Kata orang, mana ada lagi khidmat percuma di dunia ini? Kencing dan berak pun dikenakan bayaran...
Tetapi, penduduk kawasan Petaling Jaya Selatan masih beruntung kerana pengurusan keberangkatan mereka ke alam barzakh diberi percuma oleh sebuah parti politik yang selalu dikecam oleh pihak pemerintah...
Kelengkapan kain kapan PERCUMA
Mandian jenazah PERCUMA
Kenderaan van jenazah PERCUMA
Tempahan tanah kubur* PERCUMA
Bacaan talkin * PERCUMA
Kos minyak dan tol PERCUMA
Sagu hati pemandu PERCUMA
Gambar diambil di pagar masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Petaling Jaya
Babah, Jebat Berani, Ayid, Bujang Susah,Ijoks2009, Mohamad Azhan, Amalhaj, Anak Muallaf, Rohaifi dan rakan-rakan seperjuangan babah yang lain pasti gembira dan bangga atas usaha para sahabat kita yang terus menerus berkhidmat untuk masyarakat tanpa mengira penat dan lelah. Syabas!
Nota:
* Tak tahu pula Babah selama ini tanah kubur dan bacaan talkin dikenakan bayaran.
** Kalau orang kata insiatif ini merupakan salah satu usaha untuk menarik hati pengundi, tentulah silap tohmahan itu kerana ketika ini kawasan tersebut tidak berada dalam suasana pilihan raya dan Si Arwah tidak lagi ada kesempatan untuk mengundi...
19 comments:
alhamdulillah.. kalau kena bayar pun orang atas dunia yang bayarkan, fardu kifayah.
Salam endiem. Betul kata tuan...
Salam Samsudin.
Alhamdulillah.. Mudah2an usaha para sahabat ini yang terus menerus berkhidmat untuk masyarakat tanpa mengira penat dan lelah diganjari pahala di dunia dan di akhirat dan mudah2an usaha ini dapat diteladani oleh yang lain-lain. Syabas!
Salam Werdah. Tak berani meletak nama werdah dalam entri. Takut kem lain...
syabas kepada pertubuhan itu atas inisiatif tersebut.
selain dari itu, ada lagi benda yang percuma di Malaysia i.e udara/angin, cuaca panas (tidak sejuk macam di kutub), tanah perkuburan Islam, sembahyang di surau dan masjid, mendengar ceramah ugama/musabaqah di pwtc, menonton tv selain dari saluran astro, menggunakan jalan raya (bagi motosikal)dan sedikit bayaran untuk bersekolah dan mendapat rawatan di hospital dan klinik kerajaan. syukur.
alhamdulillah sejak balik ke negeri berkebajikan ni memanjang dapat air percuma... belanja tak sampai 10 hengget
fuh bagus tu. nak ckp rasa mcm nak mati cepat2 tak bley la plak hehehe.
Salam Abang Lavendari. Selain daripada anugerah pemberian Allah (percuma) yang lain ada melibatkan kos sekurang-kurangnya kos elektrik,petrol dll. Di hospital sudah tidak ada yang percuma. Malah ayah saya, seorang pesara tentera kini kena membayar jenis-jenis ubat tertentu. Namun, seperti kata abang, kita patut bersyukur atas nikmat ini...
Salam Cemomoi. Rasanya PJS bukan di bawah Bulan Purnama...
Salam Khairy. Ingat mati satu sunnah!
salam kpd babah, maaf la, lama benar saya tak ziarah teratak ilmu babah ni.
alhamdulillah brsykur masih ada yg percuma, tq ada juga nama saya kat list.hehe
pembetulan nama:mohamad azhan.hehe
Salam saudaraku Mohamad Azhan.
Maaf kerana tersalah eja nama. Nanti saya perbetul. Skrg modem Internet di rumah rosak akibat petir. Terpaksa guna BlackBerry pantau blog. Teruskan berjuang demi umat...
Sent by BlackBerry.
hm..lepas babah tulis, baru saya tau baca talkin pun ada kena bayar
Salam Lia. Mungkin upah imam yang baca talkin. Sekarang waris tak perlu keluar duit bayar upah. Semua "on the house".
Salam TUAN SAMSUDIN,
Kalau duit rakyat tidak digunakan untuk tujuan pembaziran, rasa-rasanya semua tempat di negara ini akan beroleh kemudahan ini secara percuma. Budaya dan adat Melayu kini, ketika keluarga simati berdukacita, nampaknya mereka terpaksa memikirkan wang itu dan ini, dan yang hairannya, sembahyang mayat pun perlu dibayar kepada jemaah! Di mana silapnya...
alhamdulillah.. ikhlas krn Allah
klik2 digi
salam babah..
Biarkan apa orang lain nak kata..
Semoga kerja baik PAS tu akan dijadikan ikutan oleh badan2 lain ...samada politik ataupun tidak..
p/s- nak lihat juga kot2 najib nak buat free seluruh Malaysia...hee
PJS = kawasan umah saya ciksam..hehehe
Post a Comment