02 March, 2010

Sabar...Iblis-iblis ini akan bertaubat...


Sesungguhnya, orang yang mempunyai tahap kesabaran tinggi ada tempat di sisi Tuhan. Tetapi, adakah sikap senantiasa "cool" ini baik? Adakah perasaan marah, jengkel, meluat, benci, geram, menyampah, panas hati tidak perlu ada dalam jiwa manusia untuk menjadi insanul kamil? Adakah apabila kita melihat maksiat dan kezaliman yang berlaku berleluasa di hadapan kita, kita hanya perlu bersabar dan memohon kepada Allah supaya semua kebejatan itu boleh selesai dengan sendirinya? Lantas kita berdoa "Ya, Allah tunjukkanlah mereka jalan yang lurus?"

9 perogol ini akan bertaubat apabila sampai waktunya. Noktah! (?)

Kalau jawapan anda "Ya", sanggupkah anda mempertahankan kesabaran anda jika peristiwa yang berikut berlaku pada anda dan keluarga anda?

"salam...smlmaku dkt bangi tapi dpt SMS daripada umi aku ada satu rumah kene rompak..yg lebih menyayat hati dahlah puak SIAL HARAMJADAH ni merompak pastu merogol seorang anak gadis secara bergilir-gilir seramai 8 orang...BABI,PUKIMAK Punye anjing..sial anak haram aku germ bila terima berita ni....manusia ni memg anjing!!!PUKIMAK BANGSAT!!" (Amarah rakan Facebook yang dimuat naik semasa saya sedang mengarang N3 Kematian Syafia: Siapakah yang kurang ajar? - tanpa sebarang suntingan).


Nota: Babah ingin menjemput Siti Zulaikha untuk memberi komen pada N3 ini. Pertanyaan babah, adakah anda masih mahu kita memanggil mereka ini dengan panggilan yang baik dan berharap mereka akan bertaubat? Anjing, babi dan haiwan-haiwan lain jauh lebih baik daripada mereka. Bagi babah, meskipun reaksi spontan sahabat babah ini agak kasar, tetapi dengan istifar, insya-Allah segala-galanya akan selesai. Tetapi, bagi iblis-iblis yang durjana itu, penyelesaiannya tidak terletak hanya pada "taubat",  malah menjangkaui jauh daripada itu...Wallahualam.









10 comments:

saharul said...

bertaubat apabila saat2 akhir disebat atau di tali gantung..

pecinta_Islam said...

taubat??hehe...bukan semudah itu..tambah2 jika melibatkan manusia..sy pernah dengar hukum membunuh orng kemudian dia bertaubat..dosanya dengan Allah akan terampun lah.tapi dosanya dengan simati dan keluarganya hanya boleh diampunkan oleh keluarga si mati sahaja.Jadi bertaubat sekalipun belum tentu lagi dosanya dengan keluarga simati akan turut terhapus begitu shja.


tambah2 dlm kes sebegini,biasanya tidak semudah itu untuk dimaafkan orng begini..ini melibatkan dosa sesama manusia bukan hanya dengan Allah semata-mata.

kalau macam tu senang la..pukul orng,rogol anak dara orang pastu bila dh tua taubat..hmm..semuanya akan dihintung seadil-adilnya.tambah2 jika melibatkan sesama manusia.jika si keluarga tak maafkan maka tunggulah akan pembalasannya.bertaubat mana sekalipun dosanya terhadap simati dan keluarga simati mati akan dituntut kelak jika mereka inginkan pembalasan terhadap pesalah.jika tak di dunia maka diakhirat semstinya.hujjah ini juga merupakan sebagai peringatan kepada kita.jangan sesekali menganiayai sesama manusia,kerna buruk padahnya jika mereka tidak memaafkan kita.bertaubat mana sekalipun tidak boleh menghapuskan dosanya terhadap mangsa jika mereka tidak mahu maafkan.


bagi sy marah lebih2 kepada si pesalah tak guna juga.bukannya dia dengar.dia dah kena tangkap..mungkin kena sedarkan masyakat di luar sana pula akan sikap kebinatangan sebegini patut mendapat balasan yang setimpal..dan semoga hukuman yang paling setimpanl dan adil menurut islam dilaksanakan terhadap pesalah ini.spya jd pengajaran kepada kita dan insaf akan hukuman yang diterima nanti.

Maiyah said...

moga Allah beri petunjuk pd mrk dan itu adalah pasti

Anonymous said...

ibarat anak dara orang dirogol kemudian kita memaki hamun..apa dapat.apakah kita ada mendapat pahala kerana membela mangsa dengan memaki hakum si pesalah.tak de kesan apa2 pun kat dia.sikit pun tidak.tapi jiwa kita akan terus panas binasa dengan dendam kesumat..kita pula yang tambah dosa..mungkin kerajaan kena serius hukuman yang paling berat dijatuhkan.haa yang ni kita kena lantang..ya betul tu,kembalikan hukuman hudud kerna kelak ia akan menggerunkan masyarakat.

|| NaFiRaa || said...

haih.. x berani nak komen banyak2.. yang pasti.. binatang pon x kejam cam mereka2 tuh!!!(dalam pic 1)

Unknown said...

kalau dapat tangkap penjenayah tu harus disula dikhalayak ramai. Macam2 jenayah lar ni.

Nida n' Hanafi said...

Salam Babah..

sampai hari ini airmata ini akan menitik bila terkenang kisah Nurin Jazlin.. matinya cukup seksa, kini adik Safiyya pula mjadi mangsa... cukup menyayat hati.. binatang jauh lebih mulia dari pembunuh.. apalah sangat kudrat si kecil diperlakukan sedemikian rupa..

daun kesum said...

salam babah,.,

sori baru berkesempatan menjengah blog babah nih,.

mereka tu memang layak dipanggil iblis .,
rosakkan masa depan orang..
Ya Allah,,apalah perangai manusia akhir zaman ni..
makin menjadi2,.

semoga mereka dapat pembalasan yang setimpal,.

Khaulah Al-Azwar said...

Salam babah,,,

Dunia kini sudah tidak selamat...melainkan kita kembali kpd ajaran Islam yg sebenar dan menjadikan alQuran sbg pegangan hidup dlm semua aspek kehidupan...politik,pemerintahan,
negara dll...sewajibnya kita menegakkan daulah islam dan melaksanakan hukum islam...

Berjuanglah wahai Umat Islam utk Kesejahteraan Ummah Sejagat...kita inginkan kehidupan selamat dunia dan akhirat...

Relakah kita anak cucu,bangsa dan umat islam dirogol,dibunuh,dirompak,diragut tanpa belas kasihan?Inikah yang kita mahukan?Inikah keamanan sejagat?

Dunia sudah tidak selamat...

Hanya AlQuran sbg penyelamat...Yakinlah wahai ummahku!

Anonymous said...

saye sokong dengan kenyataan En. syahbandar87...
tmbahn drp saye..
kite manusia yg mulia yang beragama tidak akan pernah memangil sesama manusia itu dengan perkataan yang sangat kotor... bukan tdak patut... ini akan meyebabkan orang akan melebel kite orang yg tidak ade Adat percakapan... automatik akan mencemarkan agama itu sendiri... walaupun kite semua sangat marah... kite perlu menjaga nama baik agama kite sendiri...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...