26 November, 2009

SELEPAS PUSAKA DIPUSARAKAN


                  
                 Pusara Bahasaku



SELEPAS PUSAKA DIPUSARAKAN 
Nukilan Azhar Salleh 




  


Anak kecil itu bertanya
“Ayah, kubur siapa ini?”
 

Lihatlah batu nisannya
usahlah kausalahkan ayah
kerana tercatat di situ
suatu tragedi bangsa
anakku, ayah tidak ada kuasa
ayah lemah, tidak ada upaya
memelihara atau mengangkatnya
malah untuk mempertahankannya
ayah sudah terlalu lelah
dan terluka, lukanya parah.

“Ayah, kubur siapa ini?”
Anakku, bacalah catatan di nisan
itulah pusaka leluhur kita
yang pernah hidup dalam jiwa
kini tertanam dan telah dipusarakan
oleh tangan yang mengkhianati
bangsanya sendiri.

Anak kecil itu membaca catatan nisan
di sisinya seorang lelaki yang tewas
dia bangun lalu berlalu pergi
sambil merenung wajahku
telah hilang kata-kata dan suara
kerana suara dan bicaranya
telah direntap oleh bangsanya.

“Ayah, kini barulah saya mengerti
mengapa kita tidak lagi dihormati
mungkinkah roh dan jiwa bangsa kita
telah pun mati!”

Benar, anakku
di sinilah roh dan jiwa kita bersemadi!

3 comments:

Azhar Salleh said...

Salam TUAN SAMSUDIN,
Terima kasih kerana memaparkan puisi kecil ini dalam blog tuan. Mudah-mudahan, pembaca puisi ini beroleh manfaat dan kesedaran. Dan, semoga BM akan terus berada di mercu.

pecinta_Islam said...

sy suka rangkap yg terakhir tu.huhu..sungguh tersentuh..ingin bertnye jg adakah cerita ini hakikat sbnr belaku ataupun hnya idea penulisan demi satu pengajaran

Unknown said...

Assalamualaikum Shahbandar, puisi ini menggambarkan keresahan Cikgu Salleh tentang apa yang bakal berlaku kepada pusaka bangsa (bahasa Melayu)jika tidak diberi perhatian wajar. Ia merupakan suatu imiginasi a.k.a sindiran tajam beliau kepada orang Melayu yang gagal mempertahankan bahasanya ketika kuasa masih ada di tangan. Walau bagaimanapun, maksud sebenar puisi ini ini masih tersemat di hati nurani Cikgu Salleh.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...