01 January, 2013

Mybabah Menjalani Prosedur Angioplasti

Dalam posting tentang azam tahun baharu 2013, Mybabah ada menekankan aspek penjagaan kesihatan. Dalam hal ini, Mybabah tidak mempunyai banyak pilihan selain daripada mewajibkan diri untuk melakukan beberapa aktiviti mengurangkan berat badan. Semua ini bermula selepas Mybabah menjalani prosedur angioplasti, iaitu proses meletakkan stent di saluran arteri konorari jantung Mybabah pada 5 Oktober 2012.


Prosedur Angiogram
Sebelum menjalani procedur angioplasti, Mybabah perlu menjalani prosedur angiogram. Angiogram koronari merupakan ujian x-ray salur darah jantung. Suatu tiub kecil (catheter) akan dimasukkan ke dalam salur darah tangan (radial artery) atau kaki (femoral artery) dan terus ke jantung. Apabila tiba di salur darah jantung, cecair pewarna (contrast) akan dimasukkan dan gambar x-ray akan diambil. Doktor dapat mengenal pasti sama ada terdapat sumbatan di dalam salur darah jantung. Sekiranya angiogram adalah normal, prosedur akan dihentikan dan pesakit akan dihantar pulang ke wad. Sekiranya sumbatan dikenal pasti dan sesuai, prosedur angioplasti akan dijalankan. Jika terdapat beberapa sumbatan pada salur darah jantung yang berlainan dan tidak sesuai untuk angioplasti, doktor akan menghentikan prosedur dan berbincang dengan anda rancangan perawatan seperti pembedahan pintasan jantung, ubat-ubatan dan rawatan ‘shockwave’ dengan anda.



Penggunaan belon khas di dalam salur darah jantung
Doktor akan memasukkan kateter khas melalui salur darah dan terus ke jantung. Selepas itu, dawai halus akan dimasukkan sehingga merentasi kawasan sumbatan. Dawai halus ini akan menjadi laluan untuk memasukkan belon. Belon tersebut akan dimasukkan sehingga merentasi kawasan sumbatan dan akan dikembangkan dengan tekanan yang tinggi. Plak atau bahan sumbatan akan ditolak ketepi bahagian salur darah jantung dan membuka laluan untuk aliran darah di bahagian tengah salur darah jantung. Ketika belon berkenaan dikembangkan, anda mungkin akan berasa sedikit ketidakselesaan pada dada anda. Ia akan hilang setelah belon itu kembali kempis.


Memasukkan ‘stent’ ke dalam salur darah jantung
Doktor akan memasukkan kateter khas melalui salur darah dan terus ke jantung. Selepas itu, dawai halus akan dimasukkan sehingga merentasi kawasan sumbatan. Dawai halus ini akan menjadi laluan untuk memasukkan belon. Belon tersebut akan dimasukkan sehingga merentasi kawasan sumbatan dan akan dikembangkan dengan tekanan yang tinggi. Plak atau bahan sumbatan akan ditolak ketepi bahagian salur darah jantung dan membuka laluan untuk aliran darah di bahagian tengah salur darah jantung. Ketika belon berkenaan dikembangkan, anda mungkin akan berasa sedikit ketidakselesaan pada dada anda. Ia akan hilang setelah belon itu kembali kempis.


Apakah stent?
Stent ialah satu tiub jaringan kecil yang digunakan untuk merawat arteri yang mengecil atau lemah. Arteri ialah saluran darah yang membawa darah daripada jantung ke bahagian-bahagian lain tubuh badan.

Sesuatu stent diletakkan di dalam arteri sebagai sebahagian daripada prosedur yang dipanggil angioplasti (AN-jee-oh-plas-tee). Angioplasti memulihkan aliran darah melalui arteri yang mengecil dan tersumbat. Stent membantu menyokong dinding dalaman arteri beberapa bulan atau beberapa tahun selepas angioplasti.

Doktor juga boleh meletakkan stent di dalam arteri yang lemah untuk memperbaiki aliran darah dan membantu menghalang arteri daripada pecah.

Biasanya, stent diperbuat daripada jaringan besi, tetapi kadang kala ia juga boleh diperbuat daripada fabrik. Stent daripada fabrik dipanggil stent grafts yang digunakan pada arteri yang lebih besar.

Bagaimana stent digunakan?

Untuk Arteri Koronari.
Doktor boleh menggunakan stent untuk merawat penyakit koronari jantung (CHD). CHD merupakan penyakit yang disebabkan oleh pembentukan plak yang mengandungi bahan seperti lilin di dalam arteri koronari. Arteri ini menyalurkan otot jantung dengan darah yang kaya oksigen.

Pembentukan plak di dalam arteri dipanggil atherosclerosis (ath-er-o-skler-O-sis).

Plak mengecilkan arteri koronari dan seterusnya mengurangkan aliran darah yang kaya oksigen ke jantung. Ini akan menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan pada dada yang dipanggil angina (an-JI-nuh or AN-juh-nuh). Pembentukan plak juga boleh menyebabkan darah beku di dalam arteri koronari. Jika darah beku menyumbat arteri koronari, serangan jantung akan berlaku.

Doktor akan melakukan angioplasti dan menggunakan stent untuk merawat CHD. Semasa melakukan prosedur angioplasti, satu tiub nipis dan mudah lentur dengan belon atau peranti lain di hujungnya dimasukkan melalui saluran darah ke arteri koronari yang sempit atau tersumbat.

Setelah berada pada tempatnya, belon itu akan ditiup untuk memampatkan plak ke dinding arteri. Ini memulihkan aliran darah melalui arteri seterusnya mengurangkan angina dan tanda-tanda CHD yang lain.

Jika arteri tidak terlalu kecil, biasanya stent diletakkan di tempat arteri yang dirawat semasa angioplasti. Stent akan menyokong dinding di sebelah dalam arteri. Stent juga mengurangkan risiko arteri akan mengecil atau tersumbat kembali. Sesuatu stent juga boleh menyokong arteri yang koyak atau cedera ketika melakukan prosedur angioplasti.

Meskipun telah meletakkan stent, masih terdapat kebarangkalian 10–20 peratus yang arteri akan mengecil dan tersumbat semula selepas tahun pertama melakukan angioplasti. Jika stent tidak digunakan, risiko yang ditanggung meningkat sekali ganda.


Sila tunggu artikel seterusnya tentang ubat-ubatan yang terpaksa diambil setiap hari bagi memastikan koronari arteri Mybabah tidak tersumbat lagi....



No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...