25 November, 2009

Selembar Benang 12


Bagi menyahut seruan Pengarah yang mengehendaki setiap kakitangan membaca sekurang-sekurangnya 10 buku setahun, saya telah mengambil inisiatif (belum lagi memulakan pembacaan tetapi) memulakan pembelian.  Buku terbaharu yang saya beli ialah The Complete 101 Collection karangan John C Maxwell (2009) dan Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Qur’an dan Sunnah nukilan Yusuf Al-Hajj Ahmad.  Sebulan yang lepas saya membeli buku Eat That Frog! tulisan Brian Tracy, buku Khazanah Pantun Melayu Riau susunan Tenas Effendy dan Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, Edisi Baharu


Bukan untuk Prime 2010
Tetapi untuk ilmu sebagai penyuluh...

Selain daripada buku Khazanah Pantun Melayu Riau dan Tesaurus Bahasa Melayu  Dewan yang dibeli hanya sebagai rujukan, buku-buku lain perlu saya habisi pembacaannya dalam tempoh dua tiga bulan yang akan datang.  Saya akan cuba mengulang baca buku Don’t Be Sad karangan ‘Aaidh ibn Abdullah al-Qarni kerana ketika hati dilanda lara, buku yang satu inilah menjadi pengubat duka.


Sambungan Selembar Benang


Diraja vs di-Raja vs di raja

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, kata diraja ialah kependekan daripada kata adiraja.  Oleh itu, kata tersebut ditulis secara serangkai (satu perkataan yang utuh), contohnya Polis Diraja Malaysia, kerabat diraja dan panji-panji diraja.


Aidiladha vs Eidil-Adha vs Eidul Adha

Ejaan baku bagi Aidiladha (Aidilfitri) seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi ke-4 ialah Aidiladha (Aidilfitri) bukannya Eidil-Adha (Eidil-Fitri) atau Eidul Adha (Eidul Fitri).


Setelah vs selepas vs sesudah

1.  Gantikan setelah dengan selepas bagi makna "masa"

Contoh:
Salah: Setelah merdeka, baharulah negara ini membangun.
Betul: Selepas merdeka, baharulah negara ini membangun.


2. Gantikan setelah dengan sesudah bagi makna "proses"

Contoh:
Salah: Setelah mereka makan.
Betul:  Selepas mereka makan.
  

6 comments:

Kakcik Seroja said...

Selamat Hari Raya Aidiladha buat babah seisi keluarga. :)

abu muaz said...

Salam. Buku 'la tahzan' jangan bersedih ini memanglah satu buku yang dikarang sangat menyentuh jiwa. Tulisannya seolah-olah hidup. Tahniah untuk penulis tersebut semoga dimasukkan dalam amalnya kepada Allah s.w.t.

Unknown said...

Selamat Hari Raya Korban juga kepada kakcikseroja serta keluarga. Pengorbanan ibu dan isteri amat besar. Justeru, kaum ibu patut berbangga atas kejayaan anda mengatasi kesulitan yang dicipta oleh kaum bapa.

Unknown said...

Salam Abu Muaz,Selamat Hari Raya Haji juga kepada anda sekeluarga. Abu Muaz sudah haji ke belum?

abu muaz said...

Salam tuan. Belum lagi tolong doakan agar dimudahkan oleh Allah untuk ke sana nanti.

Md Nizar Parman said...

Salam Tuan Samsudin,
Selamat hari raya Aidiladha. Jadikanlah peristiwa korban sebagai ikhtibar kepada kita dan seterusnya meningkatkan dan mengukuhkan keimanan kita kepada-Nya.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...