07 January, 2013

Komputer tablet sebagai hadiah solat

TURKI, muslimdaily.net, - Dalam upaya mendorong anak-anak untuk rajin menunaikan solat kepada Allah, sebuah masjid di Turki menawarkan komputer tablet kepada anak-anak yang solat di masjid selama dua bulan. 

"Kami ingin menarik perhatian anak-anak dan mendorong mereka untuk bersolat dengan memanfaatkan minat mereka terhadap teknologi dan internet," kata Cebrail Öztürk, imam Masjid Dayili di daerah Yozgat Akdamadeni, kepada pejabat berita Anatolia sebagaimana dilaporkan onislam.net, Rabu 2 Januari 2013. Dia menyatakan bahawa anak-anak yang menghadiri solat di masjid selama sekurang-kurangnya 180 kali dalam dua bulan akan diberikan komputer tablet secara percuma.

 Cebrail Öztürk bersama anak-anak di masjid.

"Anak-anak dapat mengumpulkan kupon yang kami agihkan setelah setiap solat." Imam menyatakan tujuan pemberian komputer tablet ini dibiayai oleh penduduk desa dan orang Turki yang tinggal di Eropah. . 

Orang Islam membentuk sekitar 99 peratus daripa penduduk Turki. Turki memiliki ribuan masjid, yang paling terkenal antaranya ialah Masjid Biru, yang bercirikan jubin biru yang menghiasi dinding dalamannya.


Anak-anak yang bergembira menerima komputer tablet



Syok jadi anak-anak Turki...

2 comments:

Zamri Spoon said...

assalam.. saya telah masukkan blog anda dalm bloglist saya , mohon en, shamsudin jidin, pon buat begitu ,, http://zamrispoon.blogspot.com

Samsudin Jidin said...

Jakaullah Zam. Insya-Allah saya akan masukkan ke dalam senarai blog saya. Wassalam.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...