08 January, 2013

Ingatlah, jangan jadi bakhil...

Ketahuilah bahwasanya segala yang ada pada kita ini tidaklah ada yang kita punya. Kita datang ke dunia ini tidak membawa apa-apa. Barang-barang dan harta benda yang kita peroleh di sini bukan satu jua pun hak kita. Kesemua itu adalah kesempatan yang cuma diberikan kepada kita sementara waktu.

Setelah kita mati tidak satu pun harta itu yang akan kita bawa ke kubur, selain daripada tiga lapis kain kafan. Bagaimanapun banyak mana sekalipun harta benda yang ada di dalam rumah kita, kalau kita fikirkan dengan saksama, hanyalah pinjaman daripada Allah kepada kita belaka. Kalau hal ini kita ingat baik-baik, kita akan segera menafkahkannya, kita tidak akan bakhil. Fikirkanlah dengan saksama, kita misalkan orang yang memiliki berkodi-kodi pakaian, berpuluh-puluh helai kain sarung dan beratus-ratus kain yang lain, fikirkanlah hanya berapa yang kita pakai setiap hari? Rupanya sekadar menutup aurat pada hari itu. Demikian juga harta benda yang lain.

Abuya HAMKA

Kalau hal itu kita fikirkan, perlu apa kita bakhil?

Begitulah, apabila keimanan yang tebal kepada Allah dan Rasul-Nya, harus dibuktikan dengan kesudian menafkahkan harta benda yang ada pada kita. Kerana orang yang beriman kepada Allah selalu yakin bahwa Allah tidak akan membuat dirinya terlantar dalam hidup. Harta yang ada pada diri kita adalah pemberian daripada Allah. Kita percaya akan pemberian itu. Maka kalau sekali kita telah percaya bahawa harta itu datang daripada Allah, mengapa kita tidak percaya bahawa yang kita berikan di jalan Allah itu akan diganti-Nya? - HAMKA -



Ya Allah, hindarkan kami daripada segala sifat bakhil...

Read more...

Islamphobia di England

ENGLAND, muslimdaily.net, - Gelombang Islamphobia muncul kembali di England setelah satu kepala babi dibuang di sebuah masjid di Leicester. Ini menunjukkan berlakunya tekanan terhadap komuniti Islam atas kesan munculnya parti berhaluan kanan di negara Eropah.

"Kami terkejut dan sedih dengan perkembangan ini,"ujar imam masjid As Salaam, Mohammed Lockhat yang diwawancara oleh Guardian pada hari Jumaat, 28 Disember 2012, sebagaimana dilaporkan onislam.net. "Ini sangat diskriminatif dan menyerang agama. Setiap hari kita melihat orang-orang yang berdiri di luar, penunjuk perasaan melemparkan penghinaan, pelecehan rasis."

Mengejutkan minoriti muslim, kepala babi ditemui oleh jamaah di masjid As Salaam di daerah Lodge Thurnby pada pukul 7.30 pagi. Insiden itu terjadi di tengah-tengah ketegangan atas rancangan kelompok muslim untuk membuka pusat Islam di bekas sebuah sekolah di tengah-tengah bandar. Pusat Islam direncanakan untuk membahagikan makanan, membantu masalah ketagih alkohol dan obat-obatan serta tempat pendidikan Islam.

Kepala babi di masjid di England

Protes terjadi bukan hanya daripada masyarakat setempat tetapi juga daripada kelompok berhaluan kanan EDL (English Defence League) dan British National party yang pemimpinnya Nick Griffin mengunjungi daerah itu pada bulan Ogos lalu. Selanjutnya Datuk Bandar dan pihak As Salaam akan mengadakan pertemuan bagi menghasilkan keputusan yang baik pada bulan Januari ini.

Polis juga telah melakukan penyiasatan di Leicester berkaitan dengan meningkatnya aktiviti kelompok berhaluan kanan dalam beberapa bulan terakhir tahun 2012.

Kepala babi di masjid di Malaysia




Modes operandinya sama dengan di Malaysia, iaitu guna kepala babi. Babi betul mereka ini...

Read more...

07 January, 2013

Komputer tablet sebagai hadiah solat

TURKI, muslimdaily.net, - Dalam upaya mendorong anak-anak untuk rajin menunaikan solat kepada Allah, sebuah masjid di Turki menawarkan komputer tablet kepada anak-anak yang solat di masjid selama dua bulan. 

"Kami ingin menarik perhatian anak-anak dan mendorong mereka untuk bersolat dengan memanfaatkan minat mereka terhadap teknologi dan internet," kata Cebrail Öztürk, imam Masjid Dayili di daerah Yozgat Akdamadeni, kepada pejabat berita Anatolia sebagaimana dilaporkan onislam.net, Rabu 2 Januari 2013. Dia menyatakan bahawa anak-anak yang menghadiri solat di masjid selama sekurang-kurangnya 180 kali dalam dua bulan akan diberikan komputer tablet secara percuma.

 Cebrail Öztürk bersama anak-anak di masjid.

"Anak-anak dapat mengumpulkan kupon yang kami agihkan setelah setiap solat." Imam menyatakan tujuan pemberian komputer tablet ini dibiayai oleh penduduk desa dan orang Turki yang tinggal di Eropah. . 

Orang Islam membentuk sekitar 99 peratus daripa penduduk Turki. Turki memiliki ribuan masjid, yang paling terkenal antaranya ialah Masjid Biru, yang bercirikan jubin biru yang menghiasi dinding dalamannya.


Anak-anak yang bergembira menerima komputer tablet



Syok jadi anak-anak Turki...
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...