Masih terpahat dalam ingatanku satu peristiwa lucu semasa aku berada dalam darjah dua. Ketika ustaz sedang sibuk mengajar, Ahmad, kawanku yang paling nakal di dalam kelas menganggu kawan-kawan lain yang sedang tekun mendengar ajaran ustaz. Dengan nada berang ustaz memanggil Ahmad , "Mat, mari sekejap" panggil ustaz. "Ya ustaz, ustaz panggil saya ke?" Ahmad ingin mendapatkan kepastian. "Ada sesiapa lagi bernama Ahmad di dalam kelas ini?", tanya ustaz. "Tak ada, ustaz" jawab Ahmad gagap. "Kamu orang Islam atau orang bukan Islam" tanya ustaz kepada Ahmad. "Tentulah orang Islam, ustaz" jawab Ahmad pantas. Ustaz bertanya lagi "Jika kamu mengaku sebagai orang Islam, rukun Islam enam atau tujuh? Jawab dengan betul, jika tidak saya beri kamu hadiah ini" kata ustaz kepada Ahmad sambil menunjukkan sebilah rotan.
Baharu Ahmad sedar bahawa dia cuba diperangkap oleh ustaz kerana membuat bising ketika ustaz mengajar. Walaupun agak panik ketika menerima pertanyaan itu, Ahmad lega sedikit kerana diberi pilihan dua jawapan, enam atau tujuh. Tanpa membuang masa Ahmad menjawab dengan selamba "enam ustaz". "Kamu jawab enam? Hulur tangan kamu". Zarghhh... "Adoi!" rintih Ahmad. "Sekarang, saya ulangi pertanyaan saya, rukun Islam ada enam atau tujuh?" ustaz mengulangi semula soalan yang sama kepada Ahmad. Kali ini Ahmad dengan yakin menjawab "tujuh ustaz". "Hulur tangan kamu yang sebelah lagi" kata ustaz kepada Ahmad. Zarghhh...Ahmad tunduk kesakitan.
"Rukun Islam ada berapa semuanya murid-murid" tanya ustaz kepada murid-murid di dalam kelas. "Lima ustaz" murid-murid menjawab serentak. "Mat, rukun Islam ada berapa?" ustaz mengulangi pertanyaannya kepada Ahmad. "Lima ustaz", Ahmad menjawab dengan suara yang perlahan. Dia bukan sahaja malu kerana tidak dapat menjawab soalan yang mudah, tetapi juga diberi hadiah kenang-kenangan yang akan kekal di tapak tangan untuk beberapa hari. Sekarang saya mahu bertanya kepada kamu soalan yang kedua, "Rukun Iman ada berapa pula, lima atau enam?" Ahmad sudah mengetahui muslihat ustaz, lantas tanpa berfikir panjang dia menjawab "tujuh ustaz". "Tujuh ye?" Zarghhh....
Pesan Babah:
Beberapa iktibar yang boleh kita ambil daripada peristiwa di atas ialah:
1. Membuat pilihan memerlukan ilmu, meskipun pilihan yang ada hanya dua.
2. Jawapan yang tepat tidak semestinya berada dalam pilihan yang diberikan. Berfikirlah sebelum memilih.
3. Jangan terperangkap antara dua pilihan kerana banyak jawapan yang lebih baik berada di tengah-tengah, seperti kaya atau miskin, cantik atau hodoh, cerdik atau bodoh.
Di akhirat kelak, aku berada di syurga atau neraka?
48 comments:
Salam,
Dunia sekolah sekarang amat berbeza dengan zaman dahulu.. kalau dulu setakat merotan , ibu bapa akan menyokong kerana kebaikan anak2... zaman sekarang tidak boleh dilakukan sewenang2nya... silap2 haribulan terkena batang hidung sendiri...
Sebab itu pelajar2 sekarang amat berbeza dengan dahulu...
salam..suka mmbaca entry ni..menunjukkan tanpa ilmu n pegangan..mudahlah dipermainkan.
Salam Anismi. Memang berbeza sangat cara pendidikan dulu dan sekarang. Rasanya,pegangan dan pemahaman orang dulu dari segi ilmu lebih mantap berbandingan dengan anak-anak zaman sekarang. Persoalannya, bolehkah pendidikan cara lama dipakai semula pada zaman ini?
Sekarang ni jeling pun sepatutnya tak boleh apatah lagi merotan. Tapi ramai ibu bapa faham kalau sesekali cikgu tu mengenakan tindakan disiplin kepada anak-anak mereka. Janji jangan sampai berbentuk mendera.
Salam Razi. Dalam membuat pilihan, kadang-kadang orang dewasa pun mudah terpedaya. Contohnya, pilihan antara menabung dan melabur.
Salam Aida. Sekarang ini rotan untuk mendidik anak sudah tidak laku jika dijual. 100% rotan dibuat perabot.
hehe.. menarik.. tapi masa skolah dulu pun slalu tersilap antara rukun islam n rukun iman ni hehe.. tingat balik lak
Salam Maiyah. Jangan sampai tersilap lagi ye. Kalau tersilap rukun negara tak apa. Satu lagi rukun nikah. Rukun tertangga tak termasuk kerana kita kena hidup rukun dan damai....
Post yang menarik,...cerita yang jelas, message yang terang,.. betapa bergunanya ilmu di dunia ini, tiada lah para ulama, tokoh ilmuwan, imam para mazhab, cendikiawan perubatan dan matematik mahupun fizik, pelayar serta pengembara dunia dan manusia hebat yang lain, telah menjadi orang yang dikagumi dan punyai pengikut yang ramai hingga kini dan yang pasti, mereka berjaya kerana mereka suka mempelajari ilmu dan mengajar ilmu tersebut serta menulisnya semula(kitab)...
alangkah baik jika orang seperti babah yang mempunyai berbagai berpengalaman dalam hidup, akan terus memberi nasihat dan rajin menulis, agar menjadi sedikit petunjuk dan panduan kepada pengunjung blog ini untuk menjalani kehidupan seterusnya terutamanya orang2 muda...hehe..~...
terima kaseh babah kunjungi blog saya,...insyaALLAH, mungkin kita boleh berbual dan bertukar pendapat melalui email,..thanks...~
salam babah....bila jer abis baca entri ni, eelobor tergelak lak. ada unsur kelakar walau msg yg ingin di sampaikan mmg ckup bermakna. TQ
Salam babah..
saya juga suka memerangkap pelajar2 saya dengan teknik ni... sbg pengajaran supaya jangan buat bising dlm kelas :-)
sekarang orang panggil saikologi...jadi hancur lebur anak-anak remaja kita. Sepatutnya rotanlogi mesti dibuat juga. Sebab tulah dalam Islam 10tahun tak solat dah boleh sebat.
kalau payah nak rotan pelajar kini jom kita pakat rotan menteri pula pada PRU 13 nanti.
Salam Babah,
menarik catatan Babah. Dalam kelakar, tersirat pengajaran yang amat bermakna. Terima kasih, Babah. :)
moral of the story: jangan nak tunjuk or berlagak pandai/tahu kalau mmg tak tahu.. nanti x pasal2 dpt "ganjaran" nya
Salam...
Imam As-syafiee ketika sedang menunggang kuda ditanya oleh sekumpulan anak-anak yang ingin menguji beliau, "Ada berapakah kaki kuda yang ditunggangkannya." Beliau tidak menjawab sepontan malah turun dari kuda itu & mengira kaki kuda itu. Selepas itu baru dia menjawab, "Empat". Betapa ilmu itu perlu kepada ketelitian.
thanks.. memang cara penyampaian sangat mantap...... ilmu sangat penting......
Amanah Saham, OK Ke???
Jom Ajar Anak2….
mula-mula saya ketawa sampai tak sedar diri membaca kisah ahmad tu. lepas tu bila baca pesan babah saya sedar diri balik. nasib baik !
Pengajaran seterusnya adalah : Tertib semasa berada dalam kuliah ilmu..
Tindakan cikgu yg bijak dapat mendidik sipesalah dan juga orang lain...
Namun hukuman rotan 'kartini' (betoi ka nama ni?)masih belum dapat dilaksanakan walaupun diminta oleh yg empunya diri(pesalah)..renung2kan lah...
salam mybabah,
dalam exam kena la jawab rukun iman ada 6, dah itu yg ustaz ajor masa sekolah. heeee..
disekolah kami diajar kena jwab soalan periksa , heeeee
Seronok baca secebis kisah nostalgia..
heheheh.. saya dulu Ustaz akan tanya rakaat solat.. Sapa tau jawab, masuk dlm lukisan bulatan yg dilukis di lantai kelas... kalu betul, boleh balik...
sapa salah, tunggu la sampai senja.. mula lah cebik muka.. heheheh
Betul. Bukan semua pilihan yg diberi adalah tepat dan terbaik buat kita...
baru dpt masuk kt blog babah.,
si mat tu mungkin sebab panik sangat sbb tu dia jawab macam tu,,
mungkin juga dia memang x tahu,.
salam babah
dalam lucu, tersirat mesej yang sarat. Betul cakap babah, dalam hidup kita ada pelbagai jenis pilihan, dan untuk membuat pilihan juga perlukan ilmu, tp kalau tak belajar macam mana nak dapat ilmu kan? Ilmu pn bukan boleh dapat kalau kita makan ubat nak bagi genius
Salam Daud. Anak muda seperti anda yang mencintai ilmu pasti akan menghimpun lebih banyak pengalaman untuk disebarkan kepada umat. Ketika saya sebaya anda, saya sedang sibuk dengan dunia perniagaan (dunia yang mementingkan diri sendiri) untuk mengejar kekayaan. Tetapi sampai sekarang pun tak kaya-kaya. Teruskan menulis kerana anda amat berbakat dalam bidang itu (penulisan).
Salam eelobor. Setiap peristiwa yang terjadi akan berlalu sia-sia jika tidak diambil pengajaran melaluinya...
Salam Nida. Budak-budak sekarang rasanya lebih cepat mengesan teknik ini. Golongan orang lama agak "lurus bendul" berbanding gen sekarang...
Salam Abu Muaz. Ada saintis mengatakan hukuman rotan boleh mengeluarkan enzim yang berguna pada tubuh badan. Wallahualam.
Salam Kakcik. Orang zaman sekarang kata "blended learning". Sistem pembelajaran yang dicampurkan dengan unsur-unsur yang boleh menarik minat pembaca.
Salam CekPit. Orang yang berlagak pandai orang yang sombong. Orang yang sombong biasanya sukar menerima ilmu. Orang rendah diri (yang tidak melampau) lebih mudah mempelajari sesuatu. Wallahualam.
bagus juga mat ni... brani kerana takut... menjawab le juga walaupun salah.. lepas tu blaja pulak dari kesilapan... cuma lambat menangkap aje
Salam Razak. Contoh yang Razak beri amat relevan dengan cerita saya. Jazakaullah...
Terima kasih Sharinginfo. Cuba cari nama Sharinginfo di blog anda, tetapi tak jumpa. Susah nak panggil apa.
Salam al-lavendari. Tuan juga pasti ada cerita-cerita kelakar yang boleh diambil iktibar. Saya yakin kerana tuan sangat pandai berwacana...
Salam LB. Dahulu kita sangat menghormati guru. Tak tahulah bagaimana budak-budak sekarang?
Salam BluE. Sekarang lagi penting kita mendalami ilmu. Banyak berlaku kesilapan pemahaman semasa belajar di sekolah. Semakin dewasa kita semakin dituntut memperdalam ilmu.
Salam Azieazah. Semakin usia bertambah semakin terasa manis cerita-cerita atau pengalaman-pengalaman lama yang kita tempuh. Itu sebab jika berjumpa kawan lama, pasti tak cukup masa untuk berbual...
CikTi, Si Mat tak tahu + panik.
Salam Ros. Saya selalu salah apabila disuruh membuat dua pilihan. Inikan pula jika ada banyak pilihan....
Salam. Saya putus hubungan dengan Mat selepas tamat sekolah rendah. Saya rasa dia berjaya dalam hidup kerana kebanyakan rakan-rakan lain yang nakal (bukan jahat) dan aktif seperti itu ramai yang berjaya. Wallahualam.
assalammualaikum
bijak betul ustaz tu
Salam Babah,
Entri yang baik buat renungan kita yang kadangkala lalai dan leka, terutama yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar. Realitinya hari ini, bukan MASIH ada budak seperti Mat, tetapi SEMAKIN RAMAI budak-budak Melayu Islam jadi seperti Mat. Tak percaya, tanyalah ustaz2 yang menjalankan Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA) di sekolah rendah. Dan salah satu rukun yang jarang diajarkan atau diingatkan ialah Rukun Ihsan.
Salam Cikgu Normah. Ada kala budak-budak perlu ditangani cara yang begitu...
Salam Cikgu Nizar. Betul ke ada Rukun Ihsan? Memang ada Islam, Iman dan Ihsan. Tetapi rukun ihsan satu sahaja, iaitu “Engkau mengabdi kepada Allah seperti engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.” Itu sahaja yang saya tahu. Oleh sebab hanya satu, ia tidak mempunyai rukun. Wallahualam.
Salam samsudin,
Kak nak ucapkan rasa terima kasih (syukur) kpd Allah SWT krn memperkenalkan kak kpd orang2 yang Allah kurniakan kebijaksanaan seperti samsudin dan ramai lagi rakan blogger sama ada yg ada menegur kak atau sebaliknya.. sesungguhnya dgn mengenali alam blog ni banyak mengembangkan pemikiran.. di samping merujuk buku2, dgn bertukar fikiran dalam blog banyak membantu diri kak dlm menghadapi masalah kesihatan.. Alhamdulillah.
Rasanya ungkapan kak ni betul tak? dan nanti samsudin kena jwb MasyaAllah, dan yg lain2 spt dlm N3 kak tu.
Tp ungkapan kak di atas mmg benar2 dp hati kak. terima kasih kpd Allah dan lpdmu jua.
Salam Babah,
(Saya petik daripada sebuah laman web negara jiran)
Diriwayatkan dari Umar b. Khattab r.a.:
"Ketika kami sedang bersama Rasulullah s.a.w. pada suatu hari datanglah seorang
laki-laki yang berpakain putih bersih, berambut hitam kelam, dan tidak nampak
padanya bekas-bekas perjalanan jauh, namun demikian tak satupun dari kami yang
hadir mengenal orang itu. Lalu orang itu duduk berhadapan dengan Nabi s.a.w.
begitu dekatnya sehingga kedua lututnya bersentuhan dengan lutut Nabi s.a.w.,
bahkan ia pun meletakkan kedua telapak tangannya di atas paha Nabi s.a.w.
Lalu orang itu berkata: 'Wahai Muhammad, jelaskan padaku tentang ISLAM'.
Rasul menjelaskan: 'ISLAM adalah:
1. Kesaksian tiada tuhan selain Allah dan Muhammad utusan Allah.
2. Shalat.
3. Zakat.
4. Puasa Ramadhan.
5. Haji, jika mampu'.
Lalu orang itu berkata: 'Benar engkau'.
Kami pun terheran-heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan.
Lalu orang itu berkatai: 'Jelaskan padaku tentang IMAN'.
Rasul menjelaskan: 'IMAN adalah mempercayai:
1. Allah.
2. Malaikat-malaikatNya.
3. Kitab-kitabNya.
4. Rasul-rasulNya.
5. Hari Akhir.
6. Taqdir Baik dan Buruk.'
Lalu orang itu berkata: 'Benar engkau'.
Orang itu berkata: 'Sekarang jelaskan padaku tentang IHSAN'.
Rasul menjelaskan: 'IHSAN adalah:
1. Dalam ibadahmu engkau seakan-akan melihat Allah, dan kalaupun engkau tidak
melihat Allah engkau merasa sedang dilihat oleh Allah'
Lalu orang itu berkata: 'Benar engkau'.
Lalu orang itu bertolak pergi, aku pun diam terpana.
Rasul s.a.w. berkata: 'Hai Umar, tahukah engkau siapa orang yang datang
bertanya tadi?'
Umar menjawab: 'Allah dan RasulNyalah yang lebih tahu.'
Rasul berkata: 'Dia adalah Jibril, datang padamu untuk mengajarimu tentang
agamamu.' " (Hadits Shahih Riwayat Muslim)
Dari hadits di atas dapat disimpulkan bahwa agama yang diajarkan oleh Jibril
adalah agama yang mengandung aspek:
1. Islām (Rukun Islam),
2. Īmān (Rukun Iman),
3. Ihsān (Rukun Ihsan).
Tapi mengapa yang populer di Indonesia cuma Rukun Islam dan Rukun Iman saja?
Mengapa rukun ihsan tidak popular? Ke mana Rukun Ihsan?
Perkembangan Berikutnya Setelah Rasulullah s.a.w. meninggal, terutama di
zaman tabi'in dan tabi'ut tabi'in, berlangsunglah pengkajian-pengkajian yang
luas dan mendalam atas apa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
Rukun Islam yang berisi ketentuan-ketentuan ibadah (syahadat, shalat, zakat,
shawm, hajji) dikaji meluas tentang dasar dan tujuannya, macam-macamnya,
syarat-rukun-serta wajib-wajibnya, dan hal-hal yang membatalkannya.
Kajian-kajian yang meluas itu kelak dikenal dengan nama Syarī`ah.
Lalu kajian syari'ah disusun secara sistematis menjadi disiplin ilmu yang
disebut Ilmu Fiqh.
Rukun Iman yang berisi pokok-pokok keyakinan/kepercayaan dikaji dan diurai
lebih luas sehingga muncullah apa yang disebut kajian `Aqīdah .
Lalu kajian aqidah disusun menjadi disiplin ilmu yang disebut Ilmu Ushūluddīn
atau Ilmu Kalam atau Ilmu Tawhid (karena inti aqidah Islam adalah ajaran
tawhid).
Rukun Ihsan berisi gambaran batin yang semestinya terjadi pada seseorang yang
sedang beribadah: rasa atau kesadaran sedang dilihat oleh Allah sehingga
membentuk jiwa khusyu' dan tawadhu.
Sepeninggalan Rasulullah s.a.w. di kalangan para shahabat, tabi'in dan
tabi'ut-tabi'in berkembang praktek-praktek pembentukan ihsan (menyangkut metod
dan latihan-latihan pembentukan ihsan) dengan membersihkan qalbu. Hanya qalbu
yang bersih ( shafiy) yang dapat 'melihat' Allah.
Salam Cikgu Nizar. Terima kasih. Maklumat yang diberikan amat bermanfaat sekali. Jazakaullahu khairan kathira.
salam babah. setiap kali lepas baca entry babah, saya mesti akan baca ruangan komen untuk setiap entry tu pula.. banyak sangat ilmu yang saya dapat dari kedua-dua ruangan ni.. alhamdulillah.
babah, budak2 sekarang dah makin melampau. cikgu2 pun terpaksa pikir banyak kali sebelum buat something kat student.. rasa2 semua cikgu dah ada insurans dan peguam peribadi sekarang ni. hoho..
ilmu adalah makanan yang sangat enak. kan babah?
teruskan berkongsi dengan kami di sini.
assalamualaikum
ana ingin minta izin anta untuk guna gambar rukun islam dan rukun iman utk blog ana...
Post a Comment