02 March, 2013

Pra-PRU13: Ikut cara Nabi s.a.w. menolak kejahatan dengan kebaikan...

Firman Allah "Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka, secara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik): Ar-Ra'd/13:22


Ingatkah kalian tatkala seorang pandir Quraish menahan baginda s..a.w. di tengah jalan lalu menyiramkan tanah ke atas kepala baginda, Muhamad diam menahan pedih. Tahukah anda apa yang dilakukan Muhamad .s.a.w. Beliau pulang ke rumah dengan tanah yang masih menempel di kepala. Fatimah puterinya, kemudian datang mencucikan tanah di kepala ayahnya itu. Ia membersihkannya sambil menangis. Tidak ada yang lebih pilu di hati seorang ayah mendengar tangisan si anak, lebih-lebih lagi anak perempuan. Setitik air mata kesedihan yang mengalirdaripada kelopak mata seorang puteri adalah umpama sepercik api yang membakar jantung. Baginda tidak dapat menahan getir, lalu menangis tersedu-sedu di sisi puteri kesayangan.  Juga secercah duka yang menyelinap ke dalam hati adalah rintihan jiwa yang terasa mencekik leher dan hampir pula mendesak emosinya untuk membalas. Tetapi Muhamad adalah seorang yang sabar dan pemaaf. Apakah baginda lakukan dengan tangis puterinya yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta itu? Muhammad hanya mampu menghadapkan jiwanya kepada Allah seraya memohon dikuatkan batinnya untuk menerima perlakuan keji itu. "Jangan menangis anakku" ucap Muhamad kepada anaknya yang sedang berlinang air mata itu. "Allah akan melindungi ayahmu". Begitulah cara Muhamad menolak "kejahatan dengan kebaikan".

 

 

Semoga Allah memberi kita kesabaran dan seterusnya kemenangan...

2 comments:

ijoks2009 said...

Setuju dengan my babah

Unknown said...

Terima kasih Ijok kerana sering ziarah. Cuba meninggalkan komen di blog tuan tetapi tidak tahu bagaimana. Formatnya berbeza...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...