15 February, 2013

Pra-PRU13: Mari terus bersedekah kepada anak-anak Mahathir dan UMNO...

KUALA LUMPUR: Akhbar lidah rasmi sebuah parti pembangkang hari ini mendedahkan bagaimana Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya mengkayakan anak pinak mereka.


Menurut akhbar itu,  yang paling tinggi dalam senarai adalah kekayaan anak ketua kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13 ini, iaitu Mirzan Mahathir. Mirzan Mahathir dikatakan menjadi Ahli Lembaga Pengarah dengan pemilikan 15% saham dalam syarikat pengeluaran arak terbesar di Filipina, San Miguel Corp. Pada tahun 2012, San Miguel membeli aset hiliran Esso jauh lebih rendah daripada nilai pasaran dan mengubah namanya kepada Petron. Petron kemudiannya mendapat kontrak membekalkan minyak kapal terbang daripada MAS mengetepikan kontrak perbekalan daripada Petronas selama ini.

Di senarai kedua terkaya adalah anak Tun Dr Mahathir juga, iaitu Mokhzani Mahathir yang menduduki tangga ke-19 orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan sebanyak RM1.6 bilion. Ayahnya menganugerahkan kontrak RM836 juta dariapada Petronas Carigali Sdb Bhd kepada anak syarikat Sapura Kencana Petroleum Bhd yang berada di bawah pengaruh Mokhzani.

Turut di senaraikan oleh akhbar itu adalah adik Perdana Menteri, Nazir Tun Razak yang mempunyai jumlah harta kekayaan sebanyak RM495 juta. Gaji Nazir RM12 juta setahun atau RM1 juta sebulan.

Sumber berita di sini.



   
Ish-ish-ish. rakyat pula bertarak berebut-rebut duit BR1M bagai bangsa Utopia yang kebulur makanan...

No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...