Ketahuilah bahwasanya segala yang ada pada kita ini tidaklah ada yang kita punya. Kita datang ke dunia ini tidak membawa apa-apa. Barang-barang dan harta benda yang kita peroleh di sini bukan satu jua pun hak kita. Kesemua itu adalah kesempatan yang cuma diberikan kepada kita sementara waktu.
Setelah kita mati tidak satu pun harta itu yang akan kita bawa ke kubur, selain daripada tiga lapis kain kafan. Bagaimanapun banyak mana sekalipun harta benda yang ada di dalam rumah kita, kalau kita fikirkan dengan saksama, hanyalah pinjaman daripada Allah kepada kita belaka. Kalau hal ini kita ingat baik-baik, kita akan segera menafkahkannya, kita tidak akan bakhil. Fikirkanlah dengan saksama, kita misalkan orang yang memiliki berkodi-kodi pakaian, berpuluh-puluh helai kain sarung dan beratus-ratus kain yang lain, fikirkanlah hanya berapa yang kita pakai setiap hari? Rupanya sekadar menutup aurat pada hari itu. Demikian juga harta benda yang lain.

Abuya HAMKA
Kalau hal itu kita fikirkan, perlu apa kita bakhil?
Begitulah, apabila keimanan yang tebal kepada Allah dan Rasul-Nya, harus dibuktikan dengan kesudian menafkahkan harta benda yang ada pada kita. Kerana orang yang beriman kepada Allah selalu yakin bahwa Allah tidak akan membuat dirinya terlantar dalam hidup. Harta yang ada pada diri kita adalah pemberian daripada Allah. Kita percaya akan pemberian itu. Maka kalau sekali kita telah percaya bahawa harta itu datang daripada Allah, mengapa kita tidak percaya bahawa yang kita berikan di jalan Allah itu akan diganti-Nya? - HAMKA -
Ya Allah, hindarkan kami daripada segala sifat bakhil...

4 comments:
Salam,terimakasih atas kunjungan keblog saya dibawah tajuk Allahuakbar,Lelaki Dari Jepun Berperang Bersama Mujahidin Syiria
Link blog my babah sudah saya masukkan dlm ( Santai - Tutorial - Download )
p/s: Ilmu islam saya sgtlah kurang,jauh sekali dg title ustaz,saya berblog sebagai tnggungjawab sebagai seorang muslim menyebarkan islam dlm internetini,dg harapan mendapat sedikit pahala sebagai hadiah kpd arwah ayahnda dialam sana :)
Jazakaullah. Doa saya agar amal ibadat tuan senantiasa diterima Allah hendaknya. Semoga roh ayahanda tuan juga di bawah pelihara Allah jua. Amin...
Tuan blogger,
Ok.
Mari saling link-mengelink!
tq
Terima kasih tuan blog Libang Libu...
Post a Comment