02 March, 2013

Pra-PRU13: Najib, PM yang paling pemurah dalam sejarah...

Arwah Zulkifli, Sabarudin naik pangkat...

Subang - 3 Mac 2013: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan pangkat Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud (korban insiden Lahad Datu) masing-masing kepada Asisten Superintendan dan Sarjan bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka mempertahankan negara. Najib berkata, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. “Kerajaan dan PRDM akan menimbang pemberian lain yang akan dimaklumkan kepada keluarga selepas selesai urusan pengebumian kedua-dua wira negara. “Balu kedua-dua Allahyarham akan menerima pencen lebih tinggi kerana kita (kerajaan) tidak akan lupa jasa dan pengorbanan besar yang dilakukan,” katanya.


Sumber di sini

Sebelum ini rakyat Malaysia menikmati sifat pemurah PM dengan menerima BR1M.  Tahun ini sahaja, tujuh juta isi rumah dan individu bujang akan memperoleh BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion.



Sumber di sini.


 

Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada arwah Zulkifli dan Sabarudin dan memasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman...

3 comments:

Anonymous said...

Umno membayar dengan harga yang murah untuk kesilapan mereka sendiri...

Anonymous said...

Org dh pergi baru nak naik pangkat, dh tu tabuq duit lagi...ingat nyawa org boleh dibeli kaaa? Apa py Pee Emm

Unknown said...

Setakat itu sahaja daya fikir mereka untuk membangunkan negara...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...