05 February, 2013

Dua tahun dalam tahanan baru dapat mengesahkan N. Arumugam warga Malaysia...

Lelaki disangka warga asing akhirnya dibebaskan 05/02/2013 7:01pm

ALOR GAJAH - Seorang lelaki tempatan yang ditahan Jabatan Imigresen lebih dua tahun kerana disangka warga asing hari ini dibebaskan selepas disahkan sebagai warganegara Malaysia. Pembebasan N. Arumugam, 52, dari Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo di sini disambut anak saudara perempuannya, D. Santhi, 42, dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Global Keselamatan Manusia Malaysia (PKGKMM), T. Kamalanathan kira-kira 12 tengah hari.

Gambar Hiasan

Arumugam yang kudung kaki kirinya akibat penyakit kencing manis dan tidak boleh bertutur dengan jelas sebab serangan angin ahmar ditolak dengan kerusi roda ke Dewan Bicarana depoh berkenaan bagi sesi penyerahan sijil kelahiran dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Port Dickson pada 17 Januari lepas. Majlis penyerahan dokumen itu disempurnakan Komandan Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo, Abu Bakar Sidek Hasan. Arumugam, penari di Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Lama Kampung Chetty, Negeri Sembilan, ditahan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam satu operasi penguatkuasaan pada akhir 2010, sebelum ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Lenggeng di negeri itu. - BERNAMA.



 
Imigresen yang efisien...

No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...