07 January, 2013

Rasulullah s.a.w. dihina lagi...

PERANCIS, muslimdaily.net, - Sebuah majalah rasmi mingguan Perancis telah menerbitkan komik biografi tentang Nabi Muhammad SAW pada hari Rabu, 2 Januari 2013. Komik ini merupakan satu lagi usaha yang nampaknya akan kembali mendapat reaksi keras daripada umat Islam di seluruh dunia. 

 "Tidak perlu untuk menuangkan minyak di atas api," kata jurubicara pemerintah Perancis, Najat Vallaud-Belkacem kepada radio France 2, DPA melaporkan sebagaimana yang diungkap oleh onislam.net. Majalah mingguan Charlie Hebdo menerbitkan biografi komik berjudul "Kehidupan Muhammad" kononnya berlandaskan teks-teks yang ditulis oleh penulis Islam dan komik ini bukan karikatur atau berupa sindiran. 

"Ini merupaka sebuah biografi rasmi daripada Islam karena ia disunting oleh orang Islam," kata Stephane Charbonnier, penerbit majalah dan ilustrator komik tersebut, yang menggunakan nama asal Charb. Pada September lalu, Charlie Hebdo menerbitkan kartun Mohammad tanpa pakaian sebagai protes terhadap aksi umat Islam yang menentang filem menghina Nabi Muhammad, 'Innocent of Muslim'. 

Charb, yang telah menerima ancaman pembunuhan, hidup di bawah perlindungan polis.

 Charb sedang membaca komik Nabi 'La vie de Mahomet'

Berita berkaitan:
ARAB SAUDI, muslimdaily.net - Organisasi Muslim terbesar di dunia telah mengutuk penerbitan biografi komik Nabi Muhammad SAW oleh sebuah majalah satira Perancis. "Hasutan dan pembelaan daripada kebencian dan tidak bertoleransi atas dasar agama yang ditunjukkan dengan penerbitan komik ini bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia," kata Ekmeleddin Ihsanoglu, Ketua Setiausaha Organisasi Kerjasama Islam (OKI), dalam sebuah kenyataan yang dilaporkan oleh onislam.net, pada hari Khamis, 3 Januari. 

Beliau menyatakan bahawa penerbitan biografi komik Nabi s.a.w. itu bertentangan dengan norma-norma "jurnalisme yang bertanggungjawab" dan sama saja dengan penyalahgunaan hak untuk kebebasan berpendapat. Majalah satira Perancis, Charlie Hebdo, telah menerbitkan komik tentang kehidupan Nabi Muhammad pada hari Rabu, 2 Januari 2013 lalu dengan judul 'La Vie de Mahomet' atau 'Kehidupan Mohammad'. 

Pimpinan organisasi yang terdiri daripada 57 negara anggota tersebut mengimbau agar umat Islam di seluruh dunia menahan diri dalam menghadapi provokasi ini. Dia juga mendesak pihak berkuasa Perancis untuk mengambil tindakan yang sesuai terhadap penerbit majalah mingguan berkenaan. 

Sebelum Charlie Hebdo yang suka menerbitkan kartun provokasi terhadap Islam, dunia juga sempat menyaksikan penerbitan kartun Nabi s.a.w. oleh sebuah akhbar di Denmark. Akhbar Denmark Jyllands-Posten itu pada akhir tahun 2005 mencetus kemarahan orang Islam di seluruh dunia dengan penerbitan kartun yang dianggap sebagai Nabi Muhammad yang mengenakan serban dengan bom di atasnya.







Sabar ada hadnya...

No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...