21 March, 2013

Penggodam Muslim bertindak...

(Arrahmah.com) – Para penggodam komputer (hacker) Muslim daripada kumpulan Izuddin al-Qassam Cyber Fighters melancarkan fasa ketiga “Operasi Ababil” mereka terhadap bank-bank yang berpangkalan di AS pada hari Rabu dua minggu lalu, sebagai protes lanjutan untuk menuntut agar filem murahan menghina Nabi Muhammad s.a.w., “Innocence of Muslims”, dihapuskan daripada YouTube.



Dikenali sebagai Anonymous-nya dunia Muslim, Izzuddin mengeluarkan sebuah ultimatum bahawa mereka menyebarkan serangan DDoS terhadap syarikat-syarikat perbankan Amerika dan mengancam bahawa hal itu akan terus berlanjutan sehingga filem menghina Nabi s.a.w. tersebut dihapuskan daripada Youtube. “Selama operasi Ababil fasa 3 ini, seperti fasa-fasa sebelumnya, sejumlah bank Amerika akan diserang Denial of Service (DDos) tiga hari dalam seminggu, iaitu pada hari Selasa, Rabu dan Khamis pada waktu bekerja,” demikian kata kumpulan tersebut dalam sebuah pernyataan yang dikutip Global Post. Para pelanggan telah mengadu kepada Bank of America, Capital One, Citibank, PNC Bank, Union Bank dan Wells Fargo, menurut laporan Site Down, sebuah laman web yang membuat laporan gangguan online. Nampaknya serangan daripada Izuddin ini cukup berpengaruh. Selama “Operasi Ababil” fasa kedua, YouTube menghapuskan versi asal “Innocence of Muslims” daripada laman webnya -sebagaimana yang dijanjikan, para penggodam itu berhenti melakukan serangan setelah tuntutan mereka dipenuhi. Tetapi salinan baru video tersebut telah muncul kembali di YouTube, dan Izuddin mengatakan mereka tidak akan bertoleransi terhadap penghinaan lebih lanjut terhadap Nabi Muhammad s.a.w. (siraaj/arrahmah.com)


 
 
Islam akan menang dengan ilmu...

No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...