemanusiaan nie.. :)

anakmuaallaf said...

Salam,
Kesimpulannya "buaya darat" dan buaya air tu sama jahat dan sama ganasnya..

ummu said...

buaya darat lagu bahaaya kot mybabah.
erm tapi yang di PD tu katanya bukan buaya dan bukan yu.habis apa ya?

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...