05 February, 2013

Seruan Taliban Pakistan kepada Umat Islam...

PAKISTAN (voa-islam.com) - Kelompok pejuang Islam Taliban Pakistan menyeru dunia Muslim untuk bersatu dalam sebuah rakaman video yang dibuat pada hari Ahad (3/1/2013) untuk mengutuk pencerobohan tentera Perancis di Mali yang mereka katakan sebagai "perang ideologi".



Dalam rakaman video diagihkan kepada wartawan di barat laut Pakistan, jurubicara Tehreek-e-Taliban Pakistan, Ehsanullah Ehsan mengutuk pencerobohan Perancis, yang telah mendapatkan sokongan logistik daripada negara-negara Barat lainnya. "Pemerintah Perancis telah menyerang mujahidin di Mali dan Amerika juga telah bersetuju untuk menyokong Perancis. Saya meminta seluruh dunia Muslim untuk bersatu kerana pencerobohan ketenteraan tersebut merupakan perang ideologi.," Kata Ehsan. Beliau mengatakan kekuatan "kafir" bersatu dan mendesak umat Islam untuk datang bersama-sama.

"Jika Amerika menyokong Perancis secara ideologi maka dengan cara yang sama semua umat Islam harus bersatu dan menyokong satu sama lain." Satu kempen serangan tiga minggu yang dipimpin oleh pasukan Perancis telah mendorong para pejuang Islam dari kota-kota besar di Mali utara, tetapi ada kekhawatiran para pejuang Islam sekarang akan melancarkan kempen gerila dari utara yang jarang penduduknya. Tujuan serangan tersebut adalah untuk mencegah para pejuang Islam memperluas pelaksanaa hukum Syariah di wilayah lain dari Mali setelah mereka menjalankan hukum Islam di wilayah utara Mali sejak April lalu. Presiden Perancis Francois Hollande yag mengunjungi Mali pada hari Sabtu bersumpah pasukannya akan terus tinggal di negara itu selama diperlukan untuk melanjutkan perang melawan pejuang Islam yang telah menguasai bagian utara negara tersebut selama 10 bulan. (an/ahram).


 
Doaku untuk umat Islam di Mali. Semoga mereka dilindungi Allah daripada kafir laknatullah...

1 comment:

Arya Teja said...

Salam.
Tuan minta pautan(LINK) blog http://revolusifikiran.blogspot.com dlm blog tuan. Sy senaraikan blog tuan dalam senarai BLOG SANTAI DAN PANAS. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai gambar-gambar dan fakta-fakta yang menarik. Terima kasih kerjasama tuan.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...