Pilihan raya umum akan diadakan tidak lewat dua bulan dari sekarang. Mungkin dua minggu lagi atau sebulan lagi. Allah sahaja yang tahu. Yang pasti, masa bagi menentukan pemimpin mana yang akan menerajui negara untuk lima tahun akan datang semakin hampir dan pasti berlaku dengan izin Allah, meskipun Menteri Perdana tidak mahu @ ragu-ragu @ takut untuk mengadakannya dalam masa terdekat. Ada orang kata Big Mama belum dapat mimpi tentang tarikh yang sesuai bagi memenangkan parti 1Melayu itu. Big Mama amat mempercayai fungsui dalam apa bentuk tindak tanduk. Big Mama kata percaya kepada fungsui sebahagian daripada iman (strategi). Itu kata orang. Mungkin fitnah. Tetapi orang percaya fitnah sebab parti 1Melayu kata mereka boleh menang dengan majoriti yang bertambah, namun sampai sekarang belum ada tanda yang Parlimen akan dibubarkan.
Lima tahun sudah berlalu. Selama itu politik di negara ini terus bergolak. Saban hari berita tentang skandal pemimpin dibualkan orang. Pembangunan hanya tinggal retorik. Lima tahun lepas anda mungkin telah membuat pilihan siapa pemimpin yang anda yakini dapat menjaga hak anda sebagai warganegara. Rupanya pilihan anda salah. Apa yang berlaku ialah hak anda yang dicabul. Jangan ulangi lagi kesilapan ini. Buatlah pilihan dengan tepat, "Tepuk dada tanya iman". Ya, selepas lima tahun berlalu, anda mungkin sudah lupa bagaimana cara yang paling bijak memilih pemimpin atau lima tahun lepas anda baru sahaja tamat persekolahan yang menandakan anda masih belum baligh untuk berpolitik, lebih-lebih lagi untuk membuang undi.
Baiklah, hari ini kita akan mengulang kaji bagaimana memangkah kertas undi dengan cara yang betul. Insya-Allah jika niat anda ikhlas, anda mungkin memperoleh pahala daripada Allah.s.w.t.
Senario 1
Apabila anda membuka kertas undi, terpampang gambar Bulan dan Dacing Senget. Bulatkan hati untuk memangkah bulatan.
Senario 2
Apabila anda membuka kertas undi, terpampang lambang Mata dan Dacing Senget, buka mata seluas-luasnya untuk memilih Mata.
Senario 3
Apabila anda membuka kertas undi, terpampang lambang Roket dan Dacing Senget, sepantas roket pangkahlah Roket.
Nota:
KOTA BHARU: Majlis Syura Ulama PAS mengarahkan ahli parti mengundi calon PAS dari bukan Islam bagi melawan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13. Naib Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, Majlis Syura Ulama sudah berijtihad bahawa PAS boleh bekerjasama dengan parti bukan islam dalam mencapai matlamat politik Islam. Teruskan pembacaan di sini.
Semoga dengan panduan memangkah yang serba ringkas di atas, dapat membantu anda memilih calon pemimpin masa depan kita yang lebih baik, berwibawa, jujur, amanah dan berwawasan untuk membawa Malaysia ke arah sebuah negara yang berkebajikan. Wallahualam.

Undi Bukan Rahsia...Undiku untuk PAS
2 comments:
LAIN KALILAH. . , HEHEHE. . .
Saya undi BARISAN.tq
Post a Comment