Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui berbuat sesuatu wajib bersebab. Dia memanggil ke pangkuan-Nya Adik Syafia Humaira sudah pasti mempunyai hikmah tertentu. Bagi orang-orang yang beriman dan berilmu, mereka akan mengambil apa-apa jua peristiwa yang berlaku di depan mata mereka sebagai iktibar. Tetapi, bagi orang yang menganggap peristiwa ini sebagai lumrah alam, iaitu yang hidup akan menghadapi mati, yang jahat akan menerima hukuman dan yang lemah perlu dibela (sekarang si ibu dalam fasa mendapat simpati dan pembelaan), hanya sekadar itu yang mereka dapat (seperti menonton filem Hindi). Sehari dua lagi, keadaan ini akan kembali sedia kala...
Persoalannya, siapakah yang masih kurang ajar yang mahu diajar oleh Allah. Mari kita lihat senarainya di bawah:
1. Ibu Syafia: Seorang ibu yang hidup penuh noda dan dosa dengan bersekedudukan selama 6 tahun. Peristiwa ini menghentikan noda dan dosa itu serta merta. Walaupun nampak pengajaran itu lebih kepada menzahirkan keaibannya, namun, si ibu kelihatan tidak berasa hilang maruah dan dengan mudah pula mengakui kesilapan lampaunya. Kini si ibu berasa diri kembali putih bersih, sebersih jiwa kanak-kanak, seperti Adik Syafia. Kalaulah pengajaran aib tidak mampan dik si ibu, kekesalan jiwa yang berterusan bakal menghantuinya. Wajah si anak akan terus bermain di kelopak mata sehingga ke akhir hayatnya; atau
2. Si iblis pembunuh: Kata Allah, cukuplah jangan kau dera lagi anak ini dan cukuplah, jangan kau berzina lagi (hasil zina masih terbonjol di perut). Kalau penderaan mental si anak dan perbuatan zina dapat kau tutupi, Aku izinkan anak ini kau bunuh di depan khalayak. Nah, terima pula habuan kau atas perbuatan zalim dan keji yang kau lakukan, dan azab di akhirat kelak, pasti jauh lebih hebat; atau
3. Bapa si anak yang dipenjara: Beliau dipenjara atas kesalahan membunuh. Kematian Adik Syafia merupakan kifarah atas dosa itu. Jika benarlah Syafia anak kandungnya (Syafia berumur 3 tahun, sedangkan hubungan si ibu dan si iblis pembunuh sudah menjangkau 6 tahun), dia akan menanggung derita jiwa seperti mana yang dialami oleh waris mangsa yang dibunuhnya. Lebih derita lagi ialah apabila mendengar si pembunuh anaknya merupakan lelaki yang bersekedudukan selama 6 tahun dengan isterinya. Pengajaran yang sangat memeritkan; atau
4. Pihak berkuasa agama: Orang ramai sedang menunggu akan tindakan lanjut daripada pihak JAIS ke atas si ibu. Kalau pembuat dosa dan noda di hotel-hotel boleh diserbu, mengapa orang yang sudah mengaku dan jelas bahawa beliau masih bersuami dan kini sedang mengandung anak luar nikah, boleh terampun kesalahannya dengan hanya memohon maaf? Peristiwa ini juga sepatutnya membuka mata mereka seluas-luasnya tentang kebejatan sistem yang ada dan merombak sistem itu yang dengan jelas telah gagal berfungsi; atau
5. Pemerintah: Setelah berlaku pelbagai siri penderaan, pembunuhan dan kehilangan kanak-kanak, dan termasuk pembuangan bayi yang bermaharajalela, pihak pemerintah masih terus beretorik. Persekitaran yang mendorong kepada perilaku sumbang terus disemai dan dibaja, manakala hiburan muda-mudi tanpa batas terus diberi sokongan tanpa berbelah bahagi. Pelbagai sistem yang ada (termasuk sistem pendidikan) nampak jelas kepincangannya, namun pihak pemerintah masih sibuk mengira jumlah undi untuk menjamin kemenangan pada pilihan raya yang akan datang...
6. Orang ramai dan kita: Kematian Adik Syafia merupakan manifestasi daripada sikap kita yang tidak prihatin kepada apa-apa yang berlaku di sekeliling kita, hilang semangat kejiranan dan keagamaan, hidup secara mementingka diri, turut sama membajai aktiviti maksiat, kelu lidah untuk mengajak kepada yang makruf dan pelbagai lagi. Akibatnya, anak-anak kita juga tidak terjamin keselamatan mereka...
Siapakah yang kurang ajar itu @ kita semua masih kurang ajar?

21 comments:
saya tidak samapi hati menggelar sesiapa iblis.. mungkin dia akan bertaubat dan darjatnya lebih tinggi dari kita di sisi Tuhan pada ketika itu..
salam... saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh sdr jebat_berani... semoga apa yang berlaku akan menjadi pengajaran buat kita...
ini semua semoga menjadi pengajaran buat kita semua...jauhi maksiat jika ingin selamat..
salam.
setiap yang berlaku ada hikmah dan sebabnya. cuma bila memikirkan nasib arwah semasa hidup, rasa geram dengan perbuatan manusia itu. kadang2 rasa mustahil pun ada juga, tak sangka manusia macam ni pun ada juga...
yang pasti kita perlu kembali ke jalan yang satu, kelak hidup teratur tentu...
babah,
x dapat nak bayangkan bagaimana org hanya mampu menonton dengan alasan di larang mengahmpiri atau menolong sewaktu arwah hebat bertarung dengan ajal sewaktu di belasah!
Al Fatiha buat arwah adik Syafia..syurgalah buatmu nak!
Hati masih sayu dan sedih dgn berita ini...semoga semua yg bersalah diheret ke muka pengailan dan mendapat balasan setimpal-balasan Allah di sana takkan terlepas!
kita ada mata kita melihat..dan kita ada mata juga kita membaca pendapat2 semua pihak..kita ada telinga kita dengar semua hujjah masyarakat..dan kita ada akal maka kita berfikir lah..terima kasih babah untuk pembongkaran idea sebegini..sekurang-kurangnya memberi juga ruang untuk masyarakat berfikir dan muhasabah kembali.
assalammualaikum mybabah
menghukum bukan dengan perasaan marah
kerana rasa marah tu ada percikan api syaitan
walau pun kita berada di pihak benar
bukanlah masanya, saya fikir, untuk mencari salah siapa
tapi
ini ialah masa mengambil tindakan
terutama pihak yang punyai kuasa melaksanakan undang-undang
dan bagi kita,
mula mengambil sikap ambil tahu dan memastikan kawasan kita kawasan selamat dari maksiat dan penderaan sebegini
wallahualam
Al-Fatihah buat adik SYAFIA.
Tuan Samsudin,
Selain geram kepada pembunuh yang didakwa itu, saya juga hairan ibunya itu yang dikhabarkan 'tiada ikatan yang sah' dengan si pembunuh yang didakwa itu?
Cerita dan laporan media agak berbelit juga dalam hal ini...
sy sokong, mmg betul tu 100%
salamz ...
sikap "menjaga tepi kain orang" rasanya harus dikembalikan ... maksudnya di sini kita sebagai masyarakat setempat harus prihatin dan cakna dengan masalah sosial yang berlaku di sekeliling kita ...
klu tanye sy..sy tuding kpd jiran-jiran yg langsung tak nak amik tahu hal kejiranan...masing2 materialistik..
Setuju sangat dengan pendekatan menjaga tepi kain orang (keprihatinan) ke arah positif.
Salam untuk kawan-kawan. Peristiwa ini mengembalikan ingatan Babah kepada Sofia, anak Babah yang meninggal dunia ketika berusia sebaya Syafis. Babah menangis teresak-esak ketika solat supaya Allah mengembalikannya kembali kepada Babah. Allah lebih sayangkan dia. Gambar yang dipaparkan di N3 ini saling tak tumpah dengan wajah sofia ketika kain ditutup. Di telinga babah masih terngiang-ngiang mendengar Sofia menangis di belakang saf solat ketika babah terpaksa membawanya ke surau semasa Mama ada urusan lain. Selepas memberi salam, babah rangkul tubuhnya, babah cium pipinya berkali-kali. Sofia tidak faham bahawa babahnya tengah bersolat. Begitulah bagaimana kasihnya babah kepada anak-anak babah, walaupun kadang-kadang babah pukul juga kerana kedegilan mereka. Tetapi si iblis (maaf s1t1 2uL41k4 kerana guna nama ini) menendang anak itu seperti bola, pecah isi perutnya, bergegar isi otaknya, lembik tubuh badannya). Adakah nama lain sesuai untuk orang yang sezalim ini. Timbul pertanyaan, adakah "taubat" beliau nanti meluluhkan semua perkara durjana yang dia buat kepada Syafia (nanti Babah akan huraikan makna taubat yang semudah mengucapkannya sahaja, jika panjang umur). Kadang-kadang kita perlu menunjukkan reaksi kasar terhadap perlakuan syaitan seperti yang ditunjukkan oleh orang-orang terdahulu seperti Umar Al-Khatab (rujuk buku sirah) terutamanya dalam hal-hal maksiat dan penganiayaan. Kepada sesiapa yang tidak bersetuju, anda teruslah berlembut dalam serba serbi dan lihat apa yang berlaku di depan anda pada masa-masa yang mendatang...
Salam Bang Samsudin.
Satu teguran dan peringatan yang baik dari Babah dalam entry ini. Saya setuju dengan semua senarai pesalah di atas.
Membicarakan pihak berkuasa agama. Semalam mak saudara saya ke pejabat agama atas urusan perkahwinan anak saudara suami beliau. Ramai juga orang di pejabat agama masa tu atas urusan nikah kahwin. Termasuk seorang jiran saya.
Nak jadi cerita, 'Ustaz' bertanggungjawab itu sedang 'bad mood' sebab baru lepas kena saman. Yang kurang asamnya 'ustaz' itu, dia siap menengking dan menghempas pintu ofis dia.
Masya Allah. Macam mana pejabat agama boleh kita harapkan jika ada pegawai macam ini. Jika depan kawan sepejabat sahaja, tidak apa lah. ini depan orang awam. Tidak professional dan tidak berakhlaq.
PS: Minta jasa baik Abang baca post saya di url kat bawah. Dan minta jasa baik beri sepatah dua kata ya. Trimas;-)
http://ustazcahaya.blogspot.com/2010/03/yang-ke-150-post-istimewa-hampir-4.html
salam kenal mybabah,
pertama kali jejak ke sini kerana entry arwah syafia.
sbg ibu, hati sy amat terusik dgn kes ini. sy juga tidak b'lembut dlm mendidik anak2..syg mmg mencurah2 tp sy tak takut menjentik jika ada salah di mana2. tp kemudian sy peluk mereka cium puas2 utk m'beritahu marah krn syg.
walau apa sekalipun yg siti zulaika katakan, sy tetap setuju dgn istilah yg mybabah berikan kpd manusia berhati binatang spt "abg mat" itu.
Salam Mybabah..
Si ibu walaupun suda bertaubat kalau ikut undang2 islam org yg berzina perlu dihukum... bukan untuk mengaibkan tapi pengajaran kpd semua insan..kerana undang2 dilepaskan pihak berkuasalan kes2 spt ini berleluasa... di negara kita...
someday, everyone will learn their lesson =)
kenwooi.com
wallahua'lam...kita tak layak menilai sesama manusia...yang layak hanya allah....apa yang penting baiki diri sendiri....
salam babah.
sangat setuju dengan saudara jebat berani.
Post a Comment