08 February, 2013

Kumpulan Rock Wanita Kashmir Bubar Kerana Ancaman Mati

SRINAGAR, INDIA (voa-islam.com) - Kumpulan muzik rock perempuan pertama di wilayah Kashmir yang dikuasai India telah memutuskan untuk membubarkan kumpulan itu setelah membuat konsert pertama kerana ancaman yang diterima terhadap para anggota kumpulan muzik tersebut dalam media sosial dan atas permintaan seorang ulama Muslim terkemuka supaya mereka berhenti daripada meneruskan usaha mereka itu.



Kelompok pejuang kemerdekaan Kashmir mengkritik kumpulan muzik berkenaan yang dikatakan sebagai "mengamalkan budaya Barat". Adnan Mattoo, guru muzik dan pengurus kumpulan rock tersebut, mengatakan ketiga-tiga pelajar menengah atas itu, iaitu pemain drum Farah Deeba, gitar bass Aneeqa Khalid dan penyanyi dan gitaris Noma Nazir - membuat keputusan untuk tidak lagi membincangkan sebab pembubaran kumpulan itu. "Mereka kelihatan sangat takut dan ingin segera mengakhiri kontroversi ini untuk selama-lamanya," kata Adnan Mattoo sebagaimana dilaporkan oleh The National Selasa (5  Februari 2013). "Pertama kali, gadis-gadis itu memutuskan untuk berhenti melakukan persembahan secara langsung sempena kempen cetak rombak secara online dan akan memutuskan untuk menumpukan pada penerbitan album. Tetapi setelah satu fatwa oleh ulama pemerintah dikeluarkan, gadis-gadis ini memutuskan untuk mengucapkan selamat tinggal selama-lamanya kepada muzik."


Wanita Kasymir dengan pakaian tradisional

Kumpulan muzik ini telah memenangi tempat ketiga dalam pertunjukkan tahunan Battle of the Rock Band yang diuruskan oleh pasukan paratentera India sebagai sebahagian daripada kempen untuk merebut hati dan fikiran masyarakat Muslim di wilayah tersebut. Sebaik sahaja pertunjukan itu selesai, laman-laman warga Kashmir di jejaring sosial seperti Facebook dan Twitter membahaskan tentang kewujudan kumpulan rock wanita itu. Ramai yang bertanya akan kesesuaian budaya itu dalam masyarakat yang majoritinya Islam di Kashmir dan ada yang bertanya bolehkah Islam menerima pendekatan berbentuk muzik seperti ini serta peranan wanita dalam masyarakat. Sebahagian komen menyokong  gadis-gadis tersebut, tetapi yang lainnya menyebut mereka sebagai "pelacur" dan "wanita tanpa susila" dan menyerukan supaya mereka dan keluarga mereka diusir keluar dari wilayah tersebut. Kontroversi itu menjadi semakin hebat pada hari Sabtu berikutnya setelah Omar Abdullah, pejabat tinggi daerah berkenaan, berjanji akan melakukan penyelidikan dasar tentang  ancaman itu dan menulis di Twitter bahawa "remaja berbakat tidak boleh membiarkan diri mereka dikongkong oleh segelintir orang bodoh".


Wanita Kashmir mempejuangkan hak mereka

Gadis-gadis tersebut kemudiannya menjadi alat politik bagi semua pihak dalam konflik berkenaan. Hal tersebut memaksa Mufti Bashiruddin Ahmad, ulama Kashmir campur tangan dan mengeluarkan fatwa pada hari Ahad memerintahkan para gadis tersebut untuk "berhenti daripada kegiatan bermuzik dan untuk tidak dipengaruhi oleh kepemimpinan politik".




 
Di Kasymir, suara mufti masih didengari...

No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...