22 January, 2013

Pengharaman e-Rokok ada udang di sebalik mi...

Baru-baru ini Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk e-rokok adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Menurut beliau, penjualan e-rokok bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.


Adakah itu alasan sebenarnya?
Rakyat meraguinya. Perhatikan apakah sebab utama Kerajaan menaikkan harga rokok antara 26 - 28 peratus 20 hari selepas perbentangan Belanjawan 2013 (28 September 2012). Alasan yang diberikan oleh Pengarah Perhubungan Korporat Philip Morris, Richard James ialah peningkatan cukai rokok itu dilakukan berikutan fokus kerajaan kini terarah untuk membendung penyeludupan bahan berkenaan. "Kerajaan mengalami kerugian cukai yang besar disebabkan kemasukan rokok haram, maka tindakan penguatkuasaan dilihat mampu menyelesaikan masalah tersebut berbanding meningkatkan cukainya.

Ya, penggunaan e-rokok secara berleluasa juga akan mengurangkan penjualan bahan berasaskan tembakau dan sudah tentu ini menyebabkan kerugian cukai yang besar terhadap rokok. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada kerugian ini, meskipun e-rokok kurang mudaratnya daripada rokok sebenar.

Photobucket

Berhenti merokok adalah lebih baik (baca di sini).

1. Saintis dari Bahagian Penilaian Farmaseutikal US FDA telah menguji 19 jenis e-rokok daripada dua penjual terkemuka e-rokok, iaitu NJoy dan Smoking EveryWhere mendapati bahawa terdapat bahan tobacco-specific nitrosamines (TSNAs) yang boleh menyebabkan kanser.

2. Pada bulan Mac 2009, Jabatan Kesihatan Kanada mengeluarkan kenyataan "Walaupun e-rokok ini dijual sebagai alternatif yang selamat berbanding rokok biasa, tetapi e-rokok boleh menyebabkan keracunan nikotin dan ketagihan".

3. Pada bulan September 2008, World Health Organisation (WHO) mengeluarkan kenyataan, "Tiada kajian yang sahih menunjukkan e-rokok selamat dan berkesan sebagai rawatan penggantian nikotin. Oleh itu, pihak pengeluar perlulah melakukan kajian yang lebih mendalam untuk menyokong dakwaan mereka e-rokok boleh digunakan untuk mengurangkan tabiat merokok".

Namun, ulasan TV9 tentang e-rokok lebih positif...


Mudarat yang lebih dikhuatirkan

1. Anak-anak dan wanita-wanita Islam akan mula merokok dengan alasan e-rokok tidak membahayakan kesihatan dan tidak patut ditegah.

2. Perokok bukan sahaja akan merokok di tempat awam (termasuk di dalam kapal terbang), tetapi juga di masjid dan di surau.

3. Remaja yang berjinak-jinak menghisap e-rokok akan berjinak-jinak pula dengan najis dadah kerana e-rokok sudah tidak memberi kepuasan.



Oleh itu, jangan biarkan tabiat merokok atau me'e-rokok' membelenggu hidup anda...




 

Alhamdulillah, sudah dua tahun Mybabah tidak menyentuh dan menghidap rokok atau e-rokok...

2 comments:

ijoks2009 said...

Salam,minta izin mencelah
Kenapalah setia pundang-undang dalam malaysia ni hanya mencari keuntungan kerajaan sahaja bukannya untuk mendidik rakyat.

mohd iskandar said...

Saya. Dah isap erokok ni 3 bln dah...dan dah benti beli rokok tembakau, sekarang sy dah benti isap erokok dan rokok tembakau, saya rasa menteri kesihatan tu bodoh.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...