Pagi tadi Babah menziarahi rumah Sofia Adila, anak keenam Babah. Sofia Adila kembali ke rahmatullah pada 23 Mei 2002. Dari tarikh itu, beginilah rumah Sofia...
Rumah Sofia Adila dikelilingi Banglo dan Semi-D
Tanpa kemewahan...
Bukan Babah tidak mampu. Malah, Babah boleh sahaja membina rumahmu lebih hebat daripada rumah jiran-jiranmu...
Rumah yang berjerejak atau berkekisi
Rumah yang bermar-mar
TETAPI anakku, Babah terpaksa menelan kesedihan Babah kerana...
Jabir r.a. pernah berkata: “Rasulullah s.a.w. telah melarang kuburan dikapur (disimen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan di atasnya.” (Hadis Riwayat Imam Muslim).
Diharamkan oleh syara’ menghias, membuat batas, meninggikan tanah di atas kubur, memayungkan, mendirikan kubah, bangunan, menulis apa pun tulisan dan mengecat kubur berdasarkan hujah syara’ dan fatwa Imam as-Syafie rahimahullah: Daripada Abdullah bin Hasanah berkata: "Aku lihat Osman bin Affan r.a. memerintahkan agar diratakan kubur".
Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (beliau merupakan salah seorang dalam kalangan ulama besar as-Syafieyah) menjelaskan dalam kitabnya (المنهاج) bahawa Imam as-Syafie telah berfatwa: Dibenci mengapur, membaca dan menulis tulisan di atas kubur, sama ada menulis namanya di atas batu di sebelah kepalanya atau di tempat-tempat yang lainnya.
Maafkan Babah wahai sayangku.
Juga, mohon kemaafan yang tulus dari sanubari Babah kerana Babah tidak pernah memohon keampunan untukmu atau menghadiahimu dengan surah al-Fatihah, seperti yang biasa Mama lakukan, kerana Babah percaya kamu tidak pernah berbuat dosa...
Doa Babah hanyalah "Ya Allah, izinkan aku melawat anakku di syurga apabila sampai waktunya nanti..."
Pengalaman tambahan hari ini:
1. Jiran sebelah rumah dirompak. Jumlah kerugian RM22 ribu.
2. Rumah jiran belakang rumah dipanah petir sehingga atap rumahnya berlubang sebesar 5 kaki persegi.
3. Babah bersyukur kerana musibah tersebut tidak mengenai Babah dan keluarga.

31 comments:
Salam babah. Sangat benar tindakan tuan itu.
Salam Abu Muaz. Ada juga yang mengata-ngata di belakang babah...
Al-Fatihah untuk sofia!
Salam sltEDI. Babah tidak pernah menyedekahkan al-Fatihah untuk Sofia...
RIP..
al-fatihah utk arwah sofia..aminn..
tabahkan hati...Al- Fatihah wat Sofea..
babah..sedihnya entri ni..sofia sedang bahagia di sana :)
AlFatihah.
Alfatihah.............. Amin.........
Alhamdulillah.Babah ialah antara jutaan umat islam yg sedar bahawa kita tak boleh menghias kubur walupun tak sedikit kubur yg dihias berbagai-bagai.
Lagi satu,Babah mmg org yg soleh insyaAllah kerana walupun sekeliling(tetangga) babah ditimpa musibah,tp Babah dan keluarga masih selamat.Syukur...tp jgn lupa ziarah dan tolong2 dorg sekali ya.hehe(Maaf,sy bukan mengajar,cuma mengingatkan diri saya)
Al-Fatihah.......
salam babah.
menatap tajuk kali ini di link dalam blog saya, cukup kuat menarik hati utk mengetahui isi kandungnya.
Dalam hati menjangkakan betapa betapa gentle nya seorang bapa minta maaf dgn anak (jrg2 berlaku)
Bila dah baca, lebih dari apa yg saya jangkakan. Alhamdulillah, sofia ada babah yang cukup kebabahannya.
Bagi adik, kakak, atau abang sofia. Syukurlah ada babah yg spt babah..
alhamdulillah
Segala nikmat yg ada pd kita dtg dr Allah
Maka, segala pujian itu milik Allah jua yg mjadi keindahan dan kebagusan itu pd makhluknya
al fatihah.. mmg betullah tu.. sy pun nk berpesan pd kuarga sy kalo umr x pnjng jgnlah disimenkan kubur sy
Salam...
Babah telah buat contoh yang paling baik kerana tidak menghiasi kubur.
Begitulah sepatutnya.
salam babah..lama tak tinggal tapak kaki disini..al-fatihah utk sofia..
Salam Babah..
Tahniah kerana melakukan tindakan yg betul!!
Al-Fatihah jg buat Sofia.
salam babh,
Sy juge ada anak yg meninggal semasa bayi..
sy juge setuju dgn cara babh tu
Salam... Al-fatihah buat Sofia...
* terasa sedih dan pilu pula... *
al-fatihah buat anak babah..... zaman sekarang manusia berlebih-lebihan menghias kuburan.... biarkan org mengata babah tak sayang anak...yg penting babah mengikut syariat yang ditetapkan dalam islam...haram tetap haram...
Salam Samsudin
Alhamdulillah samsudin dapat mengelakkan apa yang ditegah.. apalah sangat cacian orang jika dibandingkan dengan redha Allah.
Kakpun dah pesan kpd anak-anak janganlah dihias kubur kak nanti.
Al fatihan untuk sofia...
al-fatihah untuk sofia...benar kata tuan tu...sama2 kita kehilangan anak kesayangan..semoga Allah memudahkan kita bertemu dgn saham kita di sana insyallah
al Fartihah untuk Sofia.
babah memang babah yang baik.
:)
patut jadik ikutan semua muslimin... kubur untuk peringatan bagi yang hidup bukan untuk berhias-hias yang menyebabkan hati jadi lalai
salam babah,.
xpelah,.
di dunia orang boleh mengata tnpa asal usul,
biarlah,asalkan kita tahu yg kita buat tu untuk kebaikan
salam....sayu sungguh....
Suka duka kehidupan.. mematangkan, membahagiakan... mensyukurinya.
salam babah...Al Fatihah untuk sofia..
aminnnn.... moga Sofia damai di sana.. Al-Fatihah
syukur kejadian buruk kepada jiran babah tidak terkena pada babah..
Post a Comment