15 November, 2009

Kuiz Bahasa Melayu


Menangi hadiah buku agama terbitan Darul Nu'man



1.     Bulan rasmi sambutan Bulan Bahasa dan Sastera Negara ialah:
A.     Tidak ditetapkan bulannya
B.     Ogos
C.     September
D.     Oktober
E.     September-Oktober               

2.     Manakah ejaan frasa yang berikut adalah betul?
A.        Yang Di-Pertuan Agung
B.        Yang Dipertuan Agung
C.       Yang Di-Pertuan Agong
D.       Yang di-Pertuan Agong
E.       Yang Dipertuan Agong
           
3.         Manakah ayat di bawah ini yang paling tepat?
A.        Guru menasihatkan kami supaya rajin belajar
B.        Guru menasihati kami supaya rajin belajar
C.        Guru menasihat kami supaya rajin belajar
D.       Guru nasihat kami supaya rajin belajar
E.        Guru nasihati kami supaya rajin belajar   

4.        Apakah daftar baku bagi singkatan SMS bahasa Melayu untuk thank you?
A.       Tk
B.        t.k
C.       t.k.
D.       trm ksh
E.       Tiada satu pun di atas                        

5.        Apakah cilawagi?
A.       Nenek kepada ayah
B         Nenek kepada datuk
C.      Ayah kepada buyut
D.      Ayah kepada moyang
E.      Nenek kepada moyang                      

6.    Apakah rujukan kehormat bagi Pegawai Kewangan Negeri?
A.    Tuan
B.    Yang Berusaha
C.    Yang Berhormat
D.    Yang Berbahagia
E.    Yang Amat Berhormat            

7.     Maksud telimpuh dalam pepatah “Sempit bertelimpuh, lega berlunjur “:
A.     Berhimpit
B.     Berdiri
C.     Berbaring
D.     Duduk
E.     Bercangkung                                       
                         
8.     Apakah maksud simpulan bahasa "bahasa mulut"?
A.     Bahasa pasar
B.     Bahasa loghat
C.     Bahasa yang digunakan secara tidak rasmi
D.     Bahasa percakapan antara orang Melayu
E.     Bahasa rojak                                       

9.     Apakah bandingan semacam yang salah bagi perkataan cantik?:
A.     Bidadari
B.     Bunga
C.     Bulan Purnama
D.     Puteri Raja                                           
E.     Semua di atas             

10.   Manakah ayat yang berikut salah?:
A.     Penduduk kampung tolong-menolong
B.     Penduduk kampung saling menolong
C.     Penduduk kampung saling tolong-menolong
D.     Tiada yang salah
E.     Ayat A, B, dan C betul.                       

11.   Manakah apitan mempeR-...-i yang berikut salah?:
A.     Memperoleh
B.     Memperbaiki
C.     Memperakui
D.     Semua perkataan di atas betul
E.     Perkataan A, B dan C salah.                       

12.   Manakah makna simpulan bahasa “besar kepala” berikut yang salah?
A.     Kepala besar
B.     Degil
C.     Sombong
D.     Bongkak
E.     Tiada jawapan di atas.                       

13.   Manakah ayat yang berikut ditulis dengan betul?
A.     Aduh! sakitnya kaki ku.
B.     Aduh, sakitnya kaki ku!
C.     Aduh! sakitnya kakiku.
D.     Aduh, sakitnya kakiku!
E.     Aduh! sakitnya kakiku!                       

14.    Apakah istilah rasmi bagi brainstorming?
A.      Perah otak
B.      Himpun fikiran
C.      Bahas terbuka
D.      Memerah otak
E.      Sumbang saran                                   

15.    Pilih ejaan yang betul bagi kata perkataan-perkataan yang berikut:
A.      Hartanah
B.      Bandaraya
C.      Sama ada
D.      Pasaraya
E       Keretapi                                                           


Syarat dan peraturan

1.         Alamatkan penyertaan anda ke samsudin.jidin@yahoo.com;
2.         Hanya tiga (3) pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang paling banyak betul;
3.         Kuiz ini terbuka kepada semua para blogger dan pembaca;
4.        Tempoh kuiz bermula dari 16 November sehingga 16 Disember, 2009.
5.        Setiap orang hanya layak menghantar satu penyertaan sahaja.
6.        Setiap orang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
7.        Format jawapan:  1. A, 2. B, 3. C, 4. D, 5. E, 6. A, 7. B, 8. C, 9. D...
8.        Penganjur berhak membatalkan penyertaan yang tidak lengkap, lewat dan/atau tidak  menepati syarat-syarat pertandingan. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan.
9.        Pemenang akan dimaklumkan melalui Blog ini.
10.      Hadiah akan dihantar melalui pos.
11.      Semua hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan tidak boleh ditukar milik  kepada individu lain.
12.      Keputusan penganjur adalah MUKTAMAD dan rayuan dalam segala bentuk komunikasi tidak akan dilayan. Penganjur berhak membatalkan pemenang yang didapati melanggar syarat dan peraturan peraduan tanpa perlu memberi sebarang notis kepada mana-mana pihak.
13.      Dengan menyertai kuiz ini, anda telah bersetuju mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan. Penganjur berhak menukar syarat dan peraturan peraduan tanpa perlu memberi notis kepada anda dan anda bersetuju untuk mematuhi penukaran tersebut.

Jawapan Kuiz:
1. C
2. D
3. B
4. A
5. E
6. C
7. D
8. D
9. D
10. C
11. A
12. A
13. D
14. A
15. C


Pemenang Kuiz: 
1.Mohd Noorhisham bin Rosli-K/P: 890723-03-5475 
2.Zaharah binti Ahmad-K/P:650718-10-6055
3.Sofia Farizan binti Razali-K/P:740202-14-6388


TAHNIAH!

9 comments:

abu muaz said...

Salam tuan. Bagus idea ini.

Unknown said...

Salam Abu Muaz. Akhir tahun syarikat bagus bonus, kita sedekah buku. Abu Muaz cubalah jawab. Soalan ini memang susah. Saya ambil banyak masa menyediakannya. Selamat mencuba...

CITY® said...

salam ,

wahhhhhhhhh susah gak kuiz nih, sure nak kena minta tolong pakcik google gak, hakhakhak
dah cam sekolah2 dulu nih
heeeeeeeeeee

tq bro singgah blog biru
heeeee

Mak Su said...

mula-mula nak ucap terima kasih, sbb sudi mengikuti blog ceritakosong :)

lepas tu bab kuiz ni, alamak... masa saya agak terhad di tempat kerja, tapi kalau soalan agak tak banyak mungkin boleh juga saya fikir-fikirkan :)

Unknown said...

Salam Bandar Biru dan Mak Su. Kuiz berlangsung selama sebulan. Ambil masa dan tanya-tanya yang arif atau anak-anak. Insya-Allah boleh jawab...

terokai seni said...

no. 2 tu c dan e cam sama je jawapannya... kot tak tersilap pandang le

Unknown said...

Salam Cemomoi, ha-ha memang ada kesilapan teknikal, tetapi...tak menjejaskan apa2. Harap faham.

Azhar Salleh said...

Salam TUAN SAMSUDIN,
Tahniah dan syabas! Kuiz bahasa sangat menarik dan sangat perlu diberi penghargaan. Tuan teruskan usaha murni tuan untuk memartabatkan BM. Saya boleh sertai tak kuiz ini?

Unknown said...

Salam Encik Azhar, terima kasih atas kata-kata perangsang anda. Silalah cuba tuan. Kalau perlu rujuk dan tanya pada yang arif. Salam ukhwah.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...